pages baru

Isnin, 17 Disember 2012

Wanita Teragung



Semua wanita ingin menjadi seorang wanita yang dihormati, diangkat maruahnya, dipandang tinggi
Termasuk juga diri saya sendiri
walaupun kadang-kadang terleka dengan indahnya dunia

Ya Allah jadikan aku seorang wanita solehah..yang baik di antara yang terbaik
dan kurniakan aku pendamping yang baik dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dari-MU



Rabu, 10 Oktober 2012

Perkahwinan Impian saya, awak dan kita semua

Assalamulaikum salam hari rabu semua ^^y

Hari ini icumm rajin pulak nak menghupdate blog
sebagai student ni memang sibuk assigment la, program la, berangan la..hehe
Disebabkan penambahan kerja berangan icumm tu terterbitlah lah post kali ini

Perkahwinan impian semua orang mesti mahukan yang terbaik kan
samalah macam icumm jugak...harap Mr.right icumm baca lah post kali ini :)
bila orang cerita cer cite pasal perkahwinan pertama sekali mesti PELAMIN dulu

nak pelamin satu tingkat, pelamin dua tingkat, pelamin duduk
pelamin ada lampu, bunga banyak dan macam2 lagi
Jadi kat bawah ini salah satu pelamin yang icumm aim dari dulu lagi ni
lama dah simpan gambar ni
silalah tengok silalah

Icum suka pelamin ni sebab dia nampak sweet-sweet gituu
kombinasi warna pun cantik...simple tapi cantikkkk sangat
sabarlah wahai pelamin akan aku gunakan kau nanti :)

Selesai bab pelamin mesti BAJU NIKAH
selalunya orang akan gunakan warna putih...tapi sekarang ni dah ramai guna berwarna warni
tapi icumm nanti InsyaAllah akan gunakan warna putih jugak
nampak suci, lembut dan ayu...sesuai sebelum bergelar isteri orang



icumm suka baju yang simple tapi nampak cantik dipakai oleh badan kita
icum tak mahu lah tempah baju nikah berrenda renda bernet-net sana sini
nanti dah lepas kawen segan dah nak pakai semula
sebab over sangat ...dah pembaziran
simpanlah didalam almari untuk tatapan mata sahaja


BAJU PENGANTIN pula icumm prefer yang ala-ala muslimah 
icumm tak suka yang ala-ala kebaya sebab ketat sangat
segan la orang duk tengok kita ..dah masa tu confirm orang penuh berduyun
jadi icumm suka yang macam longgar-longgar tapi tetap tidak mencacatkan majlis bahagia kita




harap masa icumm nak berkahwin adalah semua yang icumm idamkan ini
maksudnya ada di pasaran...hehe
tapi yang ini baru tiga perkara ...belum termasuk yang lain2 lagi
kalau icumm nak ceritakan tiga hari tiga malam tak akan habis

jadi untuk sesuatu majlis perkahwinan memang memerlukan bajet yang besar
jadi simpanlah duit dari sekarang kepada  para2 lelaki sekalian

"Sebaik-baik perkahwinan adalah yang sederhana"


Jumaat, 14 September 2012

Resepi 3: Blueberi Cheese Tart Mudah dan Enak


Assalamualaikum semua
Bertemu kita kembali setelah cik pepatung a.k.a icumm ini menyepikan diri
Entry icumm kali ini nak ajar korang satu lagi resepi

ini kiranya resepi ketiga icumm dalam blog ini
Jadi jom lah hadap sesama ye sampai kenyang..hehe

Resepi kali ini ialah

BLUEBERI CHEESE TART

Bahan-Bahan
Ini Untuk Kulit (Shell) dia dulu

125g Butter
60g Gula Ising
1 biji Telur
240g Tepung Gandum

Cara Membuat Kulit ( Shell) dia

1. Kita pukul butter dengan gula ising sampai jadi creamy
2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang
3. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit dan uli-uli lagi sampai jadi doh
4. Dah siap doh tu boleh la tekan dalam acuan tart
5. Panaskan oven 180oC dan masakkan doh tu selama 15-20 minit


Lebih kurang macam gambar yang kat bawah ini la warna shell dia bila kita dah masak
Tapi gambar yang bawah ini icumm dah isi inti dia
Cantik menarik tertarik kau memang daboom
Okei2...sambung semula resepinya


Bahan-Bahan Untuk Inti dia

250g cream cheese (icumm pakai yang bulat ada gambar lembu tu)
50g Gula Ising
20g butter
1biji telur
Jem Blueberi

Cara Membuatnya Intinya

Mudah aje korang. Campurkan semua bahan untuk inti kecuali jem blueberi ingat tu KECUALI
JEM BLUEBERI
Campur dan campur tambah tolak darab bahagi..eh
korang kacau la sampai sekata dan tidak berketul-ketul


Jadi sebelum korang buat inti dia kan korang dah masakkan shell dia
Jadi keluarkan shell tersebut dari acuan dia biar sejukkan dulu baru masukkan inti dia

Jadi conclusionnya korang masakkan dulu shell dia banyak-banyak dulu
kumpul dan sejukkan baru masukkan inti blueberi cheese tersebut
Lebih kurang gambar icumm yang kat bawah ini

                                

Cara icumm buat
icumm masukkan jem blueberi dalam plastik (sebab icumm tak ada alat untuk picit jem tu) sian kan
tebuk sikit lubang kecil dekat hujung plastik itu
kemudian icumm tekan jem blueberi dekat tengah-tengah kulit tart tu
Jangan terlampau banyak ye...nanti jadi terlebih masam pulak

Kemudian barulah icumm masukkan inti cheese yang putih tu
masukkan sampai semua jem blueberi tertutup
Kalau kita masak mesti nak comei lotei kan

Jadi korang boleh la buat corak2 dekat atas  tart tu
macam icumm buat corak senang je
macam gambar first tadi...LOVE ada..PUSING2 ada

Pastu korang masak lagi dalam oven
suhu 110oC api bawah aje lebih kurang 10-12minit
jangan sampai jem blueberi dalam tart tu masak menggelegak ye
Nanti habis tak nampak apa yang korang lukis atas tu
 

Dah masak boleh sejukkan dalam peti ais
pastu bolehlah makan sampai kenyang

Okei gambar icumm yang kat atas tu sila abaikan tilam2 yang ada kat belakang tu..hehe
struktur tengah dia lebih kurang jadi macam itu la
Sila buat dan anda tidak perlu membelinya di Jusco berdekatan..hehe
 
Nota jari penaip:
sesiapa dah cuba kalau ada gambar boleh la share dengan icumm ye
jangan lupa tu..bye bye >_<

Khamis, 6 September 2012

10 akaun Twitter Paling Ramai Follower

Assalamulaikum

Hari ini punya entry icumm nak mempromosikan Twitter 
Twitter siapa?? kena baca sampai penghujungnya

Sebelum itu ini adalah antara 10 manusia di dalam dunia ini
yang mempunyai follower teramai 
Cuba tengok ada nama icumm tak? hehe



Kita dapat lihat ada Lady gaga, taylor swift, justin bieber bukan bibir ye
kalau nak diikutkan ramai dah kawan-kawan icumm yang ada akaun twitter

icumm ni kira ketinggalan zaman sebab tak ada lagi akaun burung biru ni
pusing2 punya pusing, putar punya putar
saya putar Halim...eh

Icumm pon akhirnya terbuat akaun Twitter ni
TERbuat ye..bukan saje buat..hehe
Jadi dengan ini icumm pon mempromosikan Twitter icumm ini

Tengok itu....sangat kesian...
tak ada follower pon
jadi jemput-jemputlah Follow icumm
Confirm Icumm follow balik

Follow kat sini ye

ataupun search aje @icum_mei
yang comei-comei tu




Oleh itu jom jumpa icumm di Twitter
Mengeratkan lagi silaturrahim antara blogger seluruh Malaysia

Dari kaki perasan
Icumm





Jumaat, 10 Ogos 2012

CANTIKNYA WAJAH

Assalamualaikum

Hampir setengah jam membelek dihadapan laptop ini akhirnya ada juga hasil penulisan yang icumm ingin hasilkan. Entry ini dah lama icumm ingin buat mungkin hari ini akan terterbitnya.

