Kalau rakan-rakan yang selalu membuka FB pasti akan selalu lihat
mainan2 yang berunsur tilikan seperti
siapa bakal suami saya, umur berapa saya akan berkahwin
dan banyak lagi
[Jika seseorang hanya hadir menemui penilik atau peramal nasib sekadar untuk suka-suka dan tidak mempercayainya, ia tetap satu perbuatan yang diHARAMkan Islam, melainkan jika dia ingin berhujah dan mengkritik perbuatan tersebut. Sabda Nabi s.a.w
“Sesiapa yang datang menemui ‘arraf (tukang tilik) maka TIDAK DITERIMA SOLATNYA SELAMA 40 HARI” (Riwayat Muslim).]
“Sesiapa yang datang menemui ‘arraf (tukang tilik) maka TIDAK DITERIMA SOLATNYA SELAMA 40 HARI” (Riwayat Muslim).]
ini sekadar contoh yang icumm jumpa dkt fb yang ramai orang guna untuk suka2
Jadi icumm bukak la pages DR.MAZA dan kebetulan jugak
dia ada memberitahu hukum mengenai meramal nasib ini
Soalan: Dr Asri, sekarang ada banyak ceramah atau kursus untuk menyingkap rahsia tarikh lahir. Ada rakan-rakan saya menyertainya dan mula mempercayai nasib masa depan mereka menerusi tarikh lahir. Kononnya, tarikh lahir menentukan kemampuan dirinya, masa depannya dan lain-lain. Apa yang dipilih pun mesti berdasarkan tarikh lahir. Adakah ini dizinkan oleh Islam??
Jawapan Dr. MAZA
1. Islam adalah agama yang menentang semua unsur khurafat, tahyul dan apa sahaja kebatilan yang tidak berasaskan fakta dan dalil yang benar. Meramal masa depan tanpa asas-asas yang boleh dipercayai atau saintifik adalah merosakkan akal dan menimbulkan berbagai salah sangka dalam kehidupan manusia. Ia boleh memutuskan harapan, atau membuat jangkaan yang salah. Sedangkan kita dilarang untuk berputus asa dari rahmat Allah. Segala unsur yang membodohkan manusia, ditentang keras oleh ajaran Islam ini.
2. Kepercayaan bahawa tarikh tertentu membentuk watak tertentu tidak berasaskan apa-apa bukti ilmiah sama sekali. Demikian juga, kepercayaan rupa paras tertentu membawa perangai baik dan buruk yang tertentu tidak berasaskan bukti melainkan pra-sangka terhadap ciptaan Allah semata. Jika ada yang mendakwa bahawa tarikh lahir tertentu seperti angka 1 mempengaruhi nasib tertentu dengan disertakan bukti beberapa tokoh atau individu, itu bukanlah bukti yang ilmiah.
Entah berapa puluh juta manusia memiliki angka 1 dalam tarikh lahirnya, adakah semua mereka demikian? Sudah pasti bagi setiap angka ada berbagai watak manusia. Jika mahu, kitaa boleh dapati berapa ramai yang memiliki angka selain 1 mempunyai ciri-ciri yang sama dengan 1 seperti yang para ‘penilik dan peramal’ nasib itu nyatakan. Dari mana mereka perolehi ciri-ciri tersebut? Ia sebenarnya, sebahagian warisan ahli-ahli nujum kono yang ditentang oleh Islam, atau mungkin rekaan baru mereka untuk melariskan ‘bisnes motivasi’.
3. Para penilik atau ahli nujum nasib seperti itu menipu manusia dengan mainan kata-kata. Jika apa yang mereka ramalkan itu kelihatan tidak tepat, mereka akan berkata ‘itu disebabkan awak belum lakukan itu dan ini’ atau ‘disebabkan awak belum tahu potensi awak’ dan seumpamanya. Mereka mempengaruhi psikologi sebahagian masyarakat. Orang-orang yang memandulkan akal, akan mempercayai tipu helah yang seperti itu.
4. Warna kulit dan rupa paras adalah ciptaan Allah. Ia bukan pilihan manusia. Tarikh lahir juga adalah luar dari penguasaan seseorang individu. Meramal manusia berdasarkan rupa atau tarikh lahir, menyanggahi prinsip Islam yang menilai manusia berdasarkan amalan yang telah dilakukan. Nabi s.a.w menyebut:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
5. Masa depan seseorang termasuk dalam perkara ghaib yang tidak ketahui oleh sesiapa melainkan Allah. Sesiapa yang mendakwa dia mengetahui kejadian masa depan tanpa sebarang alasan yang munasabah, maka dia telah menandingi kenyataan Allah. Nabi s.a.w pun tidak dapat mengetahui masa depan, buruk dan baik yang akan menimpa melainkan dengan kadar yang Allah wahyukan kepada baginda. Firman Allah: (maksudnya):
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Jika aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya kebaikan dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah pemberi amaran (bagi orang-orang yang engkar) dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”(Surah al-A’raf: 188).
Jika ada ilmu untuk mengetahui masa depan, tentulah Nabi s.a.w lebih utama untuk mengetahuinya kerana perjuangan baginda lebih penting dari segalanya. Malangnya, tidak sedemikian!
6. Perbuatan menilik nasib samada melalui ilmu bintang atau bacaan di tapak tangan atau tarikh lahir adalah haram dan boleh membawa kepada syirik jika mempercayai penilik atau peramal tersebut mengetahui yang ghaib. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang sahih:
“Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Majah).
Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya)
“Katakanlah (wahai Muhammad) tiada siapa di langit dan bumi yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah”. (Surah al-Naml: 65).
Dalam ayat lain Allah berfirman: (maksudnya) “Tuhanlah yang mengetahui segala yang ghaib, maka tidak zahir perkara ghaib itu kepada sesiapapun, -melainkan kepada mana-mana rasul yang diredhaiNya” (Surah al-Jinn: 26-27).
7. Jika seseorang hanya hadir menemui penilik atau peramal nasib sekadar untuk suka-suka dan tidak mempercayainya, ia tetap satu perbuatan yang diharamkan Islam, melainkan jika dia ingin berhujah dan mengkritik perbuatan tersebut. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang datang menemui ‘arraf (tukang tilik) maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari” (Riwayat Muslim).
Maksudnya selama empat puluh hari pahala solatnya tidak diberikan. Walaupun begitu kewajipan solat tetap mesti dilakukan, jika tidak dia akan berdosa besar. Namun tiada pahala buatnya, denda atas dosa menyokong aktiviti khurafat dan karut. Inilah amaran Islam bagi menentang kerja-kerja karut dan khurafat yang merosakkan minda seperti itu.
8. Jikalau nasib itu boleh diramal dan tuah dan bahaya itu boleh capai dan tolak oleh seseorang peramal nasib, tentulah nasib dan tuah si peramal sentiasa baik. Namun malang sekali, tuah dan nasib mereka juga belum tentu.
9. Islam dalam masa yang sama, tahu bahawa manusia amat gusar tentang perjalanan masa depan mereka. Bimbang terhadap kejadian yang mendatang. Maka dengan itu begitu banyak Islam mengajar tawakal dan doa-doa untuk insan mengharungi kehidupan di alam ini. Pohonlah langsung kepada Allah Yang Menguasai Segala Urusan! Antaranya doa Nabi s.a.w
“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).
Demikian indahnya doa ini, apabila seorang hamba dengan penuh merendah, menyerahkan harapan dan urusannya kepada Allah agar membaiki segala tindakan dan urusan hidupnya. Apakah mungkin seorang mukmin yang melafazkan doa sebegini dengan penuh makna dan faham, lalu menyerahkan kepercayaan masa depan ke tangan tukang ramal dan tukang tilik?!
10. Dalam membuat pemilihan yang tidak pasti, Islam mengajar pula penganutnya untuk beristikharah sebelum memilih atau memutuskan sesuatu urusan. Walaupun wahyu sudah terputus dan ramalan nasib pula dilarang namun hubungan spiritual antara insan dengan Tuhan yang menguasai segala urusan terus terbuka untuk insan lakukan. Insan disuruh beristikharah memohon pemilihan Allah terhadap urusan yang meragukan yang bakal dilakukannya. Hayatilah doa istikharah yang indah yang diajar oleh Nabi s.a.w. betapa ia mendamaikan perasaan dan member harapan dengan penuh iman. Demikian gantian yang Islam berikan yang lebih bermakna dari amalan-amalan yang khurafat.
P/s: sesiapa yang nak mengetahui lebih banyak ilmu dan hukum boleh pergi ke pages Dr. MAZA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan