pages baru

Isnin, 23 September 2013

DIY: Bunga ros besar mudah (Rose Foam)

Assalamulaikum uolssss tak jawab berdosa

Entry icum kali ini untuk mengajor korang-korang nak buat bunga ros besar
tahu tak bunga ros besar macam mana??
Alaa...yang orang duk selalu letak kat pelamin itu...memang sekarang trend bunga besar-besar ni
jadi icum nak ajar korang cara nak buat bunga ni yang paling senang pada abad ini
bahan-bahan dia hanya kertas A4 (warna kegemaran), gunting, pensel, gam dan sedikit ketekunan+kesabaran+kerajinan


Nampak tak besar macam mana bunga dia..hehe

1. Sediakan 4 helai kertas A4...kalau nak bunga lagi besar boleh guna kertas malilakat (entah betol ke idok eja dia macam ni


2. lipat kertas A4 tu jadi kecik macam ni... (gambar atas icum ada tunjuk garisan lipatan tu)


3. lipat penjuru kertas A4 tu...macam gambar bawah ni


4. Lukis macam bentuk aiskrim macam gambar bawah ni..lukis macam ini untuk buat bentuk kelopak bunga


pastu apa lagi gunting la ikut bentuk tu,,,hihi


5. Buat macam bentuk aiskrim ni sebanyak empat ketul ye..teruk betol bahasa melayu..hehe


6. Step yang ke-6 dan seterusnya baca betol-betol dengan penuh ketekunan ye...sebab complicated sikit
kita dah buat bentuk aiskrim tu 4 ketul kan...,jadi bukak je semua macam gambar bawah ni

i. biarkan satu macam ni untuk base bawah sekali

ii. ambil yang kedua potong satu kelopak je...ketepikan sekejap

iii. ambil yang ketiga gunting dua kelopak pulak...ketepikan sekejap

iv. ambil yang keempat gunting tiga kelopak pulak...ketepikan sekejap

7. Gamkan semua bahagian yang telah kita gunting tadi

jangan takut-takut gam kan aje...sambungkan bahagian yang terputus-putus tu macam kat gambar bawah ni

satu kelopak tu icum tak gam lagi sebab dia kena buat kecik2 je macam gambar bawah ni
jadi korang mesti ada 7 bahagian
kalau tak ade pi cari...mesti melayang ke mana tu...hehe

yang kelopak satu tu...korang gulung kecik macam ni ye..pastu gam 

8. cantumkan semua bahagian-bahagian kelopak yang kita dah gam tadi
yang paling besar bawah sekali diikuti yang paling kecikk

atas ni 3 bahagian icum dah gam...nak tunjuk satu persatu berat pulak nak view tutorial ni... :)
semua bahagian buat lubang kat bontot dia ye kecuali bahagian yang pling kecik tu
gunting sikit je...
sebabnya nak bagi ada pemegang sikit kat bontot/ punggung bunga ni..hehe


bahagian yang last sekali (pling kecik) korang gam tolak kebawah sikit...
bagi ada sikit tempat korang nak pegang bunga ni...macam gambar atas tu

nak bagi pemegang tu keras sikit...ambil kertas yang lebih tu tampal je kat hujung tu
gunakan setiap sisa yang ada...jangan membazir 

9. Bila semua dah dicantumkan...korang boleh gulung sikit-sikit kelopak dia pakai pensel
bagi ada lekuk-lekuk sikit..baru comeiiii...tapi jangan sampai terkoyak

gulung-gulung-gulung

Taraaaaa...dah siap...yahooooo


boleh buat banyak-banyak kuntum...ikut keperluan korang
icumm mungkin nak gunakan bunga ni untuk hias bilik pengantin nanti
tunggu hasilnya nanti....tahun depan..hehe

korang korang yang dah try boleh share dengan icumm ye...
nak amik tutorial ni pon boleh dengan syarat kredit ke blog icumm ye

SELAMAT MENCUBA ^^







Isnin, 16 September 2013

Segmen Pertama Che Yam


Nak join klik SINI

Syarat-syarat icumm rasa yang paling mudah
sebab cik icumm awak ni pemalas sikit...bukan pemalas laptop cepat hang kalau tekan memacam ..hehe

jadi moh le kita join beramai ramai ye :)

Rabu, 11 September 2013

Haruslah Kita shopping

Assalamualaikum korangg

Siapa pompuan-pompuan kat sini yang tak suka bershopping
tipulah kalau kata tak suka bershopping sebabnya walau sebesar zarah mana mesti ada nafsu nak bershopping jugak
icumm tak ada la suka shopping sangat...window shopping apatah lagi
memonatkan kaki eden ajeee
tapi kalau shopping barang rumah macam beli sabun basuh, maggi, biskut-biskut, beli ayam, ikan
nak nak kalau bahan-bahan tu icumm nak beli sebab icumm nak masak sendiri
lagi la excited nak pegi pasaraya...tempat icumm shopping pasaraya aje xde mall-mall ni...tak mampu la kita

