PENDAHULUAN
Pembangunan peradaban
manusia pada zaman ini dicorakkan oleh
revolusi maklumat dan juga teknologi paling terkini iaitu teknologi
maklumat dan komunikasi ( ICT). Kini
dunia semakin di serang dengan kemajuan gelombang ICT, auranya sudah dapat di
rasai di seluruh pelusuk dunia mencakupi sehingga ke peringkat globalisasi.
Dunia pendidikan juga turut terkena tempiasnya, dan penggunaan ICT dalam
pendidikan kini semakin hangat di perdebatkan. Dalam usaha merapatkan jurang
digital antara lokasi, guru dan pelajar, penggunaan ICT telah diperluaskan
bukan sahaja di sekolah, malahan di peringkat prasekolah.
Oleh itu, pelbagai
pendekatan,strategi dan teknik yang sesuai dengan minat dan
kebolehan pelajar digunakan
untuk mencapai hasil pembelajaran melalui penekanan penggunaan ICT. Penggunaan
ICT dalam pendidikan juga haruslah difokuskan kepada proses mengaplikasikan peralatan
dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran.
Jika dilihat daripada skop pengajaran dan pembelajaran pula, Penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah,
terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
Antara perkara
penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat
memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu
Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya
dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145). Oleh sebab
itu, ICT dilihat sebagai salah satu komponen penting yang dapat membantu
meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran.
Berbagai-bagai kaedah boleh di aplikasikan seperti melalui penggunaan
powerpoint, filem, multimedia interaktif dan sebagainya. Selain itu, (Abdul
halim 2008) juga pernah mengatakan bahawa
“Pelbagai perisian yang digunakan mampu menambah pengetahuan pelajar-pelajar,
memberikan pengalaman bermakna,meningkatkan kemahiran pelajar dalam mempelajari
bidang ilmu seperti Sains dan Matematik.
Masa kini, pelajar
sekolah lebih banyak menggunakan ICT hanya untuk melayari laman sembang sosial
sahaja seperti facebook, twitter, my space dan sebagainya. Fenomena
seperti ini sudah menjadi trend dalam kalangan pelajar sekolah
(Liaw Huang & Chen 2007). Seharusnya minat pelajar ini harus dimanfaatkan
sebaik mungkin oleh para guru atau ibu bapa untuk mendidik palajar tersebut
agar menggunakan manfaat ICT ke arah
penggunaan yang betul dan seterusnya memberikan impak positif kepada diri
pelajar tersebut. .
Menurut Alessi dan
Trollip (2001) pembelajaran menerusi ICT mempunyai banyak kelebihan. Antara
kelebihan itu ialah: murid boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila
masa dan dimana jua mereka berada; bahan pembelajaran boleh dirangkaikan
daripada sumber tambahan yang terdapat di seluruh dunia; pengurusan dan
mengemas kini bahan menjadi semakin mudah dan pantas; dan pelbagai bentuk
saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan guru.
Kesimpulannya, penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pengajaran menjadikan proses pengajaran menjadi bertambah seronok dan
bermakna untuk pelajar, serta memudahkan pelajar. Cuma apa yang perlu di
berikan perhatian adalah tentang teknik atau kaedah yang digunakan, supaya
tidak membebankan pelajar.
LATARBELAKANG
KAJIAN
Dalam kajian yang telah kami
lakukan, kami telah menggunakan Model ASSURE sebagai petunjuk arah dalam
menjalankan kajian kami di mana dalam kajian kami, kami telah melakukan kajian
bagi mengukur dan melihat minat pelajar sekolah menengah melalui penggunaan ICT
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Berdasarkan Model ASSURE,
model ini dapat digunakan bagi membantu guru memilih dan menentukan penggunaan
pelbagai jenis media dalam pengajaran pada tahap optima. Model ini lebih memberi
petunjuk kepada guru untuk merancang, melaksana dan menilai pengajaran
menggunakan media dan bahan sumber yang lain dan dalam kajian kami, bahan
sumber yang kami tekankan adalah secara umum iaitu ICT di mana ICT ini boleh
merangkumi bentuk peralatan dan sistem yang digunakan untuk memperoleh,
memproses dan menggunakan maklumat untuk diaplikasikan dalam kehidupan
seharian.
Berdasarkan Model ASSURE ini juga,
kami telah menggunakan enam langkah yang telah disenaraikan dalam model ini
iaitu analisis ciri – ciri pelajar, nyatakan objektif pengajaran, pilih kaedah,
media dan bahan, penggunaan media dan bahan, penglibatan pelajar dan penilaian
serta semakan semula. Langkah pertama iaitu analisis ciri – ciri pelajar. Dalam
menganalisis ciri – ciri pelajar, kami fokuskan kepada pelajar tingkatan tiga
di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin Dua Kajang . Ciri – ciri pelajar
yang kami tetapkan adalah secara umum iaitu pelajar adalah terdiri daripada
pelbagai kaum, bangsa dan agama. Kebanyakkan pelajar menguasai gaya
pembelajaran bebas di mana semua pelajar berinteraksi secara bebas mengenai
pembelajaran yang dipelajari apabila guru – guru mereka menggunakan ICT dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran tetapi berinteraksi secara kawalan oleh guru –
guru mereka.
