pages baru

Sabtu, 31 Mac 2012

Lagu Orang Bercinta cintun ^^

Awwww! icumm dlm rasa bercinta ke?? xtaw xtaw xtaw..keliru~~
tba je ada angin nk wat entry jiwang mcm ni..^^

Apa ada dlm hati...CINTA??

okei2..ini la lagu yg icumm nk syorkan kat korang2 yg nk mengayat suami ke, isteri ke
lagu ni lirik dia penuh maksud tersirat..kalu pmpuan dgr msti cair~~~~


   EVERYTHING-michael Buble


You're a falling star, You're the get away car.

You're the line in the sand when I go too far.
You're the swimming pool, on an August day.
And you're the perfect thing to say.



And you play it coy, but it's kinda cute.
Ah, When you smile at me you know exactly what you do.
Baby don't pretend, that you don't know it's true.
Cause you can see it when I look at you.



[Chorus:]
And in this crazy life, and through these crazy times
It's you, it's you, You make me sing.
You're every line, you're every word, you're everything.



You're a carousel, you're a wishing well, 
And you light me up, when you ring my bell.
You're a mystery, you're from outer space, 
You're every minute of my everyday.
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/michael_buble/everything.html ]
And I can't believe, uh that I'm your man, 
And I get to kiss you baby just because I can.
Whatever comes our way, ah we'll see it through, 
And you know that's what our love can do.



[Chorus:]
And in this crazy life, and through these crazy times
It's you, it's you, You make me sing
You're every line, you're every word, you're everything.



So, La, La, La, La, La, La, La
So, La, La, La, La, La, La, La



[Chorus:]
And in this crazy life, and through these crazy times
It's you, it's you, You make me sing.
You're every line, you're every word, you're everything.
You're every song, and I sing along.
'Cause you're my everything.
Yeah, yeah



So, La, La, La, La, La, La, La
So, La, La, La, La, La, La, La, La, La, La, La



More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/michael_buble/#share


ni kalu nk tgk video klip dia..sila tgk sila tgk



P/S: Icumm dapat lagu ni dari someone..trus cair dgr~~~hehehe



Tido tito tido ^^

Terpanggil la icum nk wat entry kali ni sbb tgk ramailah manusia dalam dewan kuliah tertido
Jadi icumm nk ajak korang amalkan senaman yg icumm nak beri ni
Mesti x mengantuk pnyer~~~
                                   
                                           Step 1
Bulatkan mata anda seboleh mungkin dan biarkan mata bulat anda itu selama mungkin

                                            Step 2
Goyangkan tangan anda seperti gambar lakukan selama boleh
Lakukan seperti anda tiada masalah


Step 3
Pusingkan kepala anda ke kanan dahulu
pastikan anda sentiasa tersenyum ketika membuat semua gerakan

Step 4

Seperti step 3 lakukan disebelah kiri pula, maintainkan senyuman anda
Step 3 dn 4 boleh dibuat berulang kali sehingga leher terasa penat


Step 5
Pandang cermin senyum dan ketawa secara ayu secara berterusan
Sekiranya berada didalam kelas lakukan dengan memandang rakan sebelah anda


Step 6
Baring dan lakukan gerakan seperti ulat
jika berada dalam kelas boleh la skip step ni


Keberkesanan senaman yg icumm beri ni ialah MAINTAINKAN SENYUMAN anda
kalau masih mengantuk silalah ke katil dan TIDO, sbbnya sememangnya korang mengantuk dan xckup tido^^

P/S: icumm pernah cuba buat taw, terjamin berkesan ^^

Jumaat, 30 Mac 2012

Macam mane dapat nama Icumm ye??

Dah bnyak orang, kawan2 tanya knapa nma pnggilan atau nama manja la katakan ICUMM??
sebab org kata pelik xpernah dgr lagi dan susah nk sebut
walaupun ejaan di Icumm tp sebutan dia Ecumm
complicated kan? ^^

Alkisahnya bermula disebabkan ada nya citer P.Ramlee tajuknya IBU MERTUAKU
msti ramai ingat2 lupakan, tp bila sy kata yg ada adegan cucuk2 mata gna garpu tu,
watak utama nma kassim Selamat
Ingat dah kan?? ^^

                      

Jadi icumm dapat nama tu dari satu watak anak kepada mami
nama betul anak dia kalsum sma nama dgn icumm
dan nma manja anak mami tu CUMBI...jd start sy dari kicik org pnggl sy CUMBI
tp xbez la tiru2 kan...dan nk permudahkan lg jadila ICUMM

itu je story nyer..hehehe^^

P/S: Sape yg xpaham, it's OK, x masuk Exam pon ^^

SpongeBob SQuarepants ^^

Entry kali ni sempena kartun yg paling icum suka tgk
jeng je jeng~~~~

Aish!.. huduh nye sape la lukis ni

                             

Lukisan ni lukis guna paint yg sume komputer ada
tba rasa teringin nk lukis gna mnde alah ni...korang2 cuba la...msti sonok tgk lukisan msing2 ^^

Spongebob ni dlm pnggilan lain yg icum beri ialah KARTUN KOTAK KUNING
Ramai yg kata kartun ni xmmberi sbarang manfaat...skadar sebagai hiburan

Tapi bagi icum sendiri seorang fanatic citer ni xde la rasa kartun ni merosakkan kanak2
Mungkin kita kena lebih bersifat terbuka..bak kta pepatah
Buang yg keruh Ambil yg jernih

Mungkin ada satu2 episod dlm cerita ni tidak sesuai untuk tontonan kanak2
jadi kita sebagai org lebih dewasa prlulah beri tnjuk ajar atau guide line

Dari sudut positif  citer kartun ni...mcm mne tingginya nilai PERSAHABATAN antara spongebob dgn Patrick
walaupun waktu susah dorang berdua ni tetap bersama

Kan sekarang ni ramai orang kata kawan gembira senang dicari, kawan menangis sume lari
sbnarnya orang tu= icum ^^

sifat positif lain kita tgk pada mr.crab yg bekerja keras untuk mencapai hidup yg senang
tp sifat kedekut dia tu jgn la tiru ye...yg baik jdkan tauladan dn yg buruk jdkan sempadan
Kartun pon boleh berusaha dgn brsungguh sungguh inikan pulak kita manusia

Bnyak lagi yg icum nk senaraikan..tapi korang2 sume boleh berfikir kan..nnt tgk la spongebob dkt tv9 pkul 5...sangat sonok!!

P/S: icumm nk jd mcm mr.crab la spya brusaha sungguh2 dlm blaja boleh dpt dean's list lg utk sem ni ^^

Jangan Gatei Gatei ^^

                Gambar ni icum lukis smpena stress dgn nak exam
kwan2 jgn gatei gatei taw
x elok wat mcm ni..bukan mak je marah, Tuhan pon marah taw


                 

Bagi sang LELAKI sendiri maklumlah WANITA ini seorang insan yg lemah
mudah tergoda dgn pujuk rayu
Itula wanita dikurniakan 9nafsu yg terdiri dri pelbagai nafsu dan nafsu utk disayangi msti ada

Jadi bimbinglah kami wahai kaum ADAM ^^

P/S: kicik2 lg xleh gatei gatei





Distance is Nothing ^^

Rinduuuu!!! RInnduuu!!! Rinduuuu!!!!!!
Mesti yg beranggapan icum rindu akn sang kekasih...sori2..no no no

Rindu dkt Family, mak ayah yg ada berdua je kat rumah, dgn kucing kesayangan
dn cicak2 di rumah

tp mcm tjuk entry icum..DISTANCE IS NOTHING
walau beribu jauh kita dri yg tersayang asalkan ada HATI <3 yg sentiasa mngingati
jarak tu bagaikan x terasa...
mcm gmbar icum lukis kat bwah ni...TEpon kan ada..tepon la
msti x rasa jauh kan..


jgn jadikan alasan buzy study, wat assgment smpai x tertepon Mak Ayah kita kat rumah ^^
Sian mereka. walaupn mereka x TEpon kita tp hati mereka sntiasa ingat dkt kita anaknya

Dan mcm mak dan ayah sy selalu bgthu setiap kali blik rumah...jgn lupakan doakan mak dan ayah ye
mak sentiasa doakan ke sembilan sembilan Ank Mak

I miss you mom!!!

Risalah Bunuh Diri

Ni adalah email yg sy dpat dri seorang kenalan dn sy ingin kongsikan kpd rakan2 yg lain spya boleh mmberi manfaat ^^


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid,Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.
Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.
Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”. Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?” Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .
Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya. Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.
Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan. Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.
Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka. Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”. Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .. Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.
Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” . Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, ” Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.
Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.
Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.” Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.
Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.
Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.
Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk ” Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini. Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.
Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi. Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka. Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR.ALLAH HU AKBAR. gemaan takbir bergema di udara.
Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk. Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.
Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini. Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.
“Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

Berpura-pura Bahagia Adalah Penderitaan Yang Dahsyat

Hari ini masih menyambung pembacaan pada sebuah buku yg bertajuk Motivasi Untuk menjadi Wanita Paling Bahagia. Sape yg nak beli buku ni boleh cari di kedai2 buku..buku ni pon comel kecil sng dibawa ke mana-mana

Harga pon x mhal 10 hinggit je..tp di sini sy bukan nk promote buku ni tp terpanggil utk tulis satu bab dlm buku ni..Tajuk dia tajuk entry kat atas tu ^^




[ Jika kesusahan anda sudah sampai ke kemuncaknya maka penyelesaian akan segera muncul. Betapapun gelapnya malam fajar pasti akn menyinsing] *indah sgt bhs yg ditulis oleh pgrang ni

Saya ringkaskn bab ni ye kwan2

Jgn sekali-kli trikut ikut dgn mereka yg slalu berpura-pura, bersikap bongkah dan angkuh hidup berfoya-foya sedangkan pada hakikatnya hidup mereka tidk pernh lekang dari keluhan dn kecemasan

Anda tidak perlu keliru dan salah sngka tentg mereka. mreka suka brfoya-foya, brsikap bongkak hidup dlm bahagia slama lmanya? tentu skali tidak . Wanita yg tinggal di pondok buruk lebih bahagia brbnding wanita yg tinggal di istana kerana prbezaan amal ibadatnya

Jadi..kebahagiaan itu dlm diri kita sendiri, jgnlah kita mncari di tempat lain kecuali dlm diri kita sendiri

Rabu, 28 Mac 2012

Marah Vs Gembira ^^


Hari ni sy trbaca stu blog yg sgt memberi manfaat…dan satu entry blog tu sndiri mmg btul2 trkna batang hidung sendiri~~ 
Dalam entry blog tu…saya ringkaskan dekat sini 
Seorg guru bertnya kepada pelajarnya..kenapa org yg sedang marah perlu bercakap dengan suara kuat dan berteriak?
Banyak alasan yang diberikan oleh ank muridnya..ade yg ckp sbb hati dah mrah, msti mrah ade sbb..dah hlang sbar cikgu…
tetapi guru tu bertanya lagi…bukankah org yang hndak dimarahinya berada dekat dengannya, knp perlu berteriak? knp x brbicara secara lembut?
banyak alasan dan jawapan yg diberikan oleh pelajar-pelajar tersebut tetapi tiada satu pon memuaskan hati guru tersebut (Rase nyer dari persoaln cikgu ni dah mnimbulkan kemahiran berfikir kritis :)
Akhirnya cikgu tersebut memberitahu, apabila seseorang itu marah dia telah menjarakkan hatinya dengan orang yang sedang dimarahinya…oleh itu dia terpaksa menjerit dan berteriak apabila berkata-kata…semakin kita marah semakin kita menjarakkan hati kita
. bwah ni link blog yg sy bca tu…klau nk bca lbih lnjut~~