CANTIK~~ Semua wanita didalam dunia ingin kelihatan cantik...mendapat perhatian..
Pernah tak terdetik di hati anda wahai kaum hawa mengatakan "cantiknya dia" "bertuahnya dia ada muka cantik" " Muka dia cantik patutlah friends FB dia ramai"

dan anda mula lihat muka anda sendiri di cermin dan mengeluarkan kata-kata 
" saya tak cantik" " Emm..kenapa muka saya x secantik si polan tu ye...kalau cantik mesti ramai follow blog saya" " Kalau saya mekup pkai lenses warna2 mesti cantik"

Banyakkan beristighfar jika anda sudah mengeluarkan kata-kata seperti itu


Kerana apa anda perlu banyakkan beristighfar kerana pertama anda tidak MENSYUKURI apa yang telah dikurniakan kepada anda. Mempunyai cukup sifat dengan mata ada dua, hidung, mulut yang tidak sumbing..
BERSYUKURLAH dengan apa yang anda punya. Try learn to say ALHAMDULILLAH and Bersyukur.

Kedua kerana anda sendiri mengutuk kedua ibubapa anda. Kerana apa??
Muka anda adalah daripada baka kedua ibubapa anda. Jika anda berasa tidak bertuah, tidak gembira mempunyai wajah sekarang menunjukkan dimanakah nilai anda sebagai seorang anak
Seorang anak yang tidak pernah berasa bangga dengan kedua ibubapanya, mempertikaikan apa yang telah ditentukan.









Rabu, 1 Ogos 2012

Resepi 2: Pizza Mudah untuk Berbuka Puasa

 Assalamualaikum 

Mesti sekarang ni bagi suri2 rumah yang cun melecun memang kena memasak sedang memikirkan
nak masak apa untuk berbuka puasa hari ini kan
jadi disini icumm nak bagi resepi untuk anda membuat Pizza yang mudah dan lazat
tanpa perlu keluar dari rumah dan pergi ke Pizza Hut

Okeh...sekarang masih ada masa untuk anda membeli barang untuk membuat pizza ini
icumm bagi nama pizza yang icumm buat ini ialah
Pizza Itiliano Ramossa Lavacheese
*nama mesti glamour gitu*

OKei sebelum Icumm melalut lebih panjang
jom kita tengok bahan-bahannya

Gambar yang ini pizza yang icumm buat sebelum dibakar

Bahan-bahan untuk Doh

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar mentega
1/2 cawan air
1 sudu kecil mauripan/ yis
1 biji telur

Campurkan semua bahan dan adunkan sehingga rata. Biarkan adunan sehingga kembang
sesudah kembang masukkan adunan dalam dulang pembakar dan bakarkan lebih kurang 10 minit dalam suhu 180 darjah


Bahan-bahan untuk Topping

ayam/ udang/ sotong (mengikut citarasa)
1 sudu besar cili yang dikisar
Cendawan Butang
Sos spageti Prego
bawang besar
bawang merah
bawang putih
keju mazarella/ Chedder
sosej
tomato
lada hitam

                            


Cara Memasak

1.Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang besar sehingga kekuningan dan masukkan cili yang dikisar
2. Masukkan separuh sos spageti prego dan masak sehingga mendidih dalam masa yang sama masukkan ayam, udang dan sotong
3. Masukkan garam, ajinamoto dan gula
4. Masukkan cendawan butang

dah siap semua di atas boleh la letakkan di atas doh yang telah kita bakar 10 minit tadi
pastu susun semua bahan-bahan seperti sosej, tomato, bawang besar, cendawan butang dan cheese mazarella

Dah siap :)



Satu Family icumm suka dengan pizza yang icumm buat ni...sekejap je dah habis
icumm buat dua dulang dan satu malam je dah habis
siap ada kakak suruh bukak bakeri
tak termampu la icumm..hehe

Jadi Selamat Mencuba dan Salam Ramadhan



Jumaat, 20 Julai 2012

Kembara Baksis Sabah Part I: Kampung Pulau Keniogan

Assalamulaikum semua rakan blogger
rasanya hampir sebulan icumm tinggalkan dunia blogger ni
walaupun lama dah tak update post2 baru tetap ada yang sudi follow icumm
Terima kasih bah

Opss! tercakap sabah sudah..hehe
minta maaf icumm terlalu sibuk mengikuti program bakti siswa di bumi sabah
terlalu banyak kenangan yang icumm perolehi selama 10 hari di sana

jadi icumm sajikan korang-korang semua dengan gambar
ketika icumm di pulau keniogan sabah
mungkin ramai yang tak tahu tempat ini jadi di sini icumm nak kasi tahu
siapa2 yang nak honeymoon ke sabah jangan lepaskan peluang ke kampung ini














Semua gambar-gambar ini eklusif dari kamera buruk icumm
without any editting
banyak sangat gambar tetapi lebih mudah uplod di FB

Kalau mahu lebih mengenali kampung pulau keniogan ini
tonton pada hari raya ke-2 pukul 4 petang di TV 1
Tunggu Part II jika ingin menikmati gambar-gambar yang menyejukkan mata

*Sori sebab promote muka sendiri yang tidak berapa cun tanpa secalit make up*

Rabu, 4 Julai 2012

Buah nostalgia kesukaan Ayah tersayang


Assalamualaikum si cantik dan hensem
hari ini icumm nak story sikit pasal buah yang dalam gambar ni
nostalgik sangat buah ini kan
mesti semua ada memori tersendiri mengenai buah ini
icumm sendiri pun kalau tengok buah ini mesti akan ingat masa kecil-kecil
berlari-lari seronok bila buah ni jatuh "kedebuk" tak sabar nak kutip
Kalau buah ni dapat ke ayah icumm memang berulas-ulas makan
dah berapa kali orang pesan kena pantang makan
degil taw...makan jugak banyak pulak tu..hehe


Tapi untuk tahun ini memang kena berebut kalau tak alamatnya tangan kosong la
bukan berebut dengan tupai tapi kena berebut dengan pekerja-pekerja indon
sian icumm tiap kali nak pergi tengok durian
buahnya dah tak ada tapi kulit buahnya banyak
bersepah-sepah dekat bawah pokok duriannya
jadi lepas2 subuh dah kena tengok buah durian
kalau tak memang tak merasa nak makan..hehehe
Tapi buah ini memang sedap sangat
sedap makan begitu sajaaa~


Tahukah anda kisah dongeng mengenai buah ini

Ada sebuah kampung dipendalaman,tinggal seorang lelaki kena penyakit kudis buta,dia hanya tinggal seorang diri sebabnya malu badannya berkudis dan bernanah berbau busuk.oleh kerana dia segan hendak bernyawa maka si lelaki ini pun meninggal dunia.walau apa pun penyakit lelaki ini org kampung tetap menguruskan jenazah beliau.selang satu purnama,diatas kubur lelaki ini tadi tumbuh sebatang pokok yang tidak di ketahui jenisnya,pokok itu membesar dan terus membesar dlm masa sepuluh tahun pokok tersebut pun berbuah,buahnya berduri.apabila masak macam biasa la buah tu jatuh ketanah.keesokan harinya buah itu dijumpai oleh penjaga kubur,alamak buah apakah ni ada duri ada bau plak tu,penjaga kubur cuba mengopek buah yang tidak diketahui namanya itu,ehhhhhh ada bau la,bauuu pun sodap,isi pun sodap,dipendekan cerita buah ini dinamakan buah kudian sempena penyakit lelaki tadi,sebab itu buah ni ada isi kuning isi perang isi putih sebab nanah kudis lelaki,oleh kerana takut orang tak lalu mkn ianya telah di tukar ke nama durian hingga kini dan selama lamanyaaaaaa

~Jadi jangan ingat cerita ini ketika makan~




Ahad, 1 Julai 2012

B.O.T.T.S Sahabat : Part 2











Sampai di sini sahaja cerita yang mampu icumm sampaikan
walaupun gambar-gambar yang icumm lukis ini tak cantik
dan ada orang yang boleh melukis dengan lebih baik

harap cerita ini dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua
"Yang baik dijadikan tauladan
Yang buruk jadikan sempadan"