Sebab semester baru dah mula banyak lah barang kena beli
cer tengok cer tengok



Icumm memang suka la beli barang-barang macam ni...kalau nak beli mesti beli yang besar
yang ada promosi tu wajib...kalau boleh semua nak yang besar-besar
baru rasa macam suri rumah tangga sikit...hehe



Susu anlene ni masa nak beli tadi memang dalam delima
nak beli susu anlene ke milo
milo anlene anlene milo
tapi disebabkan teringat pesan mak

Mak: Icumm minum susu anlene tu...bagus untuk tulang...takde la asyik mengadu sakit kaki la
sakit lutut la...pinggang la
Icumm: Ye mak malam ni orang berjanji dan berazam start minum susu anlene

tengok-tengok tak minum pon
sebabnya masa icumm matrik dulu setiap malam icumm minum susu anlene
tapi icumm jadi gemuk / berisi...hahaha
taktaw la gemuk sebab kuat makan, sebab tak exercise atau anlene
*tangan atas kepala mata ke atas__berfikir*
tapi untuk semester akhir kat UKM ni icumm berazam untuk meminum susu anlene setiap pagi
*kalau sempat nak buat..hihi





Selasa, 10 September 2013

Butik Pengantin area Temerloh, Jerantut dan Jengka

Assalamualaikum uolss

Entry icumm kali ni kira macam satu perkongsian 
terutama bride to be macam icumm ni
icum nak kongsi bridal-bridal yang terdapat di area temerloh, jerantut dan jengka
jadi b2b yang duduk area2 sini boleh la try tengok2..mana tahu berkenan

semua bridal-bridal ni icumm cari dari awal tahun dulu lagi..hehe
semuanya untuk survey majlis kawen nanti
yo la...pengantin student kena cari la harga berpatutan, pelamin tiptop, baju tiptop dan servis tiptop
kalau nak dikutkan semua tiptop la...hehe

korang klik aje ye...icumm siap link kan ke pages bridal tu
nampak tak macam mane punyer rajin icumm ni..hikhik

JENGKA 


Untuk area jengka yang icumm agak tahu bridal ini la
yola...4keturunan kakak icumm amik bridal ni
kalau ikut yang dulu bridal ni semuanya Old style dari baju sampai la pelamin
tapi sejak dah ada FB ni icumm tengok baju baju dia dah update baru
cun melecun you..jangan pandang sebelah mata



memang cun habiss la baju-baju baru..tapi pelamin yang icumm tengok ada yang baru
tapi entah icumm tak berapa nak berkenan..hehe
jadi korang tengok la sendiri ye...

JERANTUT


Area jerantut icumm memang survey satu aje...ni jiran kawen dulu
dia amik bridal ni
ohh mmyyyyy god.....cantikkkk gilerrr butik ni punya pelamin-pelamin uollsss
icumm rasa macam nak pengsann...nak terkeluar biji mata nak pilih yang mana
cer tengok cer tengokk




Punyerrr la cantik kan...tengok gambar pelamin ni terus berangan..cewahhh
tapi untuk baju bridal ni..icumm tak pasti...sebab dia tak update gambar yang baru
berangan berangan berangan tengok pelamin cenggini *tangan ke dada mata ke atas*
Tunggu next entry ye..icumm reveal kan how much pakej-pakej butik ni...waitt yaaa

TEMERLOH


Area temerloh ni icumm banyak survey sikit...sebab banyak yang ada pages FB
Butik tradisi ni icumm tengok pon okei jugak
pelamin tiptop, baju pon tiptop
uihhhhh...icumm pening nak pilih yang mana
pilih pon pilih jugak duitnya kena adoooo




butik tradisi ni bagi icumm hampir memenuhi citarasa icumm la
lagi satu icumm tengok gambar pengantin-pengantin dia mekup cantikk
natural beauty...tak ada la macam nampak macam tepung gomakk sangat..hehe
how about the package??...wait for the next entryy uolss
jadi korang boleh la tengok sendiri link-link yang icumm bagi dan buat pilihan

Next Bridal


Untuk bridal yang ini icumm boleh cakap one of the famouss amoss bridal la
sebabnya semuanya tiptop tiptop la
dari hujung kaki sampai la ke hujung tudung
memang cun melecun...sampai rasa nak berangan lagi..hihi





Tapi bridal ni icumm tengok memang pelamin-pelamin dia ala ala cerita raikan cinta
yang astro buat tu...hehe
memang cun habis...baju pon cun
tapi icumm rasa sesuai untuk anak-anak datok datok boleh la kot
melepasss edenn...pengantin student kan..kena berjimat cermat..hehe

Next Bridal kat temerloh


Butik ni lebih kurang macam butik tradisi
pelamin dia okei..baju pon okei..tengok mekup pon okei
tapi entah icumm rasa macam ada yang kurang yang memerlukan penambahan
especially tang pelamin



