pages baru

Jumaat, 22 Februari 2013

Baju Peplum kegilaan Wanita

Assalamualaikum buddies

Hari ini icumm nak bercerita sikit mengenai baju peplum yang memang menjadi trend hangat di pasaran sekarang iaitu baju peplum. 
Icumm pon kalau nak dikirakan ada la dalam 3 pasang baju jenis peplum ni
tak boleh banyak2 nanti dah habis trend peplum ni tak best pulak nak memakainya

1. Peplum Fishtail icumm beli dari www.padieka.com

#okei boleh tunjuk baju je..muka icumm x comei sangat..hehe#

Boleh dikatakan  baju baju dari padieka ni memang macam goreng pisang panas la
Icumm masa nak beli baju ni memang duduk depan laptop untuk purchase..kalau tak alamatnya kepunan la 
icumm nak dapatkan baju ni.
Harga dia pon berpatutan...baju fishtail peplum padieka ni icumm beli RM39 je
Mana nak dapat harga macam ni di pasaran dengan fabrik yang selesa di pakai...oiyeehhh
Tengok lah under RUBY LABEL...memang terbaik icumm kata...

2. Tribal Peplum (icumm beli kat kedai..online pon banyak jual)
#inilah dia bajunya#

Baju ni pon murah je icumm beli RM35 ringgit je
biar murah asal selesa pakai..ye dok?? dari beli yang mahal mahal tapi terperuk je dalam almari
Corak tribal ni pon ni entah siapa la perkenalkan ye
jadi kegilaan remaja jugak ni..baju tribal la, peplum tribal, tribal shawl, tribal pants
dan ada tu konsep perkahwinan pon konsep corak tribal
Tetapi disebabkan tribal pattern ni icumm hampiur tergoda utk mmbeli satu lagi baju tribal tapi nasib baik iman ni masih kuat..hehe...selamat duit icumm.

Pandangan Family icumm pasal baju peplum ni

Mak: Laa...ni baju zaman mak pakai ni...saloma yang pakai masa tu..kembang2 kat pinggang
kakak 1: Aku tak sesuai la pakai baju ni..nampak gemuk..sebab kembang2
Icumm: Cantiknya stail peplum ni..nak buat baju nikah stail mcm ni la..hihi

Nah baju nikah yang mungkin icumm akn buat mcm ni..hehe
                          
Yang warna hijau tu ye..ala2 fishtail peplum...cewaahhh
kalu nak tengok design yg comei lotei boleh ke FB Jubah Dhati



Isnin, 17 Disember 2012

Wanita Teragung



Semua wanita ingin menjadi seorang wanita yang dihormati, diangkat maruahnya, dipandang tinggi
Termasuk juga diri saya sendiri
walaupun kadang-kadang terleka dengan indahnya dunia

Ya Allah jadikan aku seorang wanita solehah..yang baik di antara yang terbaik
dan kurniakan aku pendamping yang baik dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dari-MU



Rabu, 10 Oktober 2012

Perkahwinan Impian saya, awak dan kita semua

Assalamulaikum salam hari rabu semua ^^y

Hari ini icumm rajin pulak nak menghupdate blog
sebagai student ni memang sibuk assigment la, program la, berangan la..hehe
Disebabkan penambahan kerja berangan icumm tu terterbitlah lah post kali ini

Perkahwinan impian semua orang mesti mahukan yang terbaik kan
samalah macam icumm jugak...harap Mr.right icumm baca lah post kali ini :)
bila orang cerita cer cite pasal perkahwinan pertama sekali mesti PELAMIN dulu

nak pelamin satu tingkat, pelamin dua tingkat, pelamin duduk
pelamin ada lampu, bunga banyak dan macam2 lagi
Jadi kat bawah ini salah satu pelamin yang icumm aim dari dulu lagi ni
lama dah simpan gambar ni
silalah tengok silalah

Icum suka pelamin ni sebab dia nampak sweet-sweet gituu
kombinasi warna pun cantik...simple tapi cantikkkk sangat
sabarlah wahai pelamin akan aku gunakan kau nanti :)

Selesai bab pelamin mesti BAJU NIKAH
selalunya orang akan gunakan warna putih...tapi sekarang ni dah ramai guna berwarna warni
tapi icumm nanti InsyaAllah akan gunakan warna putih jugak
nampak suci, lembut dan ayu...sesuai sebelum bergelar isteri orang



icumm suka baju yang simple tapi nampak cantik dipakai oleh badan kita
icum tak mahu lah tempah baju nikah berrenda renda bernet-net sana sini
nanti dah lepas kawen segan dah nak pakai semula
sebab over sangat ...dah pembaziran
simpanlah didalam almari untuk tatapan mata sahaja


BAJU PENGANTIN pula icumm prefer yang ala-ala muslimah 
icumm tak suka yang ala-ala kebaya sebab ketat sangat
segan la orang duk tengok kita ..dah masa tu confirm orang penuh berduyun
jadi icumm suka yang macam longgar-longgar tapi tetap tidak mencacatkan majlis bahagia kita




harap masa icumm nak berkahwin adalah semua yang icumm idamkan ini
maksudnya ada di pasaran...hehe
tapi yang ini baru tiga perkara ...belum termasuk yang lain2 lagi
kalau icumm nak ceritakan tiga hari tiga malam tak akan habis

jadi untuk sesuatu majlis perkahwinan memang memerlukan bajet yang besar
jadi simpanlah duit dari sekarang kepada  para2 lelaki sekalian

