pages baru

Wednesday, 18 April 2012

Wajib Baca: U FOLLOW ME, I FOLLOW U ^^

RASULULLAH SAW diutuskan untuk mengajarkan umat manusia berakhlak mulia, sama dalam berhubungan dengan Allah dan sesama manusia. Ada banyak contoh akhlak mulia diajarkan Rasulullah SAW dalam berhubungan sesama manusia antaranya ialah menepati janji.
Memang diakui kita tidak terlepas daripada membuat janji ketika menjalani kehidupan seharian. Contohnya, suami berjanji dengan isterinya, ayah berjanji dengan anaknya, sahabat berjanji dengan sahabatnya, rakan sekerja berjanji rakannya, pekerja berjanji dengan majikannya, pemimpin berjanji dengan rakyatnya dan begitulah sebaliknya.
Malah, ada kala seseorang itu berjanji juga dengan Allah atau bersumpah dengan nama-Nya untuk melakukan perkara kebajikan dan meninggalkan kemungkaran. Hakikatnya Islam tidak melarang umatnya berjanji dengan sesiapa pun, asalkan janji itu ditepati dan ditunaikan, khususnya dalam perkara kebajikan.
Allah berfirman bermaksud: “Wahai orang beriman, penuhi serta sempurnakanlah segala perjanjian (yang kamu buat).” (Surah al-Ma’idah, ayat 1)
Perjanjian adalah amanah yang wajib ditunaikan. Soal meringan-ringankan perjanjian dan tidak menepati perkara dijanjikan termasuk dalam kategori dosa besar. Ia sangat dibenci dan dimurkai Allah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan. Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” (Surah al-Saff, ayat 2-3)
Apa yang icumm nak highlightkan dekat sini adalah apabila kita berada dalam dunia blogger ni
ramai rakan2 yg lain buat segmen, contest, blogwalking dan macam2 lagi
Ramai yg tinggalkan link masing2 di komen orang..terutama link yang kata YOU FOLLOW ME I FOLLOW YOU
kata2 seperti itu seperti kita sudah membuat satu janji kepada orang lain..jika kita tak mampu nak laksanakan jangan berjanji..biarkan orang yg nak follow kita adalah benar2 ikhlas tanpa ada paksaan ^^
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tiga perkara, sesiapa yang padanya ada tiga perkara itu, maka dia adalah seorang munafik walaupun ia berpuasa, mengerjakan solat dan mengakui dia seorang Muslim. (Tiga perkara itu) ialah apabila berbicara, ia berdusta; apabila berjanji, ia menyalahi janji; dan apabila diberi amanah, ia khianati.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Icumm pon sendiri kalau blogwalking icumm just suruh datang dan jenguk je..ikutlah pada sesiapa yang sudi follow..dan ada yg mintak follow balik icumm akan follow balik..^^
P/s: Janji@kepercayaan ibarat kertas, sekali kita dah keronyokkan susah nak kembali ke bentuk asal ^^


10 comments:

Izan said...

TQ sebab singgah blog akak... singgah lagi ekk.. n follow lah kalu sudi... :)

AiSyA LiEzA said...

hehee..follow seikhlasnya.. :D hehe.. kalau xmmpu xyah buat jnji.. ^^

9n0L4 said...

betul tu. janji ni tak tunggu sebut word janji aje kan. ;)

icumm said...

InsyaAllah akak..Thanks sudi Singgah ^^

icumm said...

Btol tu btol aisya ^^..icumm sokong

profmie said...

bw here..betul2x..hehee..1st time singh sini n follow

Sa Fa Az said...

hehhe..bru niat tulis entri pasal ni jg
satu lg biasa d guna "kalau sudi, follow la"
"follow u, follow me back" (tp cek kat follower list, takdak pun)

Sa Fa Az said...

dah ramai sy follow org yg tulis tu, tp satu pun x follow sy lagi ..huhu :(

icumm said...

itu la Sa Fa Az...sy pon dah bnyak kali kena..ataupun slalu komen done follow here..follow back..tp tgk list xde pon...sabar je ye..kita pon kna berblogging dgn ikhlas nak smpaikan ilmu, beri pngajaran, tauladan ^^

ary_lee said...

Jujur, ary tak follow org state i follow u, u follow me.. Macam memaksa..
Bagi ary, siapa yg follow ary, memang ary secara otomatik akan follow dia balik..
Bila dia da state follow me back..
Rasa mcm malas nk follow dia balik= ="