Seterusnya ialah nyatakan objektif
pengajaran di mana melalui objektif pengajaran yang telah ditetapkan oleh guru,
guru mengajar menggunakan perisian ICT yang betul dan sesuai dengan isi
pengajaran. Ciri yang seterusnya ialah pilih kaedah, media dan bahan sumber di
mana melalui ciri ini, guru memilih bahan berdasarkan media dan bahan sumber –
sumber yang sedia ada seperti animasi, video, tayangan power point dan
sebagainya sebelum sesi pembelajaran bermula dan bagi mendapatkan hasil yang
mantap sebelum pembelajaran bermula, guru di sekolah tersebut akan menjalankan
langkah – langkah yang seterusnya seperti pilih, ubahsuai bentuk sumber yang
ingin digunakan.
Bagi menentukan bahan sumber adalah
yang terbaik, lima langkah perlu diikuti seperti meneliti semula bahan sumber,
penyediaan bahan sumber, penyediaan persekitaran, penyediaan pelajar dan
terakhir ialah pelaksanaa pengajaran di dalam kelas.
Ciri yang seterusnya ialah
penglibatan pelajar. Sepanjang pemerhatian yang kami lakukan di sekolah
tersebut, kebanyakkan pelajar telah melibatkan diri mereka secara aktif
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kemudian, ciri yang
seterusnya ialah penilaian dan semakan semula. Dalam ciri ini, penilaian ini
telah dilakukan selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran dan penilaian
ini adalah bertujuan untuk mengukur minat pelajar dan juga untuk menilai keberkesanan
penggunaan ICT dalam pengajaran. Hasil penilaian kami, kebanyakkan pelajar
telah menunjukkan minat yang tinggi apabila guru menggunakan ICT dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Secara kesimpulannya, melalui Model
ASSURE, penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam menarik
minat pelajar dalam sesi pengajaran adalah tepat di mana dalam kajian yang kami
lakukan menunjukkan hasil yang bertepatan dengan apa yang dinyatakan dalam
Model ASSURE.
PERNYATAAN
MASALAH
Sistem
pendidikan di Malaysia sangat mementingkan untuk melahirkan insan yang berjaya
dari segi akademik. Walaubagaimanapun, kejayaan pelajar dalam bidang akademik
bermula dengan usaha menarik minat pelajar terhadap sesuatu subjek.
Terdapat
segelintir guru yang merasakan mengajar merupakan sesuatu yang mencabar
sehingga sukar untuk membantu pelajar memahami apa yang ingin disampaikan.
Persoalannya mengapakah keadaan ini berlaku? Adakah subjek yang diajar itu
merupakan satu subjek yang sangat sukar sehingga dianggap silibus itu hanya sesuai
untuk segolongan pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi atau adakah cara
penyampaian dan pengajaran guru serta pemilihan bahan bantu mengajar yang tidak
berkesan? Pengajaran bukanlah suatu tugas yang sukar kepada guru kerana mereka
telahpun mendapat latihan selama 4 tahun sebelum bergelar guru. Guru perlu
memastikan bahawa pelajar dapat memahami isi kandungan silibus matapelajaran
kerana konsep dan kemahiran yang diajar merupakan sesuatu yang berkaitan dengan
kehidupan seharian. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
memikirkan cara yang terbaik dengan berfikir secara kreatif dan kritis dalam usaha
menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu dan memudahkan sesuatu
sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi seronok kepada pelajar yang seterusnya
membantu dalam proses peningkatan minat
dan kefahaman pelajar.
Begitu
juga halnya dengan terdapat pelajar yang mengeluarkan kenyataan bahawa
pengajaran adalah sesuatu yang membosankan, mengelirukan dan membebankan
mereka. Hal ini demikian kerana guru hanya mengajar menggunakan buku teks
semata-mata dan hanya menyampaikan pengajaran menggunakan kaedah kuliah tanpa
melibatkan penyertaan pelajar dalam proses P&P tersebut. Seseorang guru perlu
sedar bahawa pelajar-pelajar mempelajari sesuatu dengan cara berlainan dan
kadar kecekapan yang berbeza-beza (Habibah Alias dan Rahil Mahyuddin, 1990).
Jadi, guru perlu sedaya upaya untuk mencari rangsangan yang dapat menimbulkan
perasaan atau kepuasan yang menyenangkan dalam kalangan pelajar. Oleh itu,
pengetahuan guru dalam menggunakan bahan yang dipilih dan penggunaan pelbagai
teknik P&P, pemberian latihan yang berperingkat-peringkat dan bermakna
mengikut tahap kebolehan, pengalaman dan minat pelajar perlu diambil kira
semasa memilih bahan yang ingin digunakan. Guru perlu memikirkan tentang faedah
yang diperoleh pelajar hasil penggunaan bahan tersebut. Hal ini bertujuan untuk mengekalkan minat
pelajar terhadap kandungan pelajaran yang ingin disampaikan dan seterusnya
dapat menyediakan pelajar yang mempunyai motivasi kendiri untuk terus belajar
dengan bersungguh-sungguh.
