pages baru

Rabu, 1 Ogos 2012

Resepi 2: Pizza Mudah untuk Berbuka Puasa

 Assalamualaikum 

Mesti sekarang ni bagi suri2 rumah yang cun melecun memang kena memasak sedang memikirkan
nak masak apa untuk berbuka puasa hari ini kan
jadi disini icumm nak bagi resepi untuk anda membuat Pizza yang mudah dan lazat
tanpa perlu keluar dari rumah dan pergi ke Pizza Hut

Okeh...sekarang masih ada masa untuk anda membeli barang untuk membuat pizza ini
icumm bagi nama pizza yang icumm buat ini ialah
Pizza Itiliano Ramossa Lavacheese
*nama mesti glamour gitu*

OKei sebelum Icumm melalut lebih panjang
jom kita tengok bahan-bahannya

Gambar yang ini pizza yang icumm buat sebelum dibakar

Bahan-bahan untuk Doh

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar mentega
1/2 cawan air
1 sudu kecil mauripan/ yis
1 biji telur

Campurkan semua bahan dan adunkan sehingga rata. Biarkan adunan sehingga kembang
sesudah kembang masukkan adunan dalam dulang pembakar dan bakarkan lebih kurang 10 minit dalam suhu 180 darjah


Bahan-bahan untuk Topping

ayam/ udang/ sotong (mengikut citarasa)
1 sudu besar cili yang dikisar
Cendawan Butang
Sos spageti Prego
bawang besar
bawang merah
bawang putih
keju mazarella/ Chedder
sosej
tomato
lada hitam

                            


Cara Memasak

1.Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang besar sehingga kekuningan dan masukkan cili yang dikisar
2. Masukkan separuh sos spageti prego dan masak sehingga mendidih dalam masa yang sama masukkan ayam, udang dan sotong
3. Masukkan garam, ajinamoto dan gula
4. Masukkan cendawan butang

dah siap semua di atas boleh la letakkan di atas doh yang telah kita bakar 10 minit tadi
pastu susun semua bahan-bahan seperti sosej, tomato, bawang besar, cendawan butang dan cheese mazarella

Dah siap :)



Satu Family icumm suka dengan pizza yang icumm buat ni...sekejap je dah habis
icumm buat dua dulang dan satu malam je dah habis
siap ada kakak suruh bukak bakeri
tak termampu la icumm..hehe

Jadi Selamat Mencuba dan Salam Ramadhan



1 ulasan:

9n0L4 berkata...

wat piza sdiri ehhhhh. kagum nyeeee. :)