pages baru

Rabu, 17 Julai 2013

Trip yogyakarta: shopping time pasar beringharjo dan malioboro

Assalamualaikummm readersss
Sayyss hooooo

Sebelum baca entry icumm...memang kena macam itu baru ada feellll...hehe
Mesti ramai tertunggu entry shopping icumm ni....perasan pulak kan
Okei...jangan.merepek banyak sangat icumm

Untuk korang semua tahu...di jogja tempat shopping palingg femesss amouuss adalah pasar beringharjo dengan jalan malioboro
Memang gilerr ramai sesak padat mampat la orang kat situ
Pelancong mahupun orang tempatan
Semua datang beli kat sini


Ni merupakan salah satu pintu masuk pasar beringharjo
Pasar ni banyak sangat pintu.masuk...sekali masuk ingat ye jalan keluar
Jangan sampai sesat :)

Masa icumm nak ke jogja dlu...ramai orang kata sini adalah tempat jual batik
Segala jenis batik la...baju batik, seluar batik, beg batik...semuaa batik la
Semangat shopping tu turun la...tak kan nak beli batik kan...orang nak kain pasang ke...jubah ke...baju jalan ke...keciwa keciwaaa

Tapi jangan cepat buat predection
Dekat pasar beringharjo semua ada
Pasar tersebut ada 4tingkat
Ground floor&1st floor= semua jual batik...baju pasang pon ada
3rd floor= jual baju jalan2...baju budak...telekung
4th floor= lbih kurang macam 3rd floor
Untuk lebih dapat murah...aplikasikan bahasa indonesia yang biasa tengok kat sinetron tu
Icum nak tunjuk sikit barang2 yang icum beli



Ni icumm beli jubah cotton...kat malaysia memang cari jubah macam ni
Dekat malaysia paling murah icumm nak beli harga dia RM70
Dekat jogja ni icum dapat RM45 je+ diskaun
Kalau korang beli banyak lagi dapat murah




Yang ini baju kaftan ada lace kat leher
Lagi murah...icumm beli RM10 je...hehe




Kain pasang icumm beli 4pasang+baju batik untuk ayah icumm buat baju
Tapi dpt amik gambar yang ini aje

Kain pasang ni pon icumm dapat harga murah 4meter icum dapat RM25
masa membeli memang kita kena pandai menawar...kain jenis batik yang murah ada...tapi kain tak sedap la
Jadi icumm amik yang mahal...ada warna emas...tawar menawar
Guna bahasa indonesia belajar dari sinetron
Dapat la murah...hehe



Icumm memang berkenan yang ini...sebab icum yang pilih
Tapi apakan daya ..kena dahulukan kakak...bagi le ke dia...hukhuk



Ni beg jalan yang dibeli tanpa dirancang...sebab beg putus...ganas sangat cik icumm korang ni berjalan..hehe
Yang ini icumm beli 25,ooo rupiah
Kira la sendiri duit malaysia




Last sekali keychain...ini barang wajib beli...walaupun tak tahu nak bagi sape...kena beli
Sebagai kenangan
Yang ini icumm beli RM3 sepeket
Sebenarnya banyak lagi icumm beli...tapi dapat tunjuk yang ini saje

Tukaran duit malaysia untuk mudahkan korang adalah
RM1=3,000rupiah
Jadi kalau baju tu harga 50,000Rp
50 bahagi aje la dengan 3...
Mudah kan:)

P/s: icum nasihatkan sebelum nak shopping...tulis apa yang nak dibeli
Kalau tak, tak sedar duit keluar macam air...sebab barang2 memang murah daripada harga Malaysia

*nak tengok banyak gambar lagi follow la instagram icumm
Nama insta mestilah icumm
Okei...promo pulak..byee
posted from Bloggeroid

Selasa, 16 Julai 2013

Trip yogyakarta : Candi Borobudor

Salam uolllsss

Macam mane puasa hari ini...dah hari ketujuh umat islam menunaikan ibadah puasa
Jangan puasa yang yang yookk pulak ye
Punya la icumm cari cari kat playstore...macam mana nak updaye blog ni
Banyak mende nak cerita...
Tapi susah la nak update pakai laptop
Akhirnya jumpa la apps ini
Ini pertama kali icumm guna
Kalu tulisan tonggang terbalik
Harap diampunkan
Okeii...stopp membebel

Icumm nak sambung cer cite cer cita trip jogja icumm hari tu
Kalau orang nak melancong ke indonesia...mesti pikir bandung,bali,jakarta
Bukan situ ajee tempat shopping yang best
Jogja pon apa kurangnya.
Cerita shopping next entry ye

Icumm nak cerita salah satu tempat icum pergi jogja iaitu candi borobudor
Kalau korang nak tahu candi ini merupakan salah satu daripada 7 keajaiban dunia.




Ni view candi tu dari nawah aje...cantik x cantik x

Walaupun nak masuk candi ini
Bayaran dia agak mahal iaitu Rm60 setiap orang
Tapi icum rasa berbaloi...sebab bukan senang kita nak datang kan




Ni gmbar icum dengan kawan2

Tapi sebelum nak pegi...icumm nasihatkan bawak siap2 topi
Sebabnya memang giler panas kat situ
Yo la....mana nak ada pokoknya

Lagi satu icum nak korang ingat
Memang bila sampai sana ramai gila penjual....ad jual topi...payung..baju..cenderamata
Kalau korang rasa tak nak beli
Jangan gateii gateii tangan tengok2 sentuh2...
Penjual itu akan mengikut korang sampai la korang beli
Jangan nanti dalam bas ada 30orang jadi lebih 35 orang..hehe

Nanti sampai yogyakarta ini adalah tempat yang wajib korang pegi
Sebagai tatapan mata bagi korang jeless
Silalah cuci cuci mata gambar icumm kat sana... :)









posted from Bloggeroid

Selasa, 9 Julai 2013

Trip to Yogyakarta: Tips ke Luar Negara

Assalamualaikum Uollss...

