pages baru

Jumaat, 14 September 2012

Resepi 3: Blueberi Cheese Tart Mudah dan Enak


Assalamualaikum semua
Bertemu kita kembali setelah cik pepatung a.k.a icumm ini menyepikan diri
Entry icumm kali ini nak ajar korang satu lagi resepi

ini kiranya resepi ketiga icumm dalam blog ini
Jadi jom lah hadap sesama ye sampai kenyang..hehe

Resepi kali ini ialah

BLUEBERI CHEESE TART

Bahan-Bahan
Ini Untuk Kulit (Shell) dia dulu

125g Butter
60g Gula Ising
1 biji Telur
240g Tepung Gandum

Cara Membuat Kulit ( Shell) dia

1. Kita pukul butter dengan gula ising sampai jadi creamy
2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang
3. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit dan uli-uli lagi sampai jadi doh
4. Dah siap doh tu boleh la tekan dalam acuan tart
5. Panaskan oven 180oC dan masakkan doh tu selama 15-20 minit


Lebih kurang macam gambar yang kat bawah ini la warna shell dia bila kita dah masak
Tapi gambar yang bawah ini icumm dah isi inti dia
Cantik menarik tertarik kau memang daboom
Okei2...sambung semula resepinya


Bahan-Bahan Untuk Inti dia

250g cream cheese (icumm pakai yang bulat ada gambar lembu tu)
50g Gula Ising
20g butter
1biji telur
Jem Blueberi

Cara Membuatnya Intinya

Mudah aje korang. Campurkan semua bahan untuk inti kecuali jem blueberi ingat tu KECUALI
JEM BLUEBERI
Campur dan campur tambah tolak darab bahagi..eh
korang kacau la sampai sekata dan tidak berketul-ketul


Jadi sebelum korang buat inti dia kan korang dah masakkan shell dia
Jadi keluarkan shell tersebut dari acuan dia biar sejukkan dulu baru masukkan inti dia

Jadi conclusionnya korang masakkan dulu shell dia banyak-banyak dulu
kumpul dan sejukkan baru masukkan inti blueberi cheese tersebut
Lebih kurang gambar icumm yang kat bawah ini

                                

Cara icumm buat
icumm masukkan jem blueberi dalam plastik (sebab icumm tak ada alat untuk picit jem tu) sian kan
tebuk sikit lubang kecil dekat hujung plastik itu
kemudian icumm tekan jem blueberi dekat tengah-tengah kulit tart tu
Jangan terlampau banyak ye...nanti jadi terlebih masam pulak

Kemudian barulah icumm masukkan inti cheese yang putih tu
masukkan sampai semua jem blueberi tertutup
Kalau kita masak mesti nak comei lotei kan

Jadi korang boleh la buat corak2 dekat atas  tart tu
macam icumm buat corak senang je
macam gambar first tadi...LOVE ada..PUSING2 ada

Pastu korang masak lagi dalam oven
suhu 110oC api bawah aje lebih kurang 10-12minit
jangan sampai jem blueberi dalam tart tu masak menggelegak ye
Nanti habis tak nampak apa yang korang lukis atas tu
 

Dah masak boleh sejukkan dalam peti ais
pastu bolehlah makan sampai kenyang

Okei gambar icumm yang kat atas tu sila abaikan tilam2 yang ada kat belakang tu..hehe
struktur tengah dia lebih kurang jadi macam itu la
Sila buat dan anda tidak perlu membelinya di Jusco berdekatan..hehe
 
Nota jari penaip:
sesiapa dah cuba kalau ada gambar boleh la share dengan icumm ye
jangan lupa tu..bye bye >_<

2 ulasan:

Diari Maya berkata...

Mmm enaknye, pandainya icumm masak.

Nisa berkata...

Oh my Allah, serious. Nak cuba buat. InshaAllah, whenever I get the time to do so. Two more months, two more months!