pages baru

Ahad, 11 Mac 2012

Hati Cinta dan Saya ^^


Pada suatu 'saya' berjalan-jalan di taman bunga dan 'Saya' berjumpa dengan 'Hati' semasa perjalananya. 'Saya' membawa 'Hati' bersama-sama dengannya sepanjang masa. Akhirnya, 'Saya' dan 'Hati' menjadi kawan yang sangat rapat dan akrab. Di mana ada 'Saya' mesti ada 'Hati'. 

Ketika 'Saya' dan 'Hati' bermain-main bersama-sama munculnya 'Cinta'. 'Cinta' tidak diketahui dari mana wujudnya. Rupa 'Cinta' indah sekali, mendamaikan, menggembirakan dan sentiasa membuat 'Saya' dan 'Hati' sentiasa tersenyum. Mereka bertiga 'Saya', 'Hati' dan 'Cinta' menjadi kawan yang rapat sejak daripada hari itu. 

Beberapa bulan berlalu 'Hati' merasakan 'Saya' melebihkan 'Cinta' daripadanya dalam segala hal. 'Hati' berasa sangat sedih dan merasakan dirinya tidak diperlukan lagi.'Hati' sering membawa diri seorang diri dan bersendirian mengenangkan apa kesalahn yang dilakukan. 

Walaupun 'Saya' melebihkan dan melupakan 'Hati' tetapi 'Cinta' sering datang memujuk 'Hati'. 'Hati' tidak pernah berdendam dengan 'Cinta' walaupun telah mengambil sahabatnya. 'Hati' gembira kerana 'Cinta' menggembirakan sahabatnya 'Saya'walaupun dirinya sendiri terluka. 

'Saya'- Diri kita sendiri
'Hati'- Hati,jiwa kita
'Cinta'- Perasaan cinta kita 

Created by: icumm


Berdasarkan kisah ini mesti pernah terjadi kepada diri kita sendiri kan? Bagaimana cinta kita kepada seseorang menyebabkan kita sanggup melukakan hati kita sendiri. walaupun kita tahu cinta kita itu menyebabkan hati kita sakit, penat, hancur tetapi kita tetap pertahankan cinta dan membiarkan hati kita terus disakiti. Tetapi cinta sering datang memujuk hati kita dengan berkata cinta ini yang kita telah pilih, kita tidak boleh berpatah balik. Cinta ini yang kadang-kadang memberikan kita bahagia ketika dulu dan cinta ini menggembirakan kita. 

Jadi kita sendiri yang menguruskan diri kita sendiri, hati dan cinta untuk bagaimana mengolahnya samaada bahagia atau sengsara. ^^

                              
  


Tiada ulasan: