pages baru

Jumaat, 29 Jun 2012

Tips 2: Cara membuat dadih mudah dan cepat

Assalamualaikum semua~Salam jumaat
Hari ini icumm ingin memberi tips yang kedua dalam blog icumm ini
iaitu cara membuat dadih mudah dan cepat tanpa perlu bersengkang mata O_o

Sebelum ini icumm kalau nak buat dadih susah sangat
sebab kena masukkan agar-agar secukup rasa
kalau terlebih jadi keras, kalau terkurang jadi lembik
 jadi hari ini icumm akan berikan tips yang paling muuudaahhh sangat


Bahan-bahan yang diperlukan --------->

1. Serbuk dadih
serbuk dadih ini anda boleh dapati di pasaraya-pasaraya berdekatan dengan harga RM5
serbuk dadih ini terdapat pelbagai perisa...macam icumm beli ni perisa strawberry
ada perisa coklat, vanila, keladi dan macam-macam lagi
belilah mengikut citarasa anda


 2. Susu cair atau sejat
Susu cair ini merupakan bahan wajib yang kena ada
kalau tak ade susu ini tak sodaplah dadih anda
tapi bukan jenama ini...tak kisahlah asalkan susu sejat


Cara-cara membuatnya ---------->


1. Sediakan air sebanyak 3L...kalau nak senang masak di dalam periuk
2. Panaskan air tersebut hingga menggelegak dan masukkan susu cair
3. Masukkan gula  ( jangan terlalu banyak takut terlalu manis )
4. Selepas mengelegak dan diyakini susu sudah masak tutup api
5. Masukkan serbuk dadih dan kacau sehingga rata
6. Masukkan gula buah-buahan yang telah tersedia dalam paket dadih (warna putih)
7. Masukkan dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk...SIAP!!


Kalau macam icumm ini...icumm masukkan dalam bekas besar-besar
sebab senang nak makan...ambil satu bekas terus makan...hehe
kalau untuk majlis-majlis
boleh masukkan dalam bekas kecil-kecil

~SELAMAT MENCUBA~







Selasa, 26 Jun 2012

1st Giveaway by jaakechik corner

kak jaa punya 

Icumm join satu lagi giveaways
sila klik Jaakechik Corner 

OKei icumm tinggal di pahang..nak kata tempat yang mea
narik banyak sangat tapi icumm hanya boleh bagitahu tiga je

okei yang pertama 

TAMAN NEGARA
                                              
            Taman Negara Pahang merupakan sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan. Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara


Okei yang kedua 

CAMERON HIGHLANDS
                             Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.


Okei yang terakhir 

KUALA GANDAH ELEPHANT SANCTUARY

 
kalau nak tahu mengenai kuala gandah ini klik link ini
icumm pernah buat entry mengenai ini
KUALA GANDAH 
icumm tag
Dia, Dia pulak, dan Dia ini

Mahamahu.com anda Mahu 2012

 
 Ini adalah giveaways pertama icumm join..
siapa yang mahu join sila klik 

Slogan icumm adalah ^^
  
Mahu Sertai maha contest mahu menang maha hadiah mahu diri maha untung
 mahu senang maha mudah mahu join maha best 
^^y










Rabu, 20 Jun 2012

Segmen : Smart Blogger Award June Season by Yuyu


Terma & Syarat:
  • Follow blog yuyu 
  • Like fanpage yuyu 
  • Join group BLOGGER yuyu 
  • Copy paste banner tu
  • Buat satu entry berkenaan segmen diatas
  • Tulis 1 je sebab kenapa blog korang mesti dapat Smart Blogger Award
  • Paste link segmen korang di komen bawah ye..
  • Tag 5 rakan blogger anda yang lain (pastikan mereka tahu tau!!)

Pemilihan Blog:
  • Header (ringkas tapi padat)
  • Sidebar (dari segi susunan)
  • Entry (penggunaan tulisan)
  • 5 pemenang akan dipilih

Jadi bagi sesiapa yang mahu join sila Klik SINI
orang-orang yang kena tag


Kenapa blog icumm layak mendapat Smart Blogger Award ??

1. header icumm ringkas je...cer cuba cer cuba tengok kat atas tu ringkas je kan
2. Sidebar icumm ni mungkin agak kemas...hehe
3. Penggunaan tulisan bagi icumm sesuai dan mudah untuk orang nak baca

Lagi satu blog icumm ni simple aje, belatarbelakangkan putih, icumm suka warna putih
dan icumm tak suka terlampau banyak sangat gadjet2 yang boleh menyerabutkan blog
* nampak macam puji blog sendiri kan*
Entry-entry icumm stakat ini masih belum ada lagi yang menyebabkan orang sakit hati
ada pengajaran yang boleh diambil..~hehuhe~

Kalau enggak percaya boleh membuat blog review dekat blog icumm ni..^^y





Selasa, 19 Jun 2012

Wujudkan sekolah khas autisme


KUALA LUMPUR 18 Jun - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mencadangkan penubuhan sekolah pendidikan khas kanak-kanak autistik bagi membantu golongan itu mendapat pendidikan sempurna demi masa depan mereka.
Beliau berkata, Malaysia boleh mengambil contoh pusat pemulihan autistik di Ivymount, Rockville, Amerika Syarikat (AS) yang merupakan sebuah pusat pendidikan khas khusus memberi pengajaran menerusi bidang muzik.


''Sewaktu saya mengikuti lawatan di sana pada 2010, saya mendapati kanak-kanak autistik di pusat tersebut berkeupayaan dan lebih mudah memahami selain mampu berinteraksi dengan baik menerusi muzik, nyanyian serta tarian.
''Sehubungan itu, jika kanak-kanak autistik ini mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang, kita seharusnya membantu mengenal pasti dan mengembangkan minat dan bakat tersebut agar masa depan mereka terbela,'' katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan penyerahan majlis sumbangan Rock Melon kepada Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (Nasom) di sini hari ini.
Rosmah yang juga Penaung Permata Negara berkata, beliau bersedia membuka jalan bagi mewujudkan sekolah seumpama itu di samping menyarankan agar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat mengendalikan sekolah tersebut.


Beliau seterusnya menasihati para ibu bapa yang mempunyai anak-anak menghidap autisme supaya tidak menyesali kekurangan anak-anak mereka, sebaliknya membimbing dan membantu mengembangkan minat serta bakat anak-anak tersebut.


''Barangkali bakat tersebut dapat dijadikan sumber mata pencarian apabila mereka dewasa kelak. Jika muzik adalah minatnya, berikan instrumen yang digemarinya, jika melukis adalah kebolehannya maka sediakan kelengkapan secukupnya.


''Semakin lewat anak ini diberikan perhatian sewajarnya, semakin sukar untuk mengatasi masalah kalangan mereka. Kerana itu ibu bapa perlu mengesan simptom ini lebih awal agar anak-anak ini dapat dihantar ke sekolah khas lebih awal,'' katanya.


Di Malaysia, dianggarkan satu daripada 600 kanak-kanak adalah pengidap autistik, statistik terkini juga menunjukkan kira-kira 47,000 daripada jumlah penduduk negara adalah penghidap autisme dan daripada jumlah itu empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen.




Based On true story : Masya Allah Baunya

Assalamualaikum semua rakan2 blogger
sebelum ape2 icumm nak rakan2 tengok dulu gambar ini dan fahaminya

[klik untuk besarkan gambar]



Jadi amacam ada yang terasa tak?? hehe
ayuh! jom kita sama-sama pergi basuh telekung
jangan sampai bau masam macam gambar yang icumm lukis ni

Bulan Ramadhan pun dah hampir tiba
nanti boleh solat terawih berjemaah dekat masjid
sian dekat jemaah lain kalau telekung kita berbau
dorang pon nak khusyuk solat jugak kan, kan? ^^

Para-para lelaki jangan ingat terlepas
kain pelikat pon kena selalu cuci
nanti berbau sian jemaah lain

~Yang baik jadikan pedoman
Yang buruk jadikan sempadan~
^^y






Sabtu, 16 Jun 2012

Punca jerebu dan Langkah Keselamatan

Punca jerebu yang melanda ibukota sejak semalam adalah berpunca dari kebakaran tanah gambut dalam skala yang besar di kawasan Rokan Hilir , Sumatera Timur, yang berseberangan dengan pantai Selangor dan Negeri Sembilan.

Imej satelit NOAA ini membuktikan bahawa terdapat titik kebakaran yang sangat banyak di kawasan tersebut yang mana tiupan angin Barat pada ketika ini membantu menjadikan Kuala Lumpur diselimuti jerebu tebal. 

Pada jam 3.15 petang semalam , jarak pemandangan di Kuala Lumpur telah jatuh kepada 3 km sahaja dan telah memasuki status tidak sihat, iaitu melebihi 100 berbanding 91 pada jam 11.00 pagi semalam masalah berlaku kerana Sumatera Timur mengalami musim kemarau yang agak teruk pada masa ini.

Seperti biasa, kerajaan diminta mendesak pemerintah Indonesia untuk mengatasi masalah ini dan sekiranya mereka tidak mampu, kiriman pasukan bomba dan penyelamat Malaysia mungkin diperlukan.


UNTUK KESELAMATAN KITA BERSAMA



diharapkan agar semua rakan2 terutama yg berada di sekitar lembah klang dan selangor agar memakai mask kerana indeks udara yg kurg memuaskan 

Adalah dinasihatkan kpd semua
Jangan keluar dari rumah
(dok diam2 kt umah)
Jangan keluar dari pejabat
(dok diam2 kt pejabat, tdo kt situ sng sket)
Jangan bersiar diluar
(bersiar2 didlm jgn diluar)

Bahang yang amat sangat
Bahang yang membakar

Banyakan minum air suam
Banyakan minum air panas



Oleh itu..icumm mengambil keputusan untuk duduk sahaja di dalam bilik
sambil mengadap buku dan mengahafal
Okei~ mula-mula
kena tahu part ini
kena hafal bahagian itu
kena faham fungsi sana

~Trust me i'm a great teacher to be~
O_o hohoho





Jumaat, 15 Jun 2012

Tips 1: Cara Membuat Hadiah Untuk Tersayang Dengan Bajet RM10

Hello helllo hai semua
hari ini untuk pertama kali icumm nak bagi tips dekat korang2
Cara Membuat Hadiah Untuk Tersayang Dengan Bajet RM10 je

 Dekat sini icumm nak ajar korang buat present
yang tidak mahal tetapi sungguh bermakna ^^y

Cuba tengok gambar dekat atas itu
itu adalah salah satu hadiah yang icumm hasilkan dengan harga tak sampai RM10
Okei sebelum icumm melalut lebih lama jom kita tengok 

Icumm buat benda ni untuk Mr.Right icumm as our first anniversary. Kira dah lama dah hadiah ni, tapi masih elok lagi taw disimpan dekat atas meja ofis Mr.Right icumm
Apa yang diperlukan hanyalah 365 alasan kenapa awak sayang dekat dia atau kenangan bersama sepanjang 1 tahun tu.  (365 sempena 365 hari = 1 tahun ). 
Jenuh juga fikir tapi sebab sayangkan..idea pun flows in macam air terjun.

Macam mana nak buat??
1. Taip 365 alasan dalam Words
2. Print out dalam 5 helai kertas yang berbeza warna (ikut suka, kalau nak lebih pun boleh)
3. Icumm beli bekas kaca dekat Mydin lebih kurang dalam RM3 macam tu
4. Gunting alasan-alasan tu lepas tu gulung comel-comel
5. Masukkan dalam bekas yang kita dah beli tadi
6. Hias botol yang kita beli tadi mengikut kreativiti ( macam icumm ni icum beli satu bunny putih ni dan tampal kat luar bekas tu, bunny ni pon dalam RM2 mcm tu sebab kecil je kan)
7. Hias dalam bekas supaya nampak lebih menarik  ( Icumm beli batu2 kecil dekat kedai 2 ringgit)
8. Siapa2 nak lagi menarik dan tulisan dia cantik bolehlah tulis dekat luar bekas tu macam "Happy Anniversary" "Happy Birthday" ikut kreativiti masing2
SIAP!!

Macam inilah hasilnya nanti
icumm lupa nak ambil gambar dah siap semua
lebih cantik sebab banyak warna2 kertas dalam tu

Nanti orang tersayang kita boleh baca bila berjauhan
dan lompat2 bintang sambil terguling2 sebab baca kenangan dulu2 :)

Simple je cuma kena rajin. Goodluck and selamat mencuba!
P/s: Kalau nak buat ribu-ribu alasan pun boleh..cuma rajin ke? Hehe



Rabu, 13 Jun 2012

Wordless wednesday 4 : Siapa pernah makan coklat ini?

