pages baru

Isnin, 23 September 2013

DIY: Bunga ros besar mudah (Rose Foam)

Assalamulaikum uolssss tak jawab berdosa

Entry icum kali ini untuk mengajor korang-korang nak buat bunga ros besar
tahu tak bunga ros besar macam mana??
Alaa...yang orang duk selalu letak kat pelamin itu...memang sekarang trend bunga besar-besar ni
jadi icum nak ajar korang cara nak buat bunga ni yang paling senang pada abad ini
bahan-bahan dia hanya kertas A4 (warna kegemaran), gunting, pensel, gam dan sedikit ketekunan+kesabaran+kerajinan


Nampak tak besar macam mana bunga dia..hehe

1. Sediakan 4 helai kertas A4...kalau nak bunga lagi besar boleh guna kertas malilakat (entah betol ke idok eja dia macam ni


2. lipat kertas A4 tu jadi kecik macam ni... (gambar atas icum ada tunjuk garisan lipatan tu)


3. lipat penjuru kertas A4 tu...macam gambar bawah ni


4. Lukis macam bentuk aiskrim macam gambar bawah ni..lukis macam ini untuk buat bentuk kelopak bunga


pastu apa lagi gunting la ikut bentuk tu,,,hihi


5. Buat macam bentuk aiskrim ni sebanyak empat ketul ye..teruk betol bahasa melayu..hehe


6. Step yang ke-6 dan seterusnya baca betol-betol dengan penuh ketekunan ye...sebab complicated sikit
kita dah buat bentuk aiskrim tu 4 ketul kan...,jadi bukak je semua macam gambar bawah ni

i. biarkan satu macam ni untuk base bawah sekali

ii. ambil yang kedua potong satu kelopak je...ketepikan sekejap

iii. ambil yang ketiga gunting dua kelopak pulak...ketepikan sekejap

iv. ambil yang keempat gunting tiga kelopak pulak...ketepikan sekejap

7. Gamkan semua bahagian yang telah kita gunting tadi

jangan takut-takut gam kan aje...sambungkan bahagian yang terputus-putus tu macam kat gambar bawah ni

satu kelopak tu icum tak gam lagi sebab dia kena buat kecik2 je macam gambar bawah ni
jadi korang mesti ada 7 bahagian
kalau tak ade pi cari...mesti melayang ke mana tu...hehe

yang kelopak satu tu...korang gulung kecik macam ni ye..pastu gam 

8. cantumkan semua bahagian-bahagian kelopak yang kita dah gam tadi
yang paling besar bawah sekali diikuti yang paling kecikk

atas ni 3 bahagian icum dah gam...nak tunjuk satu persatu berat pulak nak view tutorial ni... :)
semua bahagian buat lubang kat bontot dia ye kecuali bahagian yang pling kecik tu
gunting sikit je...
sebabnya nak bagi ada pemegang sikit kat bontot/ punggung bunga ni..hehe


bahagian yang last sekali (pling kecik) korang gam tolak kebawah sikit...
bagi ada sikit tempat korang nak pegang bunga ni...macam gambar atas tu

nak bagi pemegang tu keras sikit...ambil kertas yang lebih tu tampal je kat hujung tu
gunakan setiap sisa yang ada...jangan membazir 

9. Bila semua dah dicantumkan...korang boleh gulung sikit-sikit kelopak dia pakai pensel
bagi ada lekuk-lekuk sikit..baru comeiiii...tapi jangan sampai terkoyak

gulung-gulung-gulung

Taraaaaa...dah siap...yahooooo


boleh buat banyak-banyak kuntum...ikut keperluan korang
icumm mungkin nak gunakan bunga ni untuk hias bilik pengantin nanti
tunggu hasilnya nanti....tahun depan..hehe

korang korang yang dah try boleh share dengan icumm ye...
nak amik tutorial ni pon boleh dengan syarat kredit ke blog icumm ye

SELAMAT MENCUBA ^^







23 ulasan:

Amira Liana berkata...

cantik..kreatif :)

Unknown berkata...

Dah try.. Jadi.. Tq icum...

Unknown berkata...

Dah try.. Jadi.. Tq icum...

Tanpa Nama berkata...

Tq..first buat dh jd..hpy sgt

Tanpa Nama berkata...

dah try cantik gila thnk u icum

nidhal berkata...

very beautiful. thnkyuu icum. sy bwt satu nk bg hdiah hri guru kt ckgu .

Tanpa Nama berkata...

Cantik n mudah.. tapi.. buat2 xjadi.. sebab xreti nak satu kan kelopak2 tu..

Unknown berkata...

salam..thank you..alhamdulillah dpt buat by follow instruction ni..tq sgt..semoga dipermudahkan segala urusan..

nini berkata...

woe....tq tq.....nak buat jugak!!!

icumm berkata...

Terima kasih :)
Kalau berjaya boleh la tunjuk gambar yg dah jadi

Unknown berkata...

Hadoyaiiii icum...payah la...mcm mane ni?
-Syafiqah Ershad-

nor ain yazid berkata...

Hehe tQ. First trial dah jadiii 😊

Unknown berkata...

Tq for sharing..

nida7374 berkata...

Sama dengan.... brgoyang2... last2 letak lidi besar kat tgh... wat daun.... jd bunga gergasi..hee...
kene salotape kuat skit kat bontotnya spy x gerak2...

nida7374 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nida7374 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Trima kasih kak
Cantik sgt

Unknown berkata...

Cantek la..nk try

Unknown berkata...

Cantek la..nk try

Unknown berkata...

Slm sis nak tya..guna soletip apa tuk gantung bunga tu..

Reem Doorgift berkata...

nice sharing

icumm berkata...

Mudakan nak buat>nnak lebih kukuh boleh guna kain felt
dan letak lidi di tengah

Unknown berkata...

Dah try tak jadi pun
TIPU LAH KORANG