Baru siap solat terawih ke
esok kita dah bermula berpuasa..tapi icum bukan nak bercerita mengenai 
Bulan Ramadhan

Tapi ini cerita bersmabung dari cerita trip icum ke yogyakarta
sebelum icum cerita trip icum yang 6hari 5malam tu
icum nak bagi sedikit tips ke luar negara
mesti ramai yang nak berkahwin lepas raya
nak berhoneymoon ke luar negara
jadi icum cerita la sedikit tips untuk anda

Pertama sekali (1)

jika ingin ke luar negara perkara pertama yang perlu disediakan adalah PASSPORT
kalau masih belum mempunyai Passport boleh la buat 
buatnya boleh di pejabat imegresen berdekatan rumah korang

Bagi yang dah ada passport pastikan tarikh luput passport anda
kalau dah tamat boleh pegi renew di pejabat imegresen jugak naww

Kedua (2)

Pastikan tempat yang anda ingin lawati
boleh tempah dah tiket kapal terbang awal
Tapi kadang-kadang Air Asia ni membuat promosi
boleh la anda tempah dengan tiket yang murah
oleh itu icum sarankan selalu  rajin-rajinkan tangan lawati laman web 

Ketiga (3)
Ini icum nak bagi tips ketika menempah tiket kapal terbang

ketika meenempah tiket kapal terbang
sekiranya barang (luggage) ketika pergi korang rasa banyak
boleh la beli luggage
Kalau rasa tak banyak tak perlu lah beli
sebabnya dekat atas boleh bawa naik 7kg

Barang-barang yang boleh bawak naik ke atas tanpa perlu masuk kargo
1bag laptop 1handbag 1bag yang berat tidak lebih daripada 7kg

kalau untuk balik icum sarankan beli lalah luggage
sebabnya dah pergi tempat orang
habis bershopping sakan

satu lagi yang icum nak bagi tips
ketika membeli tiket flight
icum sangat galakkan untuk korang membeli insurans
tak perlulah kedekut sikit wang untuk membeli insurans
macam trips icum hari tu ada orang hilang bagasi
orang yang hilang itu pulak tak beli insurans..tapi nasib baiklah lah bagasi tu dijumpai semula
untuk membolehkan anda claims jika sesuatu yang buruk berlaku
silalah beli insurans
terutamanya kes hilang bagasi

Keempat (4)
Tips ketika bertolak nak pergi

icum dulu pernah ke sabah...memeang sangat berbeza jika ingin ke luar negara
kawalan lebih ketat jika ingin ke luar negara
pertama pastikan anada tidak membawa sebarang peralatan
yang TAJAM, CECAIR yang lebih daripada 50ml
kalau bekas perfume, toner, pencuci muka tu
boleh lah letak di tempat kargo
kalau tak barang-barang korang tu akan dibuang sahaja
kan dah rugi perfume yang mahal2

Selain itu juga, icum nak nasihatkan ketika berada di airport
sila jaga beg anda
sebab apa??
kita tak tahu ramai sangat orang kat sana
nanti ada yang masukkan dadah
tak pasal2 satu kes pulak

Kelima (5)

Waktu atas flight nanati akan ada pramugara/ri akan berikan borang putih
sila isi borang itu dengan lengkap
nanati bila dah sampai pihak imegresen akan koyakkan separuh
korang kena simpan deprture card tu betul2
jangan hilangkan
bila hilang susah sikit la...banyk proses kena lalui

satu lagi jangan lupa untuk tinggalkan sedikit wang
untuk bayar tax ketika pulang
jangan shopping sakan sampai xde duit langsung
Kalau ke indonesia tax yang dikenakan berharga 100,000rupiah
untuk wrapping barang 
kalau ikat tali: 20,000Rp
Kalau balut kotak:35,000Rp

sebagai tambahan tips :

>chaeck in tiket boleh selepas 2minggu dari tarikh nak pergi
>photostat la maklumat yang dekat passport tu
sebabnya untuk memudahkan urusan jika passport hilang ke

icum rasa tu aje tips yang icum boleh bagi
boleh la ikuti untuk lebih mudahkan anda
jangan nanti rancangan nak bercuti, honeymoon
ROSAK
sebab perkara yang remeh temeh macam ni

~Selamat bercuti~






Trip To Yogyakarta: Teaser

Assalamualaikum uollss

Salam Ramadhan semua
Chewahhh tajuk entry icum kali ni
nak berteeaser teaser jgk
macam nk menjual pakaian pulak ye..hehe

icum sebenarnya nak cerita pasal trip icum ke yogyakarta Indonesia
sebelum semuanya jadi basi
terpaksa la icum khadaqkan semuanya sekali
bukan khadaq puasa ye
Yo la..
nanti orang duk cerita pasal baju raya, biskut raya
dah basi cerita trip icum ni 

Sebagai Teaser untuk trip icum yang icum rasa best
silalah tengok sendiri gambar gambar dulu
nanti icum cerita one by one ye



Gambar icum kat candi Borobudor
Kalau korang nak tahu candi ini
merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia

jadi sebab itu kalau berkunjung ke yogyakarta wajib kena datang sini


Gaya Peace ^^y tu memang pose wajib...hehe

Banyak gambar-gambar lain
kalau ikut mahu uplod semua je
biar semua muntah hijau nak menengoknyerr

Jumpa di entry yang lain..tunggu nawww :)