Rindu nak makan coklat ni lagi
beli dekat Langkawi je murah
Jauh di beli cepat di habis
Siapa pernah makan klik COKLAT KISSES











Selasa, 12 Jun 2012

Terbang Tinggi-tinggi~

Sebelum apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku
icumm minta untuk anda menyediakan sebarang 
apa-apa sahaja untuk menadah seperti mangkuk, besen, baldi dan seberadik dengannya
icumm takutkan anda akan muntah
sebabnya entry icumm pada kali ini hanya berumur 18 tahun keatas sahaja boleh baca
Jadi get ready to read!
~Klik untuk besarkan gambar~













 Tammatlah sudah kisahnya
jadi anda semua paham tak dengan kisahnya
oleh itu icumm sebagai mam besar rumah
ingin meyampaikan mandat kepada mr.right icumm yang nak terbang tinggi2 itu
Ini lah mandatnya..hehuhe~

Jadi untuk mengubat selepas anda muntah2 membaca entry icumm ini
silalah klik link2 di bawah ini, jangan risau ianya bukan iklan
icumm kan mane ada promote2 iklan




Sabtu, 9 Jun 2012

Segment : Team Follow Back by AmerCorner


Sejak sekian lama icumm dah tak join sebarang segmen
baru ni icumm rasa sperti nak join
mari join beramai-ramai dekat SINI

Jumlah follower icumm pada masa ketika saat ini adalah 
239


Jumaat, 8 Jun 2012

My Incredible Story With Milo

Masih di memori lagi sampai sekarang mengenai bagaimana kisah icumm (aku) dan Milo
Ketika itu lebih kurang lingkungan tahun 1998 untuk mendapatkan satu tin Milo itu adalah sesuatu yang amat sukar sekali, rasa mahal sangat satu tin milo saiz paling kecil ketika itu
Disebabkan pendapatan keluarga icumm ketika itu tidak tetap, ayah dan emak adalah seorang penoreh getah dan penat jerih hendak membesarkan 9 orang anak dan icumm merupakan anak yang ke sembilan
anak terakhir (bongsu) dan yang paling manja.

Jadi keluarga icumm kena berjimat cermat, jadi kiranya milo adalah satu kehendak bukan satu keperluan keluarga.
icumm rasa hendak rasa air milo setahun sekali belum tentu dapat, rasanya ketika itu air milo adalah untuk golongan-golongan orang berada dan berpendapatan tinggi sahaja.
Tambahan pula pada tahun 1998 adalah zaman kegawatan ekonomi negara kita, semua barang mahal, abang-abang dan kakak-kakak icumm semua sekolah ketika itu, jadi banyak perlu gunakan duit.

Jadi pada tahun 1998, icumm berumur 7 tahun dan icumm mendapat demam yang teruk sangat
sampai tidak boleh menjamah satu makanan. Icumm hanya terbaring dan muntah-muntah. Bila makan muntah, masuk makanan di dalam perut icumm akan muntah.

Jadi icumm rasa masa tu waktu tengahari, kakak icumm datang dan bawak segelas air masak dengan ubat untuk dimakan. Icumm ingat masa itu icumm mengamuk-ngamuk macam orang kena histeria sebab tidak mahu makan ubat. Macam orang kena sawan pun ye jugak, habis icumm tepis ubat dengan air masak yang kakak icumm bawak.
Icumm jerit-jerit kata "Orang nak makan ubat dengan air MILO je" "nak air MILO" "nak air MILO je"
Seisi rumah kelam-kelibut masa tu, jadi akhirnya kakak icumm kata "nah ambil duit beli satu tin milo paling kecil". Abang icumm pergi la beli milo dan icumm tak ingat dah perasaan icumm masa itu.

Abang icumm balik dengan bawak satu tin milo dan kakak icumm buatkan satu cawan air milo suam.
Jadi dapatlah icumm makan ubat dengan AIR MILO, rasa nikmat sangat ketika itu. Yang icumm hairan masa icumm minum air milo tu icumm tak termuntah pulak, mungkin air mahal tak boleh membazir-bazir. Dapatlah setiap hari icumm makan ubat dengan air milo suam sampai icumm sihat.

setiap kali icumm minum air milo, icumm pasti akan teringat kisah ini, sekarang tidak perlu risau lagi nak minum air milo sebab sentiasa ada dekat dapur. Mudah sahaja 3 in 1 pun ada. 
Terima kasih kepada keluarga icumm yang bersusah payah memnuhi permintaan icumm nak dapatkan air milo..Keluarga dan Milo anda tetap di hati icumm sampai bila-bila.

