pages baru

Jumaat, 18 Mei 2012

Secangkir Kasih: Citra Kehidupannya


Namun Ku Punya Hati
Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
                                                          Mataku tak seayu                                                                                           
Kicau burung pun tak semerdu
Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan
Tidak ku minta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga
Cacat begini
Bukan kuminta
Kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati
Maafkan wahai teman
Kumenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua...
Melihat kepada lirik lagu ini mesti akan meruntun jiwa kita sebagai seorang insan yang dilahirkan cukup pada zahirnya. Bagaimana pula dengan Insan2 yang ditakdirkan bukan sesempurna kita?? Adakah mereka minta untuk dilahirkan didunia yang penuh cabaran ini dengan keadaan yang sebegitu rupa dan adakah mereka minta untuk dicaci maki??, adakah mereka minta untuk menagih simpati hanya untuk mendapatkan sesuap nasi??
Bukan!! mereka tidak pinta sebegitu rupa, tetapi mengapa masih ada insan2 yang dilahirkan sempurna masih memperlekehkan kewujudan mereka2 yang kurang bernasib baik ini. Sedarlah bila2 masa sahaja kita boleh menjadi tidak sesempurna mereka, dengan hanya sekelip mata...semua nikmat yang diberi-NYA hanyalah pinjaman semata-mata. Nikmat akal fikiran yang cerdas, nikmat tubuh badan yang sihat, nikmat rezeki yang melimpah, semuanya hanyalah sementara. 
icumm sedih apabila lihat dimuka akhbar terutama berkenaan dengan OKU, jika dilihat isu yang terbaru adalah seorang ibu yang kehilangan anak yang mempunyai down sindrom. Adakah disebabkan statusnya anak itu sebagai OKU maka wujudlah jurang perbezaan yang menyebabkan terdapat segelintir manusia menjadi hilang perikemanusiaannya. Status, darjat, kemewahan menjadi kayu ukur untuk mendapatkan setiap kemudahan, pertolongan di dunia ini...Adakah ini dunia akhir zaman yang akan ditempuh??
Icumm ingin tanya rakan2 sebanyak manakah kesedaran anda mengenai OKU?? anda jawablah sendiri, tepuk dada tanyalah diri. Bagaimana perkara ini berlaku didepan mata icumm sendiri bagaimana seorang OKU ini dipermainkan didepan orang ramai, menjadi bahan gelak ketawa, bahan jenaka...manakah sikap anda wahai rakan2 sebagai seorang pelajar universiti yang bermentalitikan kelas PERTAMA??
"Mengubah mengajar seekor haiwan untuk mendengar kata adalah lebih mudah, berbanding ingin mengubah sikap seorang-orang manusia." *minta maaf jika ayat ini kasar di pendengaran sesetengah orang

P/s: Kelainan Upaya itu adalah salah satu diversiti yang wujud didunia ini, sama seperti ada yang tinggi rendah, putih hitam, gemuk kurus, dan wujudnya juga OKU dan tipikal(orang normal)


1 ulasan:

9n0L4 berkata...

peliharalah mereka ni kan. rs mcm lame je tak lepak sini. ;)