Ketika itu lebih kurang lingkungan tahun 1998 untuk mendapatkan satu tin Milo itu adalah sesuatu yang amat sukar sekali, rasa mahal sangat satu tin milo saiz paling kecil ketika itu
Disebabkan pendapatan keluarga icumm ketika itu tidak tetap, ayah dan emak adalah seorang penoreh getah dan penat jerih hendak membesarkan 9 orang anak dan icumm merupakan anak yang ke sembilan
anak terakhir (bongsu) dan yang paling manja.
Jadi keluarga icumm kena berjimat cermat, jadi kiranya milo adalah satu kehendak bukan satu keperluan keluarga.
icumm rasa hendak rasa air milo setahun sekali belum tentu dapat, rasanya ketika itu air milo adalah untuk golongan-golongan orang berada dan berpendapatan tinggi sahaja.
Tambahan pula pada tahun 1998 adalah zaman kegawatan ekonomi negara kita, semua barang mahal, abang-abang dan kakak-kakak icumm semua sekolah ketika itu, jadi banyak perlu gunakan duit.
Jadi pada tahun 1998, icumm berumur 7 tahun dan icumm mendapat demam yang teruk sangat
sampai tidak boleh menjamah satu makanan. Icumm hanya terbaring dan muntah-muntah. Bila makan muntah, masuk makanan di dalam perut icumm akan muntah.
Jadi icumm rasa masa tu waktu tengahari, kakak icumm datang dan bawak segelas air masak dengan ubat untuk dimakan. Icumm ingat masa itu icumm mengamuk-ngamuk macam orang kena histeria sebab tidak mahu makan ubat. Macam orang kena sawan pun ye jugak, habis icumm tepis ubat dengan air masak yang kakak icumm bawak.
Icumm jerit-jerit kata "Orang nak makan ubat dengan air MILO je" "nak air MILO" "nak air MILO je"
Seisi rumah kelam-kelibut masa tu, jadi akhirnya kakak icumm kata "nah ambil duit beli satu tin milo paling kecil". Abang icumm pergi la beli milo dan icumm tak ingat dah perasaan icumm masa itu.
Abang icumm balik dengan bawak satu tin milo dan kakak icumm buatkan satu cawan air milo suam.
Jadi dapatlah icumm makan ubat dengan AIR MILO, rasa nikmat sangat ketika itu. Yang icumm hairan masa icumm minum air milo tu icumm tak termuntah pulak, mungkin air mahal tak boleh membazir-bazir. Dapatlah setiap hari icumm makan ubat dengan air milo suam sampai icumm sihat.
setiap kali icumm minum air milo, icumm pasti akan teringat kisah ini, sekarang tidak perlu risau lagi nak minum air milo sebab sentiasa ada dekat dapur. Mudah sahaja 3 in 1 pun ada.
Terima kasih kepada keluarga icumm yang bersusah payah memnuhi permintaan icumm nak dapatkan air milo..Keluarga dan Milo anda tetap di hati icumm sampai bila-bila.
Sebahagian dari keluarga icumm yang tersayang, masing-masing dah ada keluarga dan kerjaya masing-masing
Sebahagian dari keluarga icumm yang tersayang, masing-masing dah ada keluarga dan kerjaya masing-masing
Jadi kirimkan kenangan dan pengalaman anda mengenai produk Nestle di SINI
1 ulasan:
sy pun suke minum MILO.//hahaa
Catat Ulasan