pages baru

Rabu, 30 Mei 2012

Selamat Tinggal Dunia Blogger~~

Assalamualaikum

setelah sekian lama baru icumm update blog ini
mungkin ada yang perasan dan mungkin ada yang tidak
entry kali ini ringkas sahaja
icumm hanya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada dunia blogger
(gambar yang icumm ambil di fakulti pendidikan)

disebabkan kurangnya sambutan di blog icumm ini
kusamnya blog ini, kurangnya follower
akhirnya icumm ingin meninggalkan dunia blogger ini

berbekalkan kenangan yang icumm dapat sepanjang berblongging
dapat dijadikan satu kenagan terindah
dapat dijadikan penambah pengetahuan icumm yang sedia sedikit ini
semoga sesiap yang pernah membaca entry icumm sebelum ini
dapat dijadikan manfaat

"Yang Baik Datang Daripada ALLAH dan
Yang Buruk Juga Datang Daripada Allah 
tetapi disandarkan di atas diri icumm"

Segala salah dan silap haraf dimaafkan :)




[ icumm akan meninggalkan dunia blogger ini hanya SEBULAN je..hehehe..atas2 tu propaganda je
nnanti kita berjumpa lagi di bulan hadapan ^^ ]

Rabu, 23 Mei 2012

Storyboard Video Kumpulan


Bilangan
Visual
Skrip/Narrator
Audio
Duration
1.
-
Kisah ini adalah rekaan semata – mata tiada kene mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia
-
45 saat
2.
-
-Al kisah bermula apabila seorang ibu menghantar anaknya ke sebuah sekolah
- ibu dan anaknya tidak dipedulikan oleh guru sebab guru sibuk bercinta cintun
( orang kata cinta pertama mcm ni lah)

-
2minit
3.
-
-Kerana terlalu asyik dibuai cinta pertama, RPH diabaikan
(ish ish ish)
Ali mamak (apa nak jadi)
2minit
4.
-
-Ke hulur ke hilir berteman cinta, pelajar merana kerja yang sama
-
1 minit
5.
Gambar patah hati
-putuslah cinta yang dipuja – puja
Toni Braxton ( unbreak my heart)
1minit
6.
-
- untuk mengubati kekecewaan hati, pelajar menjadi mangsa
-pelajar diraba di sana sini

2 minit

7.
-
-pelajar ,mengadu kepada ibu bapa dan bagi menegakkan keadilan, ibu menyerang guru ( maka jadilah perang dunia ke 3)
Ali mamak (apa nak jadi)
1 minit 15 saat
8.

-Akhirnya guru dipecat dan tammatlah sudah alkisah seorang guru kontroversi

2minit
9.
-
Pengajaran daripada kisah ini ialah
-kita perlulajh bersifat mesra dengan ibu bapa, tidak mencampurkan urusan peribadi dengan urusan di sekolah, kita perlu batas2 antara guru dengan pelajar, bersikap tenang menghadapi kerenah ibu bapa
-
2minit

Isnin, 21 Mei 2012

Selamat Datang Bulan Rejab :) Bulan Allah

Ahlan Wasahlan bulan Rejab
Bulan yang penuh dengan Rahmat Allah
Bulan Rejab adalah bulah yang penuh dengan kelebihannya
sama seperti bulan Ramadhan
Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menulis dalam hadisnya bulan Rejab adalah bulan Allah

Sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku"

Jadi icumm disini memperingatkan rakan2 dan icumm sendiri
sama2 lah kita merebut manfaat yang terdapat dalam bulan Rejab ini
Rejab mempunyai empat makna iaitu takzim (kebesaran, keagungan dan kemuliaan), rahmah (bulan yang penuh dengan rahmat Allah), Jud'un (pemurah) dan Birr'un (kebajikan)

SEJARAH BULAN REJAB??

Rejab dalam bahasa Arab bererti agung. Bulan ini dinamakan Rejab kerana pada bulan ini orang Arab zaman jahiliah dan awal Islam sangat menghormati dan mengagungkannya. Menurut satu qissah, di zaman dahulu, khususnya sebelum dan awal Islam, pada bulan ini petugas Kaabah membuka pintunya sebulan penuh, sedangkan pada bulan lain pintu Kaabah hanya dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Ini kerana Rejab adalah bulan Allah. Kaabah pula adalah rumah Allah. Kita adalah hamba Allah. Oleh itu, bagi mereka tiada sebab mengapa hamba Allah dilarang memasuki rumah Allah pada bulan Allah ini. Dalam hal berkaitan, Saidina Abu Bakar pernah berkata: "Apabila tiba malam Jumaat yang pertama dalam Rejab, maka semua malaikat dari segenap penjuru sama ada dari udara, laut dan darat berkumpul di sekeliling Kaabah"

AMALAN-AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN??
pertama
~ Berzikir; 100 kali selepas solat Subuh dan Asar.
(a) لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ (Tiada Tuhan Melainkan Allah),
(b) الله ُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar)
(c) Baca setiap hari 10 kali:
لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ قَبْلَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ بَعْدَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ يَبْقَى رَبُّنَا وَيَفْنَى كُلُّ اَحَدٍ.
Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah sesudah tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah kekal Tuhan kita dan fananya tiap-tiap sesuatu.

kedua
~ Bertasbih: Setiap satu, 100 kali
(a) سُبْحَانَ اللهِ رَبِّيَ اْلاَ عْلَى.
Maha suci Tuhan yang Maha Tinggi.

(b) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan dengan segala pujianNya, Maha Suci Allah yang Maha Agong.

(c) سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ اَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agong, tiada suatu daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.


untuk lebih teratur

~ 1 – 10 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الْحَيُّ الْقـَيُّوْمِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus

~ 11 – 20 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ اْلأَحَدِ الصَّمَدِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Esa lagi Maha Diperlukan

~ 21 – 30 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الرَّؤُفِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Memaafkan

Ini adalah antara amalan-amalan yang boleh kita lakukan
terdapat banyak lagi yang icumm tak senaraikan
Dalam Syahrullah (Bulan Allah), di ampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Sekiranya di tambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;
di ampunkan dosanya yang lalu.
di peliharakan Allah s.w.t umurnya yang tinggal...terlepas dari dahaga di hari kiamat.

sama-samalah kita merebut peluang yang terbentang luas ini
icumm turut memperingatkan diri icumm yang kerdil ini
yang penuh dengan dosa :(
semoga kita sama-sama mendapat manfaat di bulan Allah ini
~InsyaAllah~


P/s: Untuk bacaan lanjut mengenai bulan Rejab ini, sejarahnya boleh pergi dekat sini
           E-Pondok



Ahad, 20 Mei 2012

Kahwin Awal, Muda??

Mengadanya icumm kali ni wat entry pasal kawen2
Siapa yang kat sini tak mahu kawen kan
mesti semua mahu kalau anda adalah normal
Tahun ini sahaja icumm dah melihat 2 orang rakan icumm
mendirikan rumahtangga di usia muda
semoga mereka berkekalan hingga akhir hayat
Bagaimana dengan icumm pula?? hehe

Ramai kawan2 kata icumm cepat2 la kawen
aminn~ semoga dimakbulkan
tetapi sebelum nak mendirikan rumah tangga mesti banyak persoalan bermain dekat minda

Tak ganggu pelajaran ke nanti kawen awal ni??
Macam mana nak bagi nafkah ni, kerja pon belum??
Alamak kos kawen, kenduri macam mane??
Betul2 bersedia ke aku nak kawen ni??
Restu mak ayah??

Betul-betulkan banyak menda kita nak kena fikir
Emmmm~~jadi apa penyelesaiannya?

Firman Allah: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” – (An-Nur:32)


Jadi bagi sesiapa yang berniat untuk kawen awal
icumm doakan yang terbaik buat mereka
bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya

Cuba buat pembacaan terdapat banyak kelebihan orang yang berkahwin awal ni
Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat. 
 Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat
Tapi semua itu pilihan masing-masing juga
Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah
~InsyaAllah~




Sabtu, 19 Mei 2012

Pelan rumah Icumm reka: ada yang nak??

Setiap orang ada impian dan cita-cita termasuk juga icumm
jadi gambar dekat bawah ini adalah impian icumm
apa tu?? jadi kena besarkan la kalau nak lebih jelas
ini adalah pelan di dalam bakal rumah icumm..InsyaAllah
semoga dimurahkan rezeki dapat membina rumah seperti ini
dapat tinggal bersama suami tersayang dan anak2 :)

rumah yang icumm design ini rumah setingkat sahaja
ciri-ciri rumah ini??
1. Mempunyai empat bilik
2. Tiga bilik air/tandas
3. Living room dan dinner room yang luas
4. dapur yang selesa
5. Laundry room

Rakan2 rasa berapa harga rumah ini??
Ececeh! banyak nya berangan icumm ni
Angan2 adalah berbeza dengan impian ye
angan2 tu lebih kurang macam cerita Mat Jenin tu
tapi icumm ini adalah impian :)

Impian menghasilkan cita-cita
dan Cita-cita bermula dengan impian
Impian icumm ini merupakan garis permulaan kepada cita-cita
Cita-cita adalah pemula azam yang kuat untuk mencapai kejayaan
Berbelit dah ke otak rakan2??
okei icumm permudahkan dekat sini

IMPIAN ------> CITA-CITA --------> KEJAYAAN
Impian anda adalah kehendak dan pandangan masa hadapan yang mampu diterjemahkan dengan usaha dan disiplin cita-cita
macam icumm ni berangan mempunyai rumah macam icumm reka ni
akal akan menerima isyarat tersebut
lalu digerakkan sumber tenaga untuk mencapai impian icumm ni
sumber tenaga di sini kalau icumm masih pelajar
akan belajar bersungguh-sungguh
bagi meraka yang dah bekerja menambah produktiviti, mutu kerja

Hubungan impian dan cita-cita amat rapat sekali
peranan impianlah yang memulakan segala tindakan cita-cita
Keberkesanan cita-cita diminda kita yang menghasilkan realiti
semoga impian icumm untuk mendapatkan rumah seperti icumm reka ini
menjadi realiti
~Aminn~