(http://akuislam.com/blog/renungan/jarak-antara…)
Pada pndangan sy sendiri btol lah ape yg diperkatakan dalam blog ni….smakin kta mrah smakin kita mnjarakkan hati….sbab sy sendiri pernah marah dan apabila marah kita lupa semua kebaikan yg orang yang kita marah tu lakukan, kita lupa sikap hormat menghormati, kita lupa siapa diri kita semuanya sebab api kemarahan yang telah menyelubungi kita. 
Marah adalah sifat semulajadi setiap manusia..marah boleh berlaku berpunca daripada seseorang atau kebimbangan dalam hidup dan kemarahan boleh berpunca dari dlam diri sendiri apabila memikirkan atau teringat sesuatu peristiwa yg menyebabkan rasa marah. Setakat ini, apa yg sy praktikkan kalu marah selalunya akan menumbuk bantal atau katil..tetapi sepatutnya tidak elok membuat seperti itu..:) Sekarang cuba mempraktikkan cara mengawal amarah berlandaskan agama.. 
 Mengucapkan Ta’awudz (A’udzu billahi minasysyaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan. 
 Diam atau tidak berbicara. 
 Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring. 
 Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah. 
Mari kita sma2 mempraktikkan cara menghilangkan amarah berlandaskan agama                                                                    
p/s: NI entry dri blog lma sy..jd copy n paste ajee

Bloglist April-Mei brsma Jebat ^^

                       
Satu lagi stu lagi lagi stu...sonok la plak join2 segmen alah ni~~


                        aku si JEBAT

Sape rasa nk tmbah kenalan atau mahu nk mningkatkn trafik bagi yg brniat
silalah lakukan mnde alah segmen ni
sgt mudah sperti mkn kacang goreng ajeeee

P/s: Xprnah knal spe lg si jebat 1st time jmpa blog dia ni ^^

Nama kolej asrama sy keris mas..mgkin kerisnya si jebat ini trlepas dkt sini ^^

Suami pilihan?? ^^

Gatei nye wat entry kali ni...padahal bru budak kicik kicik lg..hehehe

semua wanita mesti ada senaraikan ciri2 lelaki pilihan yg hndak dijdikan suami
semuanya mnyenaraikan ciri2 yg hampir sempurna yg sukar manusia biasa nk cpai
Ada yg nk suami hnsem mcm abg Aaron aziz
Ada nk yg keje sbagai engineer abg posmen xnak
Ada yg mahukan suami yg baik, romantik, xpnas baran dn sebagainya

                            

Ape2 pon ciri yg kita mahukan pda seorang bakal suami prlulah kita mngikut pda garis pnduan
yg telah ditetapkan oleh agama kita ^^

                                        



BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER ^^

                           BEN ASHAARI


1st time nk join mnde alah ni..hehehe..jd abg Ben minta untuk jwab soalan ini

Anda ternampak seorang rakan anda sedang mkn di sebuah gerai, kemudian anda menyapanya.
Soalannya, apakah ayat pertama sekali yg akn anda lafazkan?

Kalau jwapn sy.."eh..ko mkn lauk ape hri ini, lauk ape ada jual hri ini? bnyak x? 
*bnyak kan tnya ^^

WooW!! blajar jadi cikgu 4tahun mcm engineer loll

Entry kali ini smpena bersmbang dgn seorg kawan yg tnya sy ambil kos ape dkt UKM..bila sy ckp sy ambil kos pendidikan...msti org kta bkal jadi cikgu la ni ^^..blajar brapa tahun...sy jwab la 4 tahun..kwan pon kta sama mcm ambil kos engineering la...

Sy pon dgn bangganya mmberitahu kwan sy tu..cikgu pon mcm engineer taw
bezanya cikgu bina/didik manusia engineer bina mesin
Sama kan?
tp tugas cikgu/pendidik ni adalah sangat besar dan berat kerana mereka ni akan membina mnjadikan seorang insan yg tidak tahu ape2 berguna kepada bangsa, agama dan negara

Tak hairan la kalu ambil kos pendidikan blajar smpai 4 thun
itu la bnyak cikgu2 kawen dgn engineer...^^

Isnin, 26 Mac 2012

1st Day Kem BTN Langkawi ^^

Pada 15-18hb 3 hri tu sy join la stu program ni. Pda dsarnya xtaw pon ni kem BTN sbb bila dgr buat dkt LANGKAWI trus rasa nk join. Sape yg xnk pergi kan sume ditanggung dari tambang, makan, membawa ketempat tidur. Okei2..sy mula bertolak pda mlm hari yg dingin tpat pkul 1030 wlupun dlm tentatif tulis tolak pkul 930..*rasa nk guling2 kat lntai sbb lama sgt tnggu..sabor jela. Sampai je dkt jeti kuala perlis pda subuh hari terus singgah dekat satu masjid ni, betul2 dkt dengan jeti tu..xde pic msjid tu sbb kalu amik pon bkn nmpak kan..:) tp yg psti msjid tu cntik dibina dkt atas laut mksdnya bwah dia ada air laut la

             
Ni muka bru bgn tido terus nk pegi naik feri..cntikkan laut tu

Sesampai kat atas pulau lngkawi tu, kami tidak diberitahu akn menginap dkt mne. Dalam hati kot2 mnginap kat hotel. Mta pndg ke  atas smbil berangan..hehe. Sepanjang perjalanan kami meningglkan bandar2, pekan2 dan akhirnya kami smpai di tempat menginap iatu kem BTN lngkawi dlm hutan taw.
Xperlu la cite mcm mne suasana kem tu kan korang2 pon msti dpt agak mcm mne kan cuma xprlu tido dlm khemah aje.

Sesampai aje trus kna g mkn, rasenyer dduk dkt sini mmg keje mkn je 6x sehari mkn nsb baik bdan xjd mcm dipam pamkan. Petang tu trus kami diwacanakan minda dengan konsep 1Malaysia. Penceramah mmberikan penerangan mengenai 1 Malaysia konsep dan sebagainya.

Saya mnjadi pmerhati setia kepada kwan2 sbb nsib dpt dduk blkg skli, rase mcm nk guling2 ats lntai smbil wat gaya action kamer sbb tgk kwn2 rmai yg sngt pham dgn cermah trsebut. Ada yg mngangguk trus trusan, ada yg pham pastu xpham, ada yg pgsan trus mngkin trbau rdioactive dri tiak kwan sblh mngkin..hehe

Saya mngantuk jgk tp biasala kna pndai kover..nnt sy bg entry mcm mne xnk bg mgntuk dlm kelas..^^

               
ni penghulu kitaorg yg dilntik setelah sehati sepakat mmbawa berkat..^^ time ni tgh berlatih mnyanyi dan duduk dn mcm2 lg supaya nmpak seragam sebab cermah wacana minda adalah seorang berpangkat Datuk yg akn beri ceramah. Kita2 enjoy je la wlupn mcm budak2 kicik.

Seterusnya, mlm tu kitaorg kna ice breaking mcm2 kna buta. Mula2 ice breaking secara beramai-ramai yg pling sy ingt ialh bgaimana kitorg dikehendaki untuk mnjadi konduktor muzik dengn mta trpejam dn mngikut alunan muzik..Rupa2 nya tngkah laku kitaorg dirakam. Bila tgk sndiri rasa sekali lagi nk guling2 atas lantai smbil wat action atromen..

Selepas itu, kami kna berada dalam kumpulan masing2 mcm biasa la kna buat bendera kumpulan, nama kumpulan dn cheers. Selepas berbincang dengan sehti sepkat mmbawa berkat kumpulan sy telah memilih nama Helang UKM. Cheers kitorg mcm ni

# HELANG UKM, HELANG UKM#
TERBANG~~~#smbil wat action taici^^

                
Ni ahli2 kumpulan sy..cntik2 dan hensem2 x? ^^
kumpulan sy ni pelbagai terdapat seorg adalh org siam dan seorg dari indonesia.

Hri kedua saya akan smbung nnt ye~~^^



Sabtu, 24 Mac 2012

Ooh Helen Keller ^^

Okei2...entry kali sempena sbuah mvie yg agak2 lma dah...Sape pernah tgk cite The Miracle Worker sila lah angkat tgn di dpn lptop anda sendiri..hehe~~~

Pic bwah ni bg view kat korang2 cite ni mcm mne, mne thu ada yg dah trsmbung smula neuron2 di otak msing untuk ingat blik kan

                               

Mvie ni based on the true story ye korang2~~
Mvie ni sgt mnarik prhatian sy sbagai bkal seorang pendidik kerana ditonjolkn bgaimana TABAHnya, SEMANGATnya seorang guru mndidik ank muridnya iaitu Helen yg mmpunyai Multiple Dissabilities iaitu dia pekak dan buta

            

Cuba korang byang mcm mne kita nk mndidik kanak-kanak yg brmsalah pndgran dan pglihatn..nk ajar braille dia xdgr, nk ajar sign language dia xnmpak

Mvie ni ditnjukkan guru kepada Helen iaitu Anne sallivan mnggunakan pndktn sign language ttp mggunakn spenuhnya deria sntuhan, bau yg dipunyai Helen.
Dlm mvie ni Helen mrupakan seorg knk2 yg sgt pintar, cepat dapat ape yg cikgu dia ajar, sgt menakjubkan

Cabaran yg dihadapi cikgu Helen ni ialah mndpt juga tntgan dri keluarga Helen..Biasala, trdapt family yg ptus hrapan bila dapat ank sperti ini, semuanya serahkn pda tkdir..Tp cikgu Helen ni ttp brtegas utk ajar Helen..

Smpai akhirnya Helen boleh brkomunikasi dgn familynya gunakan sign language

Bagi spe2 yg tringin tgk cite ni silalah cri dn dwnlod...anda pasti xrasa rugi ^^


*lpas tgk cite ni smngat mnjadi guru yg bagus brkobar-kobar...xmo xmo mkn gaji buta ye~~


Jumaat, 23 Mac 2012

Contoh Esaimen sendiri ^^

Karangan di bawah ini cntoh esaimen utk one of my subject..rasa mcm skolah2 dlu kna buat karangan..memerah otak untuk memikir..sape sudi baca sila la baca~~
*sepatutnya tulis pnjg lagi tp terpaksa delete sebab ruangan komen utk blog lec tu xleh pnjg2..keciwa-keciwa



          [  Menjangkau tahun 2020 ini, setiap manusia tidak dapat lari daripada teknologi-teknologi yang semakin berkembang pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Sebagai contoh, pelbagai gajet-gajet terkini keluar di pasaran bagi memenuhi kehendak pelanggan tidak mengira umur, jantina dan bangsa.Oleh itu, menjurus kepada bidang pendidikan sejauh manakah teknologi ini digunakan dalam pendidikan dan bagaimana untuk meningkatkan minat berkaitan bidang teknologi pendidikan ini.

            Antara langkah-langkah untuk memastikan minat dalam teknologi pendidikan ini ditingkatkan ialah dengan menjadikan bidang teknologi pendidikan itu sesuatu yang unik berbanding bidang yang lain. Apabila melihat teknologi mesti ramai berfikir ianya berkaitan dengan komputer, gajet, programmer dan sebagainya. Manakala, melihat pada pendidikan pula ianya lebih menjurus kepada profession perguruan, mendidik pelajar, aplikasi dalam pendidikan dan bermacam-macam lagi. Oleh yang demikian. Untuk menjadikan bidang teknologi pendidikan ini sesuatu yang unik dengan menguar-uarkan dan mendedahkan masyarakat bahawa dengan menceburi bidang teknologi pendidikan ini mereka dapat melaksanakan dua perkara dan bidang yang berbeza. Hal ini kerana, mereka dapat mendalami bidang teknologi lebih mendalam dalam pada masa yang sama mendidik anak bangsa supaya celik IT.