Jumaat, 29 Jun 2012

Tips 2: Cara membuat dadih mudah dan cepat

Assalamualaikum semua~Salam jumaat
Hari ini icumm ingin memberi tips yang kedua dalam blog icumm ini
iaitu cara membuat dadih mudah dan cepat tanpa perlu bersengkang mata O_o

Sebelum ini icumm kalau nak buat dadih susah sangat
sebab kena masukkan agar-agar secukup rasa
kalau terlebih jadi keras, kalau terkurang jadi lembik
 jadi hari ini icumm akan berikan tips yang paling muuudaahhh sangat


Bahan-bahan yang diperlukan --------->

1. Serbuk dadih
serbuk dadih ini anda boleh dapati di pasaraya-pasaraya berdekatan dengan harga RM5
serbuk dadih ini terdapat pelbagai perisa...macam icumm beli ni perisa strawberry
ada perisa coklat, vanila, keladi dan macam-macam lagi
belilah mengikut citarasa anda


 2. Susu cair atau sejat
Susu cair ini merupakan bahan wajib yang kena ada
kalau tak ade susu ini tak sodaplah dadih anda
tapi bukan jenama ini...tak kisahlah asalkan susu sejat


Cara-cara membuatnya ---------->


1. Sediakan air sebanyak 3L...kalau nak senang masak di dalam periuk
2. Panaskan air tersebut hingga menggelegak dan masukkan susu cair
3. Masukkan gula  ( jangan terlalu banyak takut terlalu manis )
4. Selepas mengelegak dan diyakini susu sudah masak tutup api
5. Masukkan serbuk dadih dan kacau sehingga rata
6. Masukkan gula buah-buahan yang telah tersedia dalam paket dadih (warna putih)
7. Masukkan dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk...SIAP!!


Kalau macam icumm ini...icumm masukkan dalam bekas besar-besar
sebab senang nak makan...ambil satu bekas terus makan...hehe
kalau untuk majlis-majlis
boleh masukkan dalam bekas kecil-kecil

~SELAMAT MENCUBA~







Selasa, 26 Jun 2012

1st Giveaway by jaakechik corner

kak jaa punya 

Icumm join satu lagi giveaways
sila klik Jaakechik Corner 

OKei icumm tinggal di pahang..nak kata tempat yang mea
narik banyak sangat tapi icumm hanya boleh bagitahu tiga je

okei yang pertama 

TAMAN NEGARA
                                              
            Taman Negara Pahang merupakan sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan. Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara


Okei yang kedua 

CAMERON HIGHLANDS
                             Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.


Okei yang terakhir 

KUALA GANDAH ELEPHANT SANCTUARY

 
kalau nak tahu mengenai kuala gandah ini klik link ini
icumm pernah buat entry mengenai ini
KUALA GANDAH 
icumm tag
Dia, Dia pulak, dan Dia ini

Mahamahu.com anda Mahu 2012

 
 Ini adalah giveaways pertama icumm join..
siapa yang mahu join sila klik 

Slogan icumm adalah ^^
  
Mahu Sertai maha contest mahu menang maha hadiah mahu diri maha untung
 mahu senang maha mudah mahu join maha best 
^^y










Rabu, 20 Jun 2012

Segmen : Smart Blogger Award June Season by Yuyu


Terma & Syarat:
  • Follow blog yuyu 
  • Like fanpage yuyu 
  • Join group BLOGGER yuyu 
  • Copy paste banner tu
  • Buat satu entry berkenaan segmen diatas
  • Tulis 1 je sebab kenapa blog korang mesti dapat Smart Blogger Award
  • Paste link segmen korang di komen bawah ye..
  • Tag 5 rakan blogger anda yang lain (pastikan mereka tahu tau!!)

Pemilihan Blog:
  • Header (ringkas tapi padat)
  • Sidebar (dari segi susunan)
  • Entry (penggunaan tulisan)
  • 5 pemenang akan dipilih

Jadi bagi sesiapa yang mahu join sila Klik SINI
orang-orang yang kena tag


Kenapa blog icumm layak mendapat Smart Blogger Award ??

1. header icumm ringkas je...cer cuba cer cuba tengok kat atas tu ringkas je kan
2. Sidebar icumm ni mungkin agak kemas...hehe
3. Penggunaan tulisan bagi icumm sesuai dan mudah untuk orang nak baca

Lagi satu blog icumm ni simple aje, belatarbelakangkan putih, icumm suka warna putih
dan icumm tak suka terlampau banyak sangat gadjet2 yang boleh menyerabutkan blog
* nampak macam puji blog sendiri kan*
Entry-entry icumm stakat ini masih belum ada lagi yang menyebabkan orang sakit hati
ada pengajaran yang boleh diambil..~hehuhe~

Kalau enggak percaya boleh membuat blog review dekat blog icumm ni..^^y





Selasa, 19 Jun 2012

Wujudkan sekolah khas autisme


KUALA LUMPUR 18 Jun - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mencadangkan penubuhan sekolah pendidikan khas kanak-kanak autistik bagi membantu golongan itu mendapat pendidikan sempurna demi masa depan mereka.
Beliau berkata, Malaysia boleh mengambil contoh pusat pemulihan autistik di Ivymount, Rockville, Amerika Syarikat (AS) yang merupakan sebuah pusat pendidikan khas khusus memberi pengajaran menerusi bidang muzik.


''Sewaktu saya mengikuti lawatan di sana pada 2010, saya mendapati kanak-kanak autistik di pusat tersebut berkeupayaan dan lebih mudah memahami selain mampu berinteraksi dengan baik menerusi muzik, nyanyian serta tarian.
''Sehubungan itu, jika kanak-kanak autistik ini mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang, kita seharusnya membantu mengenal pasti dan mengembangkan minat dan bakat tersebut agar masa depan mereka terbela,'' katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan penyerahan majlis sumbangan Rock Melon kepada Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (Nasom) di sini hari ini.
Rosmah yang juga Penaung Permata Negara berkata, beliau bersedia membuka jalan bagi mewujudkan sekolah seumpama itu di samping menyarankan agar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat mengendalikan sekolah tersebut.


Beliau seterusnya menasihati para ibu bapa yang mempunyai anak-anak menghidap autisme supaya tidak menyesali kekurangan anak-anak mereka, sebaliknya membimbing dan membantu mengembangkan minat serta bakat anak-anak tersebut.


''Barangkali bakat tersebut dapat dijadikan sumber mata pencarian apabila mereka dewasa kelak. Jika muzik adalah minatnya, berikan instrumen yang digemarinya, jika melukis adalah kebolehannya maka sediakan kelengkapan secukupnya.


''Semakin lewat anak ini diberikan perhatian sewajarnya, semakin sukar untuk mengatasi masalah kalangan mereka. Kerana itu ibu bapa perlu mengesan simptom ini lebih awal agar anak-anak ini dapat dihantar ke sekolah khas lebih awal,'' katanya.


Di Malaysia, dianggarkan satu daripada 600 kanak-kanak adalah pengidap autistik, statistik terkini juga menunjukkan kira-kira 47,000 daripada jumlah penduduk negara adalah penghidap autisme dan daripada jumlah itu empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen.




Based On true story : Masya Allah Baunya

Assalamualaikum semua rakan2 blogger
sebelum ape2 icumm nak rakan2 tengok dulu gambar ini dan fahaminya

[klik untuk besarkan gambar]



Jadi amacam ada yang terasa tak?? hehe
ayuh! jom kita sama-sama pergi basuh telekung
jangan sampai bau masam macam gambar yang icumm lukis ni

Bulan Ramadhan pun dah hampir tiba
nanti boleh solat terawih berjemaah dekat masjid
sian dekat jemaah lain kalau telekung kita berbau
dorang pon nak khusyuk solat jugak kan, kan? ^^

Para-para lelaki jangan ingat terlepas
kain pelikat pon kena selalu cuci
nanti berbau sian jemaah lain

~Yang baik jadikan pedoman
Yang buruk jadikan sempadan~
^^y