P/s: Cita-cita ye kawan2 bukan CINTA-CINTA ^^y



Jumaat, 18 Mei 2012

Secangkir Kasih: Citra Kehidupannya


Namun Ku Punya Hati
Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
                                                          Mataku tak seayu                                                                                           
Kicau burung pun tak semerdu
Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan
Tidak ku minta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga
Cacat begini
Bukan kuminta
Kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati
Maafkan wahai teman
Kumenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua...
Melihat kepada lirik lagu ini mesti akan meruntun jiwa kita sebagai seorang insan yang dilahirkan cukup pada zahirnya. Bagaimana pula dengan Insan2 yang ditakdirkan bukan sesempurna kita?? Adakah mereka minta untuk dilahirkan didunia yang penuh cabaran ini dengan keadaan yang sebegitu rupa dan adakah mereka minta untuk dicaci maki??, adakah mereka minta untuk menagih simpati hanya untuk mendapatkan sesuap nasi??
Bukan!! mereka tidak pinta sebegitu rupa, tetapi mengapa masih ada insan2 yang dilahirkan sempurna masih memperlekehkan kewujudan mereka2 yang kurang bernasib baik ini. Sedarlah bila2 masa sahaja kita boleh menjadi tidak sesempurna mereka, dengan hanya sekelip mata...semua nikmat yang diberi-NYA hanyalah pinjaman semata-mata. Nikmat akal fikiran yang cerdas, nikmat tubuh badan yang sihat, nikmat rezeki yang melimpah, semuanya hanyalah sementara. 
icumm sedih apabila lihat dimuka akhbar terutama berkenaan dengan OKU, jika dilihat isu yang terbaru adalah seorang ibu yang kehilangan anak yang mempunyai down sindrom. Adakah disebabkan statusnya anak itu sebagai OKU maka wujudlah jurang perbezaan yang menyebabkan terdapat segelintir manusia menjadi hilang perikemanusiaannya. Status, darjat, kemewahan menjadi kayu ukur untuk mendapatkan setiap kemudahan, pertolongan di dunia ini...Adakah ini dunia akhir zaman yang akan ditempuh??
Icumm ingin tanya rakan2 sebanyak manakah kesedaran anda mengenai OKU?? anda jawablah sendiri, tepuk dada tanyalah diri. Bagaimana perkara ini berlaku didepan mata icumm sendiri bagaimana seorang OKU ini dipermainkan didepan orang ramai, menjadi bahan gelak ketawa, bahan jenaka...manakah sikap anda wahai rakan2 sebagai seorang pelajar universiti yang bermentalitikan kelas PERTAMA??
"Mengubah mengajar seekor haiwan untuk mendengar kata adalah lebih mudah, berbanding ingin mengubah sikap seorang-orang manusia." *minta maaf jika ayat ini kasar di pendengaran sesetengah orang

P/s: Kelainan Upaya itu adalah salah satu diversiti yang wujud didunia ini, sama seperti ada yang tinggi rendah, putih hitam, gemuk kurus, dan wujudnya juga OKU dan tipikal(orang normal)


Selalu Dapat Anugerah Dekan Senang Dapat Kerja ke??

Apa pendapat korang mengenai entry ini
betul ke bila kita selalu dapat anugerah dekan every semester
you will easily get a job
speechless icumm nak jawab :)
pertanyaan ini ditanyakan oleh seorang rakan icumm
sebab sempena hari ini adanya majlis yang tertera kat atas tu
mungkin timbulnya persoalan di benak fikirannya

RISAU MENGENAI KERJA??

 Berbohonglah kalau icumm kata tak risau kan
semestinya icumm turut risau dengan peluang pekerjaan di masa akan datang
walaupun mengambil bidang pendidikan yang mana 
dahulunya orang selalu duk kata ambil pendidikan confirm ada keje
kuar2 terus jadi cikgu

Bagi sesiapa yang mengikuti isu-isu pendidikan pada tahun lepas
mungkin akan mengetahui bagaimana dilemanya para penuntut2
dalam bidang pendidikan di IPTA
dan dengan tertukar statusnya "open market"
peluang confirm menjadi guru itu sudah tiada lagi

JADI APA JAWAPAN ICUMM??

Apa jawapan yang icumm berikan dekat rakan icumm tu
sebab dia terlalu risau, adakah dia mampu turut mendapat Dean's List

jawapan icumm mudah je..jangan terlalu risau
InsyaAllah rezeki ada dimana-mana selagi kita berusaha
dan tak semestinya kita mendapat anugerah dekan sokmo
kita confirm dapat kerja

Bagi icumm mendapat Dean's List tu hanya
salah satu batu lompatan untuk kita berjaya
banyak cara lagi kita boleh berjaya
kalau kita lihat sekarang ni ada yang tak tengok pon kepada berapa
keping sijil dekan kita
tetapi dilihat pada softskill kita

bagaimana kita apabila ditemuduga adalah paling penting
bagaimana kita membawa diri di khalayak orang, 
bagaimana kita berurusan dengan orang lain
berpengetahuan luas bukan seperti 
"katak di bawah tempurung"

tetapi jangan lupa BERUSAHA+BERDOA+BERTAWAKAL

~Dekan dunia hanyalah Dunia, Bagaimana pula kita nak mendapatkan
Dekan Akhirat??~



Khamis, 17 Mei 2012

Pemenang segmen Kenangan Hari Lahir

Jika yang masih ingat icumm ada anjurkan segmen bertemakan kenangan hari lahir
jadi segmen tu pon dah tammat la semalam..walaupun hanya 11 orang yang menyertai
icumm pon pening  tak tahu nak pilih siapa pemenang ni..Okei2 janagn merapu2 terlalu lama
setelah sebulat suara dan hati icumm...Inilah pemenang yang bertuah ^^

JOM TERJAH BLOG MEREKA
-
-
-
-
-
PEMENANG PERTAMA

icumm nak letak header dia tapi tak boleh..icumm bukan pencuri..hehehe


PEMENANG KEDUA
contest


PEMENANG KETIGA
Mrs.BuduBilis
OwneR

Ini adalah tiga pemenang pertama..dua pemenang lagi icumm akan umum kemudian..Nantikan taw
Icumm pilih pemenang berdasarkan cerita kenangan hari lahir mereka...
keunikkan kenangan hari lahir meraka, dan cara mereka menyampaikan kenangan tersebut

Jom Jom ke blog mereka yang awesome ni :)

Bagi sesiapa yang tidak menang anda bukan bermakna kalah..semua entry anda mengenai hari lahir adalah terbaik belaka..tapi icumm kena pilih lima je..kalau tak nak pilih semua2 sekali ^^

Rabu, 16 Mei 2012

Cerita Si Kodok

Sekelompok kodok sedang berjalan-jalan melintasi hutan,dan dua di antara kodok tersebut jatuh kedalam sebuah lubang. Semua kodok-kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut,mereka berkata pada kedua kodok tersebut bahawa mereka lebih baik mati. Kedua kodok tersebut tidak menghiraukan apa yang disarankan dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.

Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok yang lain dan menyerah. Dia memanjat, melompat terjatuh dan akhirnya mati. Sedang kodok yang satunya tetap meneruskan untuk melompat sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan kodok-kodok tersebut berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja. Dia bahkan berusaha lebih kuat dan akhirnya berhasil.

Ketika dia sampai diatas, ada kodok yang bertanya, "Apa kau tidak mendengar teriakan kami?". Lalu kodok itu (dengan membaca gerakan bibir kodok yang lain) menjelaskan bahawa ia pekak. Akhirnya kodok2 tesebut sedar bahwa saat di bawah tadi kodok pekak itu menganggap mereka telah memberikan semangat kepadanya.





Apa pengajaran yang dapat rakan2 simpulkan dari kisah kodok ni??

Pada awalnya icumm baca kisah ini macam kita baca kisah kodok2 yang lain
tetapi banyak pengajaran yang dapat kita pelajari dari kisah ni

Pengajaran yang kita dapat adalah setiap kata2 mampu "membunuh" seseorang
maksudnya disini bukan kata2 tu duk ambil pisau bunuh orang
tetapi kata2 yang kita berikan kepada orang lain
terutamanya orang yang sedang dalam kesusahan, kejatuhan, putus asa

Bayangkan icumm nanti jadi cikgu pastu pelajar icumm ni asyik fail je exam
asyik2 merah je buku report
icumm pon kata dekat pelajar icumm macam ni
" awak ni mmg BO**H, semua B la icumm sebut"
kata pelajar icumm ni jangan belajar, habiskan duit je

Rakan2 rasa apa yang berlaku kepada pelajar icumm ni
icumm rasa kalau pelajar ni jenis yang lemah semangat boleh bunuh diri
Nauzubillah
sama la dengan cerita kodok yang pertama

Perkara yang sebaliknya berlaku jika kita memberi kata2 semangat 
dan dorongan
seseorang akan boleh berubah hanya dengan kata2 :)

P/s: Indahnya jika saat ini mampu memberikan pengajaran dan nasihat kepada orang lain...cukuplah icumm mampu memberikan nasihat hanya didalam blog untuk disampaikan kepada mereka yang sudi membaca ^^