Mungkin tang pelamin icumm rasa kena tambah banyak bunga lagi kot
kat backdrop belakang, bahagian depan mungkin kena tambah bantal2 sesikit, bunga
baju dengan pakej memang icumm berkenan dengan butik ni
jadi tunggu next entry la icumm cerita bridal mana yang mungkin akan icumm pilih

butik pengantin seterusnya icumm bagi link ajo ye
tak larat dah tangan ni nak menaip
lagipon yang lain ni icumm tak tanya pakej dia berapa
sebab ada yang tak berapa menepati syarat icumm....cewahhh siap ada syarat2 gituu
jadi untuk korang silalah tengok sendiri
mana la tahu berkenan di hati ^^



Yang ini sahaja yang icumm mampu kongsikan
semoga kita punya majlis terutamanya icumm dan b2b yang lain dipermudahkan
segalanya berjalan lancar walau bridal mana pon kita pilih
InsyaAllah

P/s: tunggu next entry ye...icum cerita pasal pakej butik2 pengantin ni :) byeee

Kalau nak tahu lebih lanjut...boleh la follow icumm kat twitter, instagram atau facebook
klik-klik aje icon yang comel kat atas tu..hehe

P/s: icum dah update entry harga pakej...korang boleh klik link bawah ni ^^


SEGMEN MARI TAMBAHKAN FOLLOWER BY DIK AN

Assalamulaikum uolss

mood pepagi ni rasa nak join bebanyak contest sampai lebam
ye la asyik update entry aje tak pernah nak join apa2

jadi sape2 yang nak join untuk tambahkan followers klik link bawah ni



Segmen ni memang lama berlangsung dekat dua bulan
jadi ada la masa kita kitaorang ni nak blogwalking sana sini :)

selamat berkunjung ke blogg icumm a.k.a Cik pepatung yang tak seberapa ini
selamat berkenalan 
^^y


Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com



Jom sertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Segmen ini berlangsung daripada 1 September 2013 hingga  30 September 2013. Caranya mudah sangat. Cuma lima langkah sahaja.

  1. Follow Blog cikguzamrud.com, Tambah Google+ hijau zamrud
  2. Buat entri bertajuk "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com"
  3. Copy paste kod HTML yang telah disediakan diruangan HTML new post dan publish entri.
  4. Tinggalkan link (URL entri) anda diruangan komen entri ini.
  5. Klik mana-mana iklan Nuffnang.

Blog rakan blogger yang menyertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com" akan tersenarai dalam bloglist cikguzamrud.com sehingga 31 Disember 2013.

Segmen ini dibuat sempena pertukaran domain pbssainsonline.blogspot.com kepada cikguzamrud.com. Selain itu, ia memberi peluang kepada cikguzamrud mengenali rakan-rakan blogger dan menziarahi blog rakan-rakan blogger. Secara tidak langsung segmen ini dapat merapatkan lagi persahabatan sesama blogger.

Kepada semua rakan blogger, selamat berkenalan. Terima kasih kerana memberi meryertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Sokongan kalian amat saya dihargai.

Khamis, 5 September 2013

Resepi ayam masak sambal hijau yang simple

Assalamualaikum uolsss

Iolss hari ni.macam nak bagi resepi la
Resepi kali ini dari dapur icumm adalah Ayam masak sambal hijau


Nampaknya tak berapa nak hijau sebab lada besar tak ada warna hijau
Merah aje yang ada

Bahan-bahan yang diperlukan:

Ayam ( resepi ni untuk 7ketul)
2ulas bawang merah*
2ulas bawang putih*
Sebatang serai*
Halia
1biji bawang besar*
30biji cili api kecik warna hijau*(jumlah ikut tahap tahan pedas korang...hehe)
3biji cili besar warna hijau*
1biji tomato (potong dadu)
Garam
Ajinamoto
1keping Asam keping

Cara memasak :

1.gaul ayam dengan kunyit garam pastu goreng

2.kisar bahan yang bertanda( tapi sebelum kisar tinggal sikit macam bawang putih, bawang merah, halia,serai untuk ditumis..tinggal sikit je

3. Pnaskn minyak(sikit je) tumis bawang putih,merah, halia, serai

4.masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi... (biar lama sikit nak bagi cili tu masak nanti tak sodap)

5.ni optional ikut korang la...masukkan air kalau terlampau kering...nak berkuah letak air banyak sikit

6.masukkan asam keping, garam, ajinamoto secukup rasa

7.masukkan bawang besar yang dah dipotong

8.masukkan tomato yang dah dipotong dadu

9.masak2 sampai mendidih..rasa kalu tak cukup garam ke ajinamoto ke

10.masuk ayam dah digoreng...ratakan

11.siap...Makan sampai kenyang :)

Mudah je kan korang...selamat mencuba... Pedas tapi sodapppp


posted from Bloggeroid