Sebahagian dari keluarga icumm yang tersayang, masing-masing dah ada keluarga dan kerjaya masing-masing

Jadi kirimkan kenangan dan pengalaman anda mengenai produk Nestle di SINI








GE2153: Cikgu Kontroversi

Ini merupakan video kumpulan yang telah kami hasilkan
Tajuk video ini ialah CIKGU KONTROVERSI
Disebabkan video ini file nya terlalu besar
kami mengambil inisiatif untuk memasukkannya didalam google Docs

Bagi siapa-siapa yang ingin sakskan video ini
sila klik link di bawah ini 


Antara barisan-barisan pelakon:

Cikgu: Massaharini
Pelajar 1: Azuriani Murni
Pelajar 2: Norzie
Narrator: Khalsum

Banyak pengajaran yang dapat kita saksikan daripada video yang telah kami hasilkan
antaranya ialah 
bersikap mesra dengan ibubapa
Tidak mencampurkan urusan peribadi di sekolah dan sebagainya
Jadi sila tonton

Ahli kumpulan: (tutor rabu 8-10 a.m)

Khalsum Abdul Hamid                    A134457
Azuriani murni Omar Ussman          A132665
Norzie Che Nordin                          A134610
Massaharini Razimil                        A133044


Ahad, 3 Jun 2012

(Sory Entry Diri sendiri) Terima kasih untuk ini sayang ~~

Icumm pon tak tahu nak mulakan dari mana
hari tu kata nak tinggalkan dunia blogger
tapi tangan ni gatal2 nak buat jugak entry :)
Entry ini sempena ape ye?? jadi kena baca selanjutnya
Apakah gambar itu dan apakah?
ianya bukan sejenis buku atau majalah tetapi sejenis kad ucapan
Cantik kan..hehe..isi dalamnya tidak boleh la icumm tunjuk
~private and confidential~

Siapa2 yang masih ingat *kalau ada yang ingat la
10 mei hari itu adalah besarday icumm
icumm ingatkan hanya dapat kad ucapan yang dekat atas itu aje
tapi icumm pon tak kisah, icumm bukan materialistik 
asalkan masih ada yang sudi ingat, sentiasa ingat
icumm pon dah terharu..Hehuhe~
Jadi selepas tiga minggu besday icumm berlalu
jeng je jeng!! icumm pon dapat hadiah yang dekat atas tu
Waaaaahhhhh O_0
icumm pon tak sangka sangat, terkejut nasib baik tak pengsan
Hadiah dari yang tersayang
memang pandai Mr.Right icumm ni buat2 reben kat hadiah
icumm pon kalah
~Terima Kasih Sayang~
*jangan ada yang termuntah ye, terjiwang sikit.. :D*
Jadi di atas ialah muka icumm yang ter excited sangat dapat hadiah
semua gigi2 icumm  tunjuk..gembira sangat tak terkata
terus2 bukak hadiah tu, biasalah orang tak pernah dapat hadiah..Hehuhe~
Gambar kat atas tadi icumm balut semula kotaknya
sayang taw reben2 tu nak campak2 gitu2 aje
Jadi nak tahu apa hadiahnya??
Inilah hadiahnya...cantik tak, cantik tak?? 
Tahu tahu je icumm amat memerlukan jam sebab jam icumm dah rosak
jadi dapat lah icumm gunakan jam ni ketika exam nanti
~terima kasih sekali lagi untuk ini sayang
terlalu mahal untuk dibandingkan dengan apa yang saya pernah bagi~
*jangan termuntah lagi ye korang2..hehe*

Details, gambar dan apa2 sahaja mengenai Mr.Right icumm adalah
Private and Confidential
nanti ada orang mengorat-ngorat..susah icumm..hehe
Dia adalah seorang manusia biasa, kerja biasa dan semuanya biasa2 aje
doakan jodoh kami
~InsyaAllah tahun hadapan~
hehehe