"Sebaik-baik perkahwinan adalah yang sederhana"


Jumaat, 14 September 2012

Resepi 3: Blueberi Cheese Tart Mudah dan Enak


Assalamualaikum semua
Bertemu kita kembali setelah cik pepatung a.k.a icumm ini menyepikan diri
Entry icumm kali ini nak ajar korang satu lagi resepi

ini kiranya resepi ketiga icumm dalam blog ini
Jadi jom lah hadap sesama ye sampai kenyang..hehe

Resepi kali ini ialah

BLUEBERI CHEESE TART

Bahan-Bahan
Ini Untuk Kulit (Shell) dia dulu

125g Butter
60g Gula Ising
1 biji Telur
240g Tepung Gandum

Cara Membuat Kulit ( Shell) dia

1. Kita pukul butter dengan gula ising sampai jadi creamy
2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang
3. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit dan uli-uli lagi sampai jadi doh
4. Dah siap doh tu boleh la tekan dalam acuan tart
5. Panaskan oven 180oC dan masakkan doh tu selama 15-20 minit


Lebih kurang macam gambar yang kat bawah ini la warna shell dia bila kita dah masak
Tapi gambar yang bawah ini icumm dah isi inti dia
Cantik menarik tertarik kau memang daboom
Okei2...sambung semula resepinya


Bahan-Bahan Untuk Inti dia

250g cream cheese (icumm pakai yang bulat ada gambar lembu tu)
50g Gula Ising
20g butter
1biji telur
Jem Blueberi

Cara Membuatnya Intinya

Mudah aje korang. Campurkan semua bahan untuk inti kecuali jem blueberi ingat tu KECUALI
JEM BLUEBERI
Campur dan campur tambah tolak darab bahagi..eh
korang kacau la sampai sekata dan tidak berketul-ketul


Jadi sebelum korang buat inti dia kan korang dah masakkan shell dia
Jadi keluarkan shell tersebut dari acuan dia biar sejukkan dulu baru masukkan inti dia

Jadi conclusionnya korang masakkan dulu shell dia banyak-banyak dulu
kumpul dan sejukkan baru masukkan inti blueberi cheese tersebut
Lebih kurang gambar icumm yang kat bawah ini

                                

Cara icumm buat
icumm masukkan jem blueberi dalam plastik (sebab icumm tak ada alat untuk picit jem tu) sian kan
tebuk sikit lubang kecil dekat hujung plastik itu
kemudian icumm tekan jem blueberi dekat tengah-tengah kulit tart tu
Jangan terlampau banyak ye...nanti jadi terlebih masam pulak

Kemudian barulah icumm masukkan inti cheese yang putih tu
masukkan sampai semua jem blueberi tertutup
Kalau kita masak mesti nak comei lotei kan

Jadi korang boleh la buat corak2 dekat atas  tart tu
macam icumm buat corak senang je
macam gambar first tadi...LOVE ada..PUSING2 ada

Pastu korang masak lagi dalam oven
suhu 110oC api bawah aje lebih kurang 10-12minit
jangan sampai jem blueberi dalam tart tu masak menggelegak ye
Nanti habis tak nampak apa yang korang lukis atas tu
 

Dah masak boleh sejukkan dalam peti ais
pastu bolehlah makan sampai kenyang

Okei gambar icumm yang kat atas tu sila abaikan tilam2 yang ada kat belakang tu..hehe
struktur tengah dia lebih kurang jadi macam itu la
Sila buat dan anda tidak perlu membelinya di Jusco berdekatan..hehe
 
Nota jari penaip:
sesiapa dah cuba kalau ada gambar boleh la share dengan icumm ye
jangan lupa tu..bye bye >_<

Khamis, 6 September 2012

10 akaun Twitter Paling Ramai Follower

Assalamulaikum

Hari ini punya entry icumm nak mempromosikan Twitter 
Twitter siapa?? kena baca sampai penghujungnya

Sebelum itu ini adalah antara 10 manusia di dalam dunia ini
yang mempunyai follower teramai 
Cuba tengok ada nama icumm tak? hehe



Kita dapat lihat ada Lady gaga, taylor swift, justin bieber bukan bibir ye
kalau nak diikutkan ramai dah kawan-kawan icumm yang ada akaun twitter

icumm ni kira ketinggalan zaman sebab tak ada lagi akaun burung biru ni
pusing2 punya pusing, putar punya putar
saya putar Halim...eh

Icumm pon akhirnya terbuat akaun Twitter ni
TERbuat ye..bukan saje buat..hehe
Jadi dengan ini icumm pon mempromosikan Twitter icumm ini

Tengok itu....sangat kesian...
tak ada follower pon
jadi jemput-jemputlah Follow icumm
Confirm Icumm follow balik

Follow kat sini ye

ataupun search aje @icum_mei
yang comei-comei tu




Oleh itu jom jumpa icumm di Twitter
Mengeratkan lagi silaturrahim antara blogger seluruh Malaysia

Dari kaki perasan
Icumm