pages baru

Isnin, 7 Mei 2012

Hangat seorang Guru Risau menjadi Guru



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang 1979

Di atas merupakan bait-bait sajak yang sangat famous waktu ketika kita sekolah dulu
icumm ingat lagi bagaimana icumm deklamasikan sajak ni semasa hari guru
Besarnya jasamu oh guru..terima kasih kerana telah mendidik icumm hingga boleh berjaya sampai ke tahap ini
sekarang icumm pula akan mengikut jejak2 langkah cikgu untuk menjadi cikgu
icumm selalu berfikir adakah mampu icumm menjadi seorang guru yang mampu mendidik
anak muridnya sehingga mereka mampu menghadapi dunia yang penuh mencabar ini

icumm risau adakah tepat pilihan icumm untuk menjadi seorang guru
guru yang berbeza dengan guru yang lain sebabnya icumm akan mengajar
insan-insan istimewa yang penuh dengan keunikkan
mampukah icumm???

Meniti hari mempelajari ilmu perguruan di UKM memberikan icumm semangat untuk 
memperjuangkan nasib anak-anak OKU ini
walaupun mungkin suatu hari ini nanti icumm hanya mampu berjuang di sekolah 
yang bakal icumm posting sahaja
icumm akan cuba berusaha semampu boleh untuk mendidik anak2 istimewa ini
supaya sekurangnya mereka mampu berdikari, mampu menjaga diri mereka sendiri
tanpa bergantung kepada orang lain
Nanti mungkin icumm tengok guru-guru lain bergembira, berbangga melihat anak murid mereka
mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan
icumm akan berbangga dengan anak murid icumm sekiranya mereka mampu membaca
walau sebaris ayat
itulah kepuasan dan kebanggaan yang icumm dapat dari sudut pandang yang lain

Anak murid icumm nanti mungkin tiada yang bakal menjadi doktor, engineer
yang mampu mencanang nama guru-gurunya yang telah mengajar mereka
cukuplah bagi icumm anak murid icumm mampu mendapat pekerjaan
walaupun pekerjaan yang hina di mata orang lain
tetapi mampu mencari rezeki yang halal
menyara kehidupan mereka sepanjang hidup

Mungkin anak murid icumm nanti tidak mampu membalas jasa gurunya
dengan memberi hadiah, dengan melawat gurunya
tetapi cukuplah balasan dari Allah yang setimpal dengan tugas seorang guru yang mulia

Icumm sentiasa berdoa supaya icumm menjadi guru yang terbaik untuk anak2 murid icumm
mampu memberikan mereka pendidikan yang terbaik
tidak menjadi guru yang hanya makan gaji buta semata-mata

Pensyarah icumm selalu kata
menjadi guru pendidikan khas ini kita memegang tiket EKSPRESS ke SYURGA
cuma bergantung pada diri kita sendiri
sama ada untuk mengambil tiket tersebut atau mencampaknya ke dalam tong sampah

Hiduplah dalam keberkatan dengan menjalankan amanah yang telah diberikan
jika kita tidak menjadi guru yang bagus, mengerah sepenuh keringat tenaga
ingatlah balasan dari Allah sentiasa menanti

-Luahan bakal guru pendidikan khas-
-icumm ^^-


2 ulasan:

9n0L4 berkata...

good luck dear. bile dah name cekgu, subjek ape pun sememangnye dh dpt tiket free ke syurga jika amanah jlnkan tugas. insah Allah. ;)

Unknown berkata...

bonde datang bw kat sini...
seronok jd cikgu.. nnt bonde bole tanya soalan ek... memandangan ank bonde ada br tahun 4...pening juga klu ditanya soalan yg x boleh kita jawab...

http://kumahuitu.blogspot.com