*sepatutnya tulis pnjg lagi tp terpaksa delete sebab ruangan komen utk blog lec tu xleh pnjg2..keciwa-keciwa
[ Menjangkau tahun 2020 ini, setiap
manusia tidak dapat lari daripada teknologi-teknologi yang semakin berkembang
pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Sebagai contoh, pelbagai
gajet-gajet terkini keluar di pasaran bagi memenuhi kehendak pelanggan tidak
mengira umur, jantina dan bangsa.Oleh itu, menjurus
kepada bidang pendidikan sejauh manakah teknologi ini digunakan dalam
pendidikan dan bagaimana untuk meningkatkan minat berkaitan bidang teknologi
pendidikan ini.
Antara langkah-langkah untuk
memastikan minat dalam teknologi pendidikan ini ditingkatkan ialah dengan
menjadikan bidang teknologi pendidikan itu sesuatu yang unik berbanding bidang
yang lain. Apabila melihat teknologi mesti ramai berfikir ianya berkaitan
dengan komputer, gajet, programmer dan sebagainya. Manakala, melihat pada
pendidikan pula ianya lebih menjurus kepada profession perguruan, mendidik
pelajar, aplikasi dalam pendidikan dan bermacam-macam lagi. Oleh yang demikian.
Untuk menjadikan bidang teknologi pendidikan ini sesuatu yang unik dengan
menguar-uarkan dan mendedahkan masyarakat bahawa dengan menceburi bidang
teknologi pendidikan ini mereka dapat melaksanakan dua perkara dan bidang yang
berbeza. Hal ini kerana, mereka dapat mendalami bidang teknologi lebih mendalam
dalam pada masa yang sama mendidik anak bangsa supaya celik IT.
Seterusnya, untuk meningkatkan minat
terhadap teknologi pendidikan ialah dengan melalui pendidik itu sendiri.
Seseorang pendidik perlulah mempunyai pengetahuan yang lebih luas berbanding
pelajarnya. Disebabkan era globalisasi ini tidak mustahil pelajar yang tidak
mengetahui mengenai teknologi bahkan terdapat pelajar yang sangat mahir. Oleh
itu, perlulah pendidik mempunyai pengetahuan yang lebih luas bagi memastikan
pengajaran yang diajar tidak membosankan kerana apa yang diajar adalah ilmu
terkini dan masih baru.
Selain itu juga, untuk meningkatkan minat mengenai teknologi
pendidikan perlulah ada pihak yang bertangungjawab memperkenalkan dan
mempromosikan bidang teknologi pendidikan. Hal ini dapat dilaksanakan dengan
mengadakan pertandingan kepada pelajar untuk membina perisian untuk pendidikan
atau alat bantu mengajar secara keratif menggunakan teknologi yang sedia ada.
Dengan mengadakan pertandingan seperti ini dapatlah jua pelajar menonjolkan
bakat yang terpendam dan meningkatkan kemahiran mereka.
Selain itu juga, sekiranya bidang teknologi pendidikan ini
merupakan satu subjek mahupun kursus yang perlu diambil hendaklah sukatan pelajaran
dikemas kini dari masa ke semasa. Hal ini kerana, bidang teknologi ini lebih cepat
berkembang mengikut arus masa jika hendak dibandingkan dengan bidang yang lain.
Oleh itu, perubahan dalam sukatan pelajaran memberikan nafas dan bentuk yang
baru kepada bidang teknologi pendidikan kerana apa yang terkandung dalam isi
pengajaran adalah mengikut arus permodenan. Tambahan lagi dapatlah mengelakkan
pelajar daripada cepat bosan kerana apa yang dipelajari merupakan apa yang
sudah diketahui.
Akhir sekali, untuk meningkatkan minat terhadap teknologi
pendidikan ialah pendidik perlulah menunjukkan contoh tauladan yang baik bagi
menarik minat pelajar terhadap bidang teknologi pendidikan. Pendidik perlulah
berani menggunakan teknologi-teknologi yang sedia ada tanpa ragu-ragu untuk
memastikan pelajar tertarik dengan pengajran yang disampaikan.]
NAMA SEBENAR: KHALSUM BINTI ABDUL HAMID
NO.MATRIK: A134457
TAHUN PENGAJIAN: 2
FAKULTI: PENDIDIKAN
EMAIL: cumbi2910@gmail.com
FACEBOOK: Khalsum Abdul Hamid
2 ulasan:
Salam~ Zam tumpang bw di sini ;)
Wassalm..tmpg la ^^
Catat Ulasan