pages baru

Rabu, 10 Oktober 2012

Perkahwinan Impian saya, awak dan kita semua

Assalamulaikum salam hari rabu semua ^^y

Hari ini icumm rajin pulak nak menghupdate blog
sebagai student ni memang sibuk assigment la, program la, berangan la..hehe
Disebabkan penambahan kerja berangan icumm tu terterbitlah lah post kali ini

Perkahwinan impian semua orang mesti mahukan yang terbaik kan
samalah macam icumm jugak...harap Mr.right icumm baca lah post kali ini :)
bila orang cerita cer cite pasal perkahwinan pertama sekali mesti PELAMIN dulu

nak pelamin satu tingkat, pelamin dua tingkat, pelamin duduk
pelamin ada lampu, bunga banyak dan macam2 lagi
Jadi kat bawah ini salah satu pelamin yang icumm aim dari dulu lagi ni
lama dah simpan gambar ni
silalah tengok silalah

Icum suka pelamin ni sebab dia nampak sweet-sweet gituu
kombinasi warna pun cantik...simple tapi cantikkkk sangat
sabarlah wahai pelamin akan aku gunakan kau nanti :)

Selesai bab pelamin mesti BAJU NIKAH
selalunya orang akan gunakan warna putih...tapi sekarang ni dah ramai guna berwarna warni
tapi icumm nanti InsyaAllah akan gunakan warna putih jugak
nampak suci, lembut dan ayu...sesuai sebelum bergelar isteri orang



icumm suka baju yang simple tapi nampak cantik dipakai oleh badan kita
icum tak mahu lah tempah baju nikah berrenda renda bernet-net sana sini
nanti dah lepas kawen segan dah nak pakai semula
sebab over sangat ...dah pembaziran
simpanlah didalam almari untuk tatapan mata sahaja


BAJU PENGANTIN pula icumm prefer yang ala-ala muslimah 
icumm tak suka yang ala-ala kebaya sebab ketat sangat
segan la orang duk tengok kita ..dah masa tu confirm orang penuh berduyun
jadi icumm suka yang macam longgar-longgar tapi tetap tidak mencacatkan majlis bahagia kita




harap masa icumm nak berkahwin adalah semua yang icumm idamkan ini
maksudnya ada di pasaran...hehe
tapi yang ini baru tiga perkara ...belum termasuk yang lain2 lagi
kalau icumm nak ceritakan tiga hari tiga malam tak akan habis

jadi untuk sesuatu majlis perkahwinan memang memerlukan bajet yang besar
jadi simpanlah duit dari sekarang kepada  para2 lelaki sekalian

"Sebaik-baik perkahwinan adalah yang sederhana"


2 ulasan:

Mahamahu berkata...

Salam Mahamahu nak minta email detail nama dan alamat untuk penghantaran hadiah contest blog Mahamahu.com. Sila hanta kat email akustika83@gmail.com..

Michael Kosher berkata...

Amboi2