            Seterusnya, untuk meningkatkan minat terhadap teknologi pendidikan ialah dengan melalui pendidik itu sendiri. Seseorang pendidik perlulah mempunyai pengetahuan yang lebih luas berbanding pelajarnya. Disebabkan era globalisasi ini tidak mustahil pelajar yang tidak mengetahui mengenai teknologi bahkan terdapat pelajar yang sangat mahir. Oleh itu, perlulah pendidik mempunyai pengetahuan yang lebih luas bagi memastikan pengajaran yang diajar tidak membosankan kerana apa yang diajar adalah ilmu terkini dan masih baru.

Selain itu juga, untuk meningkatkan minat mengenai teknologi pendidikan perlulah ada pihak yang bertangungjawab memperkenalkan dan mempromosikan bidang teknologi pendidikan. Hal ini dapat dilaksanakan dengan mengadakan pertandingan kepada pelajar untuk membina perisian untuk pendidikan atau alat bantu mengajar secara keratif menggunakan teknologi yang sedia ada. Dengan mengadakan pertandingan seperti ini dapatlah jua pelajar menonjolkan bakat yang terpendam dan meningkatkan kemahiran mereka.

Selain itu juga, sekiranya bidang teknologi pendidikan ini merupakan satu subjek mahupun kursus yang perlu diambil hendaklah sukatan pelajaran dikemas kini dari masa ke semasa. Hal ini kerana, bidang teknologi ini lebih cepat berkembang mengikut arus masa jika hendak dibandingkan dengan bidang yang lain. Oleh itu, perubahan dalam sukatan pelajaran memberikan nafas dan bentuk yang baru kepada bidang teknologi pendidikan kerana apa yang terkandung dalam isi pengajaran adalah mengikut arus permodenan. Tambahan lagi dapatlah mengelakkan pelajar daripada cepat bosan kerana apa yang dipelajari merupakan apa yang sudah diketahui.

Akhir sekali, untuk meningkatkan minat terhadap teknologi pendidikan ialah pendidik perlulah menunjukkan contoh tauladan yang baik bagi menarik minat pelajar terhadap bidang teknologi pendidikan. Pendidik perlulah berani menggunakan teknologi-teknologi yang sedia ada tanpa ragu-ragu untuk memastikan pelajar tertarik dengan pengajran yang disampaikan.]

NAMA SEBENAR: KHALSUM BINTI ABDUL HAMID
NO.MATRIK: A134457
TAHUN PENGAJIAN: 2
FAKULTI: PENDIDIKAN
FACEBOOK: Khalsum Abdul Hamid    





Rabu, 14 Mac 2012

Cinta dan Air mata??????

cinta bila diingatikan kembali semua nya indah
pada awalnya manis hujungnya hempedu
menyakinkan sempurna diawalnya cukup mudah
hingga tidak ketahuan adanya selumbar
wanita~~itulah rapuh hatinya
mencari terbaik apakan daya
Lelaki~~susah hendak digambarkan
knp sukar mngawal amarahmu
mana hendak diukur kejantananmu
jika marah menjadi utama
cemburu ibarat panah beracun
_ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _
by:icumm
 no.idea dah..:(





Isnin, 12 Mac 2012

Konsentrasi Ujian ^^

JAWAB SECARA SPONTAN:

Menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :)

- Jawab spontan, jangan banyak fikir,
- Baca satu demi satu,
- Concentrate!
- KITA MULA :

Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..

1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging..:)



didapatkan dri: fb kwan fatin husna

Ahad, 11 Mac 2012

Hati Cinta dan Saya ^^


Pada suatu 'saya' berjalan-jalan di taman bunga dan 'Saya' berjumpa dengan 'Hati' semasa perjalananya. 'Saya' membawa 'Hati' bersama-sama dengannya sepanjang masa. Akhirnya, 'Saya' dan 'Hati' menjadi kawan yang sangat rapat dan akrab. Di mana ada 'Saya' mesti ada 'Hati'. 