Bahan Bantu Mengajar yang baik dan sesuai
sepatutnya memenuhi ciri-ciri berikut:
a.
Berkait dengan isi kandungan pelajaran yang diajar dan hasil yang
diharapkan.
b.
Menggunakan seberapa banyak deria yang mungkin.
c.
Tahan lama,,pengukuhan itu haruslah seimbang dengan kos yang
diperlukan
dalam penggunaannya.
d.
Dibuat dengan perincian yang tepat.
e.
Berkualiti tinggi supaya bahagiannya tidak mudah pecah ataupun
hilang.
f.
Rupa bentuk dan warna yang menarik
g.
Mudah dijaga dan kos jagaannya munasabah
h.
Sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah.
i.
Mudah diubah alih dan dipasang semula.
j.
Fleksible dan pelbagai guna.
k.
Operasinya mudah
l.
Cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya apabila digunakan
semasa
demonstrasi dalam kelas.
BORANG SOAL SELIDIK
LAMPIRAN A
Borang soal selidik (untuk dijawab oleh pelajar)
Arahan: Jawab semua soalan di setiap bahagian. Sila bulatkan satu
daripada 4 aras
persetujuan anda yang terdapat di setiap hujung pernyataan
tersebut.
Rujukan pernyataan:
Aras
persetujuan Skor
Sangat
Tidak Setuju (STS) 1
Tidak
Setuju (TS)
2
Serdahana (SE)
3
Setuju
(S)
4
Sangat
Setuju (SS) 5
Bahagian A
Hubungan minat
pelajar dengan penggunaan ICT dalam pengajaran.
|
|
STS
|
TS
|
SE
|
S
|
SS
|
1.
|
Saya
sangat minat belajar apabila guru menggunakan ICT dalam pengajaran.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
2.
|
Saya
tidak suka belajar tanpa menggunakan ICT
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
3.
|
Saya
rasa bosan belajar sekiranya guru tidak menggunakan ICT semasa mengajar.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
4.
|
Saya
merasa seronok belajar dengan adanya ICT dalam pengajaran.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
5.
|
Penggunaan
ICT dalam pengajaran oleh guru menjadi motivasi kepada saya untuk mengikuti
setiap sesi pelajaran.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6.
|
Saya
tidak dapat menumpukan perhatian walaupun
guru
menggunakan ICT ketika sesi pengajaran.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
7.
|
ICT
yang digunakan semasa pengajaran dapat mengekalkan minat saya pada subjek
matapelajaran yang diajar.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
8.
|
Minat
saya pada sesuatu matapelajaran bertambah apabila guru
menggunakan
ICT dalam pengajarannya
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
9.
|
Saya
berminat membuat latihan yang disediakan oleh guru pada lembaran kerja.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
10.
|
Penggunaan
ICT dalam pengajaran oleh guru tidak langsung menarik minat saya pada sesuatu
matapelajaran.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
11.
|
Sesuatu
pembelajaran tidak menarik dengan penggunaan ICT ketika Mengajar.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
12.
|
Penggunaan
ICT dalam pengajaran oleh guru telah mendorong minat saya untuk lebih rajin
belajar.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
13.
|
Sesuatu
pembelajaran menjadi lebih menarik
dengan
adanya ICT.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
14.
|
Saya
minat membuat latihan yang terdapat dalam buku rujukan selain yang diberi oleh
guru.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
15.
|
Saya
berjaya menyelesaikan soalan yang diberikan
apabila
guru menggunakan ICT ketika mengajar.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
Bahagian B
Ciri-ciri Bahan
Bantu Mengajar yang sesuai
1.
|
Bahan
Bantu Mengajar ICT yang digunakan oleh guru sesuai dengan isi pelajaran yang
disampaikan.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
2.
|
Bahan
Bantu Mengajar ICT yang digunakan oleh guru dapat dilihat dengan jelas.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
3.
|
Bahan
Bantu Mengajar ICT yang digunakan oleh guru menarik perhatian saya.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
4.
|
Bahan
Bantu Mengajar ICT yang digunakan oleh guru kemas dan mudah digunakan.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
Saya sangat
seronok jika Bahan Bantu Mengajar ICT berikut digunakan oleh guru semasa
mengajar.
|
Jenis
BBM
|
STS
|
TS
|
SE
|
S
|
SS
|
1.
|
Bahan
pengajaran berbentuk carta
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
2.
|
Bahan
pengajaran berbentuk slaid
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
3.
|
Bahan
pengajaran berbentuk audio
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
4.
|
Bahan
pengajaran berbentuk video
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
5.
|
Bahan
pengajaran berbentuk multimedia
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
SELAMAT MENJAWAB
TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan