pages baru

Friday, 15 June 2012

Tips 1: Cara Membuat Hadiah Untuk Tersayang Dengan Bajet RM10

Hello helllo hai semua
hari ini untuk pertama kali icumm nak bagi tips dekat korang2
Cara Membuat Hadiah Untuk Tersayang Dengan Bajet RM10 je

 Dekat sini icumm nak ajar korang buat present
yang tidak mahal tetapi sungguh bermakna ^^y

Cuba tengok gambar dekat atas itu
itu adalah salah satu hadiah yang icumm hasilkan dengan harga tak sampai RM10
Okei sebelum icumm melalut lebih lama jom kita tengok 

Icumm buat benda ni untuk Mr.Right icumm as our first anniversary. Kira dah lama dah hadiah ni, tapi masih elok lagi taw disimpan dekat atas meja ofis Mr.Right icumm
Apa yang diperlukan hanyalah 365 alasan kenapa awak sayang dekat dia atau kenangan bersama sepanjang 1 tahun tu.  (365 sempena 365 hari = 1 tahun ). 
Jenuh juga fikir tapi sebab sayangkan..idea pun flows in macam air terjun.

Macam mana nak buat??
1. Taip 365 alasan dalam Words
2. Print out dalam 5 helai kertas yang berbeza warna (ikut suka, kalau nak lebih pun boleh)
3. Icumm beli bekas kaca dekat Mydin lebih kurang dalam RM3 macam tu
4. Gunting alasan-alasan tu lepas tu gulung comel-comel
5. Masukkan dalam bekas yang kita dah beli tadi
6. Hias botol yang kita beli tadi mengikut kreativiti ( macam icumm ni icum beli satu bunny putih ni dan tampal kat luar bekas tu, bunny ni pon dalam RM2 mcm tu sebab kecil je kan)
7. Hias dalam bekas supaya nampak lebih menarik  ( Icumm beli batu2 kecil dekat kedai 2 ringgit)
8. Siapa2 nak lagi menarik dan tulisan dia cantik bolehlah tulis dekat luar bekas tu macam "Happy Anniversary" "Happy Birthday" ikut kreativiti masing2
SIAP!!

Macam inilah hasilnya nanti
icumm lupa nak ambil gambar dah siap semua
lebih cantik sebab banyak warna2 kertas dalam tu

Nanti orang tersayang kita boleh baca bila berjauhan
dan lompat2 bintang sambil terguling2 sebab baca kenangan dulu2 :)

Simple je cuma kena rajin. Goodluck and selamat mencuba!
P/s: Kalau nak buat ribu-ribu alasan pun boleh..cuma rajin ke? Hehe



4 comments:

AyueJean said...

Hye.....
Nak jemput join 1st Segmen saya.....
Hope sudilah join ye... =D

http://ayuejean.blogspot.com/2012/06/segmen-ayuejean-bapaku-idolaku.html

nozi said...

nak buat jgk tapi untuk ma abah sy je la..xde org trsyg lage.. =D

nuha ahmad said...

wah kreatif sangat. sweet je kan ^^

:)

deqjamucuxx said...

sangat2 kreatif !!

thnx 4 idea ~