pages baru

Sunday, 29 January 2017

Resepi shell out simple dan mudah

Resepi shell out paling mudah di abad ini

Hari ini icumm nak kongsi resepi shell out paling simple
Kejap je nak masak..tak smpai sejam dah siap..hehe
Kat bawah ni gambar icumm buat hari tu
Makan besar boleh 5, 6 orang makan ni






Bahan Untuk Pes utama

* 20+- tangkai cili kering (nak pedas lebihkan)
* 1labu bawang besar
* 1 batang serai yg gemok
* 1 kunyit hidup (sikit je)
* halia sebesar ibu jari kaki
* 8 ulas bawang merah kecik
* 6 ulas bawang putih 
* satu genggam udang kering
* belacan sikit (icumm x masukkan)
Kemudian blender semua bahan bertanda *

Bahan utk tumis (hiris)
5 ulas bawang merah (simpan sikit utk tumis seafood nnt)
4 ulas bawang putih (simpan sikit utk tumis seafood nanti) 
Halia sebesar ibu jari tangan
Serai di ketuk
2 sudu besar serbuk kari ikan
sos tiram
Daun sup (untuk masak lala nnti)
Daun kari (untuk udang butter)
Butter( utk udang butter)
Cili api (utk udang butter)
2 sudu besar susu pekat mani s (utk udang butter)

CARA-CARA
1. Panaskan minyak (agak-agak utk menumis) dalam periuk masukkan bawang merah, 
Bawang putih, halia, serai
2. Masukkan bahan yg dah blender tadi masak smpai pecah minyak
3. masukkan air sikit kalau kering
4. masukkan  2 sudu besar serbuk kari
5. masukkan sos tiram, perasakan dengan garam dan sikit ajinamoto
ketepikan dulu pes utama ni...nanti semua seafood kita masak guna pes ni


KETAM
1. Panaskan kuali dengan minyak sikit
2. tumis bawang merah dan bawang putih
3.masukkan pes utama yang kita dah buat tadi (sukatan ikut banyak mana ketam)
4. masak sampai pecah minyak masukkan ketam (masukkan sikit air kalau kering)
5. Kurang masin tambah garam, gula sikit je
6.masak sampai ketam masak
7. last sekali, pecahkan sebiji TELUR dan kacau
Angkat letak tengah2 talam

LALA/KEPAH/KUPANG
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih
2. masukkan pes utama ( sukatan ikut banyak lala kita)
3. Masukkan lala (jangan tambah air sebab lala keluarkan air)
4. Kurang masin tambah garam dengan ajinamoto
5. keringkan air sikit masukkan daun sup kacau
Hidang dalam talam tadi bersama ketam

SOTONG
1. Tumis bawang merah, bawang putih
2. masukkan pes utama (banyak sikit)
3. Masukkan sotong, masak smpai kuah kering
Hidang dalam talam

UDANG MASAK BUTTER
1. Goreng udang sampai rangup ( sebelum tu udang tu gaul dengan garam kunyit)
2. Minyak bekas goreng udang tadi masukkan sikit butter
3. tumis daun kari dan cili api
4. masukkan susu pekat manis dan sikit air
5. perasakan dengan garam
6. masukkan udang yang dah goreng tadi
hidang atas talam

SAYUR_SAYURAN
* Brokoli
* Ubi Kentang
*Carrot
* Pucuk Jagung

Rebus semua sayur bertanda * dengan garam sikit
cuma kentang lebihkan masa merebus
Siap! boleh campak sekali dalam talam


Nampak macam banyak dan complicated, tapi sebenarnya senag je
cuma buat pes utama semua setel
cuma udang icumm buat udang butter..sebab nak lain sikit
kalau korang malas boleh buat guna pes utama

SELAMAT MENCUBA


No comments: