pages baru

Jumaat, 23 Mac 2012

Contoh Esaimen sendiri ^^

Karangan di bawah ini cntoh esaimen utk one of my subject..rasa mcm skolah2 dlu kna buat karangan..memerah otak untuk memikir..sape sudi baca sila la baca~~
*sepatutnya tulis pnjg lagi tp terpaksa delete sebab ruangan komen utk blog lec tu xleh pnjg2..keciwa-keciwa



          [  Menjangkau tahun 2020 ini, setiap manusia tidak dapat lari daripada teknologi-teknologi yang semakin berkembang pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Sebagai contoh, pelbagai gajet-gajet terkini keluar di pasaran bagi memenuhi kehendak pelanggan tidak mengira umur, jantina dan bangsa.Oleh itu, menjurus kepada bidang pendidikan sejauh manakah teknologi ini digunakan dalam pendidikan dan bagaimana untuk meningkatkan minat berkaitan bidang teknologi pendidikan ini.

            Antara langkah-langkah untuk memastikan minat dalam teknologi pendidikan ini ditingkatkan ialah dengan menjadikan bidang teknologi pendidikan itu sesuatu yang unik berbanding bidang yang lain. Apabila melihat teknologi mesti ramai berfikir ianya berkaitan dengan komputer, gajet, programmer dan sebagainya. Manakala, melihat pada pendidikan pula ianya lebih menjurus kepada profession perguruan, mendidik pelajar, aplikasi dalam pendidikan dan bermacam-macam lagi. Oleh yang demikian. Untuk menjadikan bidang teknologi pendidikan ini sesuatu yang unik dengan menguar-uarkan dan mendedahkan masyarakat bahawa dengan menceburi bidang teknologi pendidikan ini mereka dapat melaksanakan dua perkara dan bidang yang berbeza. Hal ini kerana, mereka dapat mendalami bidang teknologi lebih mendalam dalam pada masa yang sama mendidik anak bangsa supaya celik IT.

            Seterusnya, untuk meningkatkan minat terhadap teknologi pendidikan ialah dengan melalui pendidik itu sendiri. Seseorang pendidik perlulah mempunyai pengetahuan yang lebih luas berbanding pelajarnya. Disebabkan era globalisasi ini tidak mustahil pelajar yang tidak mengetahui mengenai teknologi bahkan terdapat pelajar yang sangat mahir. Oleh itu, perlulah pendidik mempunyai pengetahuan yang lebih luas bagi memastikan pengajaran yang diajar tidak membosankan kerana apa yang diajar adalah ilmu terkini dan masih baru.

Selain itu juga, untuk meningkatkan minat mengenai teknologi pendidikan perlulah ada pihak yang bertangungjawab memperkenalkan dan mempromosikan bidang teknologi pendidikan. Hal ini dapat dilaksanakan dengan mengadakan pertandingan kepada pelajar untuk membina perisian untuk pendidikan atau alat bantu mengajar secara keratif menggunakan teknologi yang sedia ada. Dengan mengadakan pertandingan seperti ini dapatlah jua pelajar menonjolkan bakat yang terpendam dan meningkatkan kemahiran mereka.

Selain itu juga, sekiranya bidang teknologi pendidikan ini merupakan satu subjek mahupun kursus yang perlu diambil hendaklah sukatan pelajaran dikemas kini dari masa ke semasa. Hal ini kerana, bidang teknologi ini lebih cepat berkembang mengikut arus masa jika hendak dibandingkan dengan bidang yang lain. Oleh itu, perubahan dalam sukatan pelajaran memberikan nafas dan bentuk yang baru kepada bidang teknologi pendidikan kerana apa yang terkandung dalam isi pengajaran adalah mengikut arus permodenan. Tambahan lagi dapatlah mengelakkan pelajar daripada cepat bosan kerana apa yang dipelajari merupakan apa yang sudah diketahui.

Akhir sekali, untuk meningkatkan minat terhadap teknologi pendidikan ialah pendidik perlulah menunjukkan contoh tauladan yang baik bagi menarik minat pelajar terhadap bidang teknologi pendidikan. Pendidik perlulah berani menggunakan teknologi-teknologi yang sedia ada tanpa ragu-ragu untuk memastikan pelajar tertarik dengan pengajran yang disampaikan.]

NAMA SEBENAR: KHALSUM BINTI ABDUL HAMID
NO.MATRIK: A134457
TAHUN PENGAJIAN: 2
FAKULTI: PENDIDIKAN
FACEBOOK: Khalsum Abdul Hamid    





2 ulasan:

Zam berkata...

Salam~ Zam tumpang bw di sini ;)

icumm berkata...

Wassalm..tmpg la ^^