pages baru

Monday, 16 April 2012

Mesej Spam..nak wat ape ni??

Semalam icumm cek la email tba rajin selongkar sume2 skali kan
tiba2 tertgk la dkt SPAM ada 1 msg
nak bukak ke tak nak bukak...sbb ramai orang kata kalu msg dlm spam adalah virus
Aiyooooooo

jadi icumm pon memberanikan diri la utk bukak msg tu
bila icumm bukak icumm terkedu sgt
cer teka da pe...cer teka...hehe
sebenarnya icumm dapat satu mesej yg pnjg jugak la
ni buktinya taw..takot korang2 tak percaya ^^

icumm dapat msg dari seseorang ni...msg dia bertulis mcm ni

Kepada yang dihormati,

Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia.

Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini.Saya menyesal kerana tidak membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah saya.Saya harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta pertolongan sebelum ini.

Saya tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata kerana saya terlalu menumpukan perhatian saya kepada kerjaya saya.Oleh itu,saya mempunyai sebidang hartanah yang saya hendak menderma kepada Persatuan Barah Malaysia untuk kebajikan dan menolong orang-orang yang menghidap penyakit seperti saya dan menguruskan program dan perubatan untuk pesakit barah.

Masa untuk saya hidup sangat singkat dan saya tidak mempunyai masa untuk mambuat kajian tentang penyakit saya dan saya memerlukan seseorng yang boleh menguruskan hasrat saya yang terakhir sebelum saya menghembuskan nafas yang terakhir.Saya meletakkan harapan dan kepercayaan kepada anda untuk menguruskan kewangan saya untuk didermakan kepada persatuan yang lain yang memerlukan bantuan juga.Ini juga adalah permintaan arwah suami saya sebelum dia meninggal dunia dan saya tidak ada hasrat untuk meninggalkan harta-harta saya kepada kerajaan kerana duit tersebut akan dipergunakan oleh orang orang politik dan ini tidak menghasilkan apa-apa kebaikan dan saya tidak diberikan pahala di dunia akhirat.

Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak 2 juta sterling pound digunakan dengan tujuan baik daripada saya.

Bila anda menerima email ini,sila hubungi dan memberi informasi anda kepada peguam saya untuk arahan selanjutnya.

Saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana saya hanya mempunyai masa yang singkat dan tidak dapat mengenali anda terlebih dahulu.

Yang Benar

Pada pendapat korang mcm mne...icumm tak taw kesahihan msg ni
tp icumm doakan yg terbaik utk penghantar msg ni 
sbb icumm tak taw nak bantu mcm mne
sbb icumm tak pkar untuk hal2 mcm ni

P/s: bagi sape2 yg sudi dan tahu nak bantu pnghantar msg ni bagitahu icumm..nnt icumm bagi butiran pghantar msg ni ^^

4 comments:

Syaz said...

jgn pecaya sgt menda2 cm ni...spam ni..byk email2 mcm ni skrg...

nurmujahidah said...

jangan pedulikan,,,, banyak sangat dapat,,, dont worry,, benda biasa,, muja follow here :D

icumm said...

Syaz: okei..thanks info

Muja: ni 1st dapat..slalu dpt link2 tu cnfrm tahu mcm virus..thanks follow icumm ^^

Yumida said...

delete jer..mmg penipuan!jgn kasi no. akaun bank..bahaya