Ketika 'Saya' dan 'Hati' bermain-main bersama-sama munculnya 'Cinta'. 'Cinta' tidak diketahui dari mana wujudnya. Rupa 'Cinta' indah sekali, mendamaikan, menggembirakan dan sentiasa membuat 'Saya' dan 'Hati' sentiasa tersenyum. Mereka bertiga 'Saya', 'Hati' dan 'Cinta' menjadi kawan yang rapat sejak daripada hari itu. 

Beberapa bulan berlalu 'Hati' merasakan 'Saya' melebihkan 'Cinta' daripadanya dalam segala hal. 'Hati' berasa sangat sedih dan merasakan dirinya tidak diperlukan lagi.'Hati' sering membawa diri seorang diri dan bersendirian mengenangkan apa kesalahn yang dilakukan. 

Walaupun 'Saya' melebihkan dan melupakan 'Hati' tetapi 'Cinta' sering datang memujuk 'Hati'. 'Hati' tidak pernah berdendam dengan 'Cinta' walaupun telah mengambil sahabatnya. 'Hati' gembira kerana 'Cinta' menggembirakan sahabatnya 'Saya'walaupun dirinya sendiri terluka. 

'Saya'- Diri kita sendiri
'Hati'- Hati,jiwa kita
'Cinta'- Perasaan cinta kita 

Created by: icumm


Berdasarkan kisah ini mesti pernah terjadi kepada diri kita sendiri kan? Bagaimana cinta kita kepada seseorang menyebabkan kita sanggup melukakan hati kita sendiri. walaupun kita tahu cinta kita itu menyebabkan hati kita sakit, penat, hancur tetapi kita tetap pertahankan cinta dan membiarkan hati kita terus disakiti. Tetapi cinta sering datang memujuk hati kita dengan berkata cinta ini yang kita telah pilih, kita tidak boleh berpatah balik. Cinta ini yang kadang-kadang memberikan kita bahagia ketika dulu dan cinta ini menggembirakan kita. 

Jadi kita sendiri yang menguruskan diri kita sendiri, hati dan cinta untuk bagaimana mengolahnya samaada bahagia atau sengsara. ^^

                              
  


Tips Bersemangat ke Kelas ^^

Kadang-kadang di pagi hari kita tak brsemangat ingin pergi ke kelas...nak kemas-kemas buku bawak masuk beg pon malas je kan..jadi di bawah ni antara tips untuk anda bersemangat ke kelas sepanjang tahun :

1. Pilih baju yang pling cantik untuk dipakai pada hari tersebut *tapi jgn mnjolok mata plak ye
       
               
(gmbar dari pkcik Google ^^)


2. Pandang cermin dan puji diri sendiri supaya keyakinan diri mencacak naik..cthnya: cntikk jgak aku ni ye, comei nyer aku, cutenya aku  * tp jgn lma2 sgt ye smpai cermin bleh pcah

    
3. Tetapkan azam dan tujuan utama ke kelas atau ingat orang2 yang prnah dapt dekan list

                                    
5. Ingat muka mak dan ayah kita di rumah.ingat harapan mereka kepada kita

                                  
6. Cari sesuatu daya penarik yang membolehkan anda bersemangat untuk datang ke kelas Cnthnya : suka tgk muka lecterur yg ajar, admire scara diam llaki stu kelas kita, ^^ suka naik bas ke


7. Baca doa sebelum kluar dari rumah atau bilik spya ditetapkan tujuan kita menuntut ilmu


                        

8. Mulakan kelas atau sesi pembelajaran dengan doa

                            

Sampai sini je tips yang dapat icum beri...harap dapat memberi manfaat kepada yang membaca..
semoga berjaya mencapai apa yang di hajati ^^


"Manusia yang memburu ILMU dengan penuh KEJUJURAN, menemui TUHAN di setiap penjuru ILMU"-Dr. Maza