pages baru

Sabtu, 16 Jun 2012

Punca jerebu dan Langkah Keselamatan

Punca jerebu yang melanda ibukota sejak semalam adalah berpunca dari kebakaran tanah gambut dalam skala yang besar di kawasan Rokan Hilir , Sumatera Timur, yang berseberangan dengan pantai Selangor dan Negeri Sembilan.

Imej satelit NOAA ini membuktikan bahawa terdapat titik kebakaran yang sangat banyak di kawasan tersebut yang mana tiupan angin Barat pada ketika ini membantu menjadikan Kuala Lumpur diselimuti jerebu tebal. 

Pada jam 3.15 petang semalam , jarak pemandangan di Kuala Lumpur telah jatuh kepada 3 km sahaja dan telah memasuki status tidak sihat, iaitu melebihi 100 berbanding 91 pada jam 11.00 pagi semalam masalah berlaku kerana Sumatera Timur mengalami musim kemarau yang agak teruk pada masa ini.

Seperti biasa, kerajaan diminta mendesak pemerintah Indonesia untuk mengatasi masalah ini dan sekiranya mereka tidak mampu, kiriman pasukan bomba dan penyelamat Malaysia mungkin diperlukan.


UNTUK KESELAMATAN KITA BERSAMA



diharapkan agar semua rakan2 terutama yg berada di sekitar lembah klang dan selangor agar memakai mask kerana indeks udara yg kurg memuaskan 

Adalah dinasihatkan kpd semua
Jangan keluar dari rumah
(dok diam2 kt umah)
Jangan keluar dari pejabat
(dok diam2 kt pejabat, tdo kt situ sng sket)
Jangan bersiar diluar
(bersiar2 didlm jgn diluar)

Bahang yang amat sangat
Bahang yang membakar

Banyakan minum air suam
Banyakan minum air panas



Oleh itu..icumm mengambil keputusan untuk duduk sahaja di dalam bilik
sambil mengadap buku dan mengahafal
Okei~ mula-mula
kena tahu part ini
kena hafal bahagian itu
kena faham fungsi sana

~Trust me i'm a great teacher to be~
O_o hohoho





Tiada ulasan: