Icumm kecewa dengan perhimpunan bersih yg berlangsung semalam...icumm tak menyokong bersih tak bermakna icumm ni penyokong UMNO dan seangkatan dengannya..sebab icumm pon tak boleh mengundi lagi
jadi icumm adalah nuetral
jangan tersentap dengan entry icumm kali ni ye
anda2 semua rasa apa yang mereka2 join bersih ni dapat
adakah dapat menyelesaikan masalah??
adakah tuntutan yang hendak dikemukan diketengahkan
dan adakah mereka dapat pembaziran masa??
anda2 semua fikir2 sendiri
jangan tersentap dengan gambar dari pak google icumm ni ^^
icumm berada dekat sogo sekitar jam pukul 6 petang
ingatkan nak pegi shopping rupanya dah tutup
itu tak mengapa tetapi icumm dapat tengok bagaimana suasana dekat situ
icumm sangat kecewa kerana apa yang icumm dapat lihat disekeliling kawasan tu
penuh sampah di merata-rata
mengalahkan pasar malam kat tempat icumm
tong sampah terbalik
itu satu isu
yang icumm kecewa tidak boleh ke kita buat perhimpunan tanpa menyusahkan orang lain
stesen LRT ditutup sementara disebabkan ini
nasib baik icumm dapat balik UKM semula ^^
icumm rasa susah sangat semalam dengan ramainya manusia
monorail paling ramai orang sampai beberapa kali nak masuk pon tak lepas
stresss~~
masa icumm nak balik yg teman icumm keluar ternampak ada penyokong bersih dipukul
icumm pon nak kesian pon tak nak kesian
icumm tak rasa polis tu suka2 hati nak pukul orang
mereka ada etika sendiri
kawan icumm kata sebab penyokong bersih yang memprovoke polis dulu
kalau korang jadi polis ada anak isteri ditinggalkan kat rumah
disebabkan mende2 alah macam ni
berbaloi ke???
Orang kata yang join bersih seramai ni
icumm tak ambil gambar guna kamera sendiri
takde mood dengan suasana macam ini
Polis dah benarkan untuk menganjurkan Bersih 3.0 ttapi bukan di dataran Merdeka
tetapi mahu juga buat di dataran merdeka dan boleh agak apa kan berlaku pada 28/4/2012
icumm rasa yang paling untung adalah media massa
mereka akan dapat lebih cerita-cerita yang lebih panas
daripada cerita suam2 kuku seperti sebelum ini
itu je yang icumm nak ceritakan dekat sini
icumm minta maaf jika ada sesiapa yang tersinggung ^^
P/s: icumm suka BERSIH tetapi rumah yang bersih, bilik yang bersih, makanan yang bersih
hidup